View: 494|Reply: 0
|
Kriteria lelaki idaman Intan Serah
[Copy link]
|
|
Kriteria lelaki idaman Intan Serah
INTAN Serah memuat naik hantaran sedang mencari teman hidup yang perlu memenuhi kriteria ditetapkannya. FOTO FB INTAN SERAH
Kuala Lumpur: Jika semalam netizen terpaksa 'melepaskan' Datuk Leong Mun Yee yang mengumumkan sudah berkahwin, hari ini, anda boleh mencuba nasib dan beralih arah untuk menawan hati atlet futsal negara, Intan Serah Anisah Zulgafli.
Gadis manis dan lincah di atas gelanggang futsal itu kini meraih perhatian peminat sukan itu selepas membuat penampilan pertama di temasya Sukan Sea Hanoi, Vietnam, Mei tahun lalu.
Intan Serah memuat naik hantaran di laman Twitternya untuk mencari teman hidup, namun perlu memenuhi kriteria ditetapkannya.
"Mencari lelaki yang educated (terpelajar) dan minat sukan.
"Bonus handsome (kacak) dan pandai ambil gambar," tulisnya.
Dalam hantaran itu, Intan Serah menetapkan ciri-ciri lelaki idamannya iaitu tidak merokok dan menyukai lelaki yang bercakap lembut, namun bukanlah penyokong Liverpool.
Sehingga hari ini, hantaran Intan Serah mendapat 2,491 ulang ciap dan 803 komen yang rata-ratanya menunjukkan minat dengan hantaran berkenaan.
Usaha Arena Metro mendapatkan Intan Serah bagi memberi penjelasan sama ada dia sudah bertemu dengan lelaki idamannya atau tidak, gagal apabila dia tidak menjawab panggilan telefon.
Intan Serah dalam hantaran berkenaan memaklumkan dia sudah membaca semua mesej yang dihantar secara peribadi kepadanya.
"I (saya) baca semua DM (mesej peribadi). I just need time to reply (saya memerlukan masa untuk membalas). Thank you for those (terima kasih kepada semua) yang sudi buka hati buat hati yang hampir mati ini," katanya.
Nama Intan Serah bukanlah asing lagi dalam arena futsal Malaysia. Dikenali sebagai aset penting dalam pasukan wanita kebangsaan, wanita versatil ini turut melebarkan portfolionya sebagai pelakon, model, penyanyi dan streamer.
Popularitinya kini dianggap setara dengan selebriti tempatan tanah air meskipun jarang membuat kemunculan di kaca televisyen.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -idaman-intan-serah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|