CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

MSF anjur perlumbaan 'marhaen'

[Copy link]
Post time 2-3-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode

ADIAN pada majlis pelancaran Kejohanan MSF 2023, hari ini

Sepang: Malaysia Speed Festival (MSF) menepis tanggapan sukan permotoran hanya untuk 'golongan kayangan' apabila muncul penganjur yang berani menawarkan yuran pendaftaran antara paling berpatutan dan kos perlumbaan yang murah.

Ini kerana, dengan yuran pendaftaran serendah RM500, peminat berpeluang menyertai perlumbaan anjuran MSF dengan beraksi umpama pelumba atau pemandu profesional di atas litar.

Pengarah MSF, Adian Yein Khalid berkata, tujuan utama pihaknya menganjurkan perlumbaan dua dan empat roda sememang untuk memberi peluang kepada semua pihak merasai peluang beraksi di atas litar dengan yuran pendaftaran serta kos perlumbaan berpatutan.

"MSF memang untuk rakyat marhaen. Kami akan cuba menjadikan sukan ini dengan harga paling berpatutan. Formulanya senang sahaja. Jika kami dapat jumlah penyertaan yang banyak, maka kami boleh kurangkan harga.

"Buat masa ini yuran pendaftaran untuk MSF SuperMoto umpamanya hanya RM500 untuk satu pusingan. Begitu juga dengan MSF Superbike.

"Untuk berlumba, anda perlu keluarkan sedikit wang. Kami tidak boleh memberikan tawaran penyertaan secara percuma kerana kami juga tidak mendapat bantuan mana-mana pihak," katanya pada majlis pelancaran Kejohanan MSF 2023, hari ini.

Jelas Adian, kos untuk menyediakan jentera atau kereta bagi perlumbaan anjuran MSF juga cukup berpatutan dan mampu dibiayai oleh kebanyakan orang.

"Untuk Malaysia Saga Cup Championship sebagai contohnya anda hanya perlukan sekurang-kurangnya RM10,000 untuk menyiapkan kereta dan boleh berlumba selama semusim," katanya.

Pada musim ini, MSF akan menganjurkan beberapa siri perlumbaan termasuk dua perlumbaan berstatus kebangsaan iaitu Malaysia Saga Cup Championship dan Malaysia SuperMoto Championship.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -perlumbaan-marhaen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.111706 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list