CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11925|Reply: 143

[Tempatan] Macam ketagih judi, main trading forex sampai tak berduit nak makan

  [Copy link]
Post time 2-3-2023 02:26 PM | Show all posts |Read mode
Ketika orang ramai mengeluh kerana ekonomi hingga tak mampu membeli makanan, ada insan yang leka dalam dunia perdagangan Forex.

Apabila dapat gaji, segalanya dihabiskan untuk dijadikan deposit, malah sanggup nak berhutang hanya kerana Forex.

Seorang pemuda di Facebook, Mat Duan Takdok meluahkan rasa kesal melihat orang ramai menghantar mesej untuk minta bnatuan daripada bentuk kewangan untuk berdagang atas talian.

Lebih mengecewakan yang meminta bantuan ini rata-rata terdiri daripada kalangan ‘Trader Forex’.

“Ramai-ramai yang mesej saya nak mintak bantuan sebab nak beli makanan, bukan daripada orang awam yang hilang pekerjaan tapi majoriti datang dari kalangan Trader Forex.

“Ada yang duit gaji semua digunakan untuk depo. Bulan depan dapat gaji, depo lagi. Ada yang dah berbulan tak bayar duit sewa. Ada yang merayu nak pinjam duit, sebab nak buat depo.

“Ada kawan yang kerja dalam broker pun pm saya nak pinjam duit, sebab semua duit gaji dan komisen digunakan untuk depo dan jahanam.

“Mana hilang akal korang semua. Ini platform untuk berdagang, bukan untuk berjudi,” ujarnya.

Seorang pengguna Facebook,Juhari Hamid, yang pernah terlibat dalam Forex, mengakui ia mampu menyebabkan ketagihan.

“Maaf cakap tapi benda ini ketagih macam judi juga, aku baru setahun dapat buang ketagih depo, sejak kenal Forex dari tahun 2009 lagi.

“Mana tak hilang akal kawan, bila buka Facebook sana sini tunjuk keuntungan mereka dan tanam dalam minda Forex ni boleh buat duit dengan mudah,” katanya.

Memanglah bila lihat senang dapat duit, habis kabur mata semua orang hingga akhirnya memakan diri sendiri.

https://malaysiadateline.com/forex-untuk-berdagang-bukan-berjudi-lelaki-kesal-lihat-ramai-nak-pinjam-duit-untuk-trading/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Geng nk cepat kaya



Menyusahkan oghang dh knp?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 03:41 PM | Show all posts
hati2 la weh...geng2 forex dan saham menyaham di luar sana....jangan terpesona dengan janji2 palsu....duit korang oiii..merana burn macam tu aja ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 04:24 PM | Show all posts
skrg ni budak2 ipta pun ada yg dah join forex... adoi.... jgan diperabihkan duit mak bapak smpai terabai pelajaran sudah la....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak gelak ka.. nak kesian ni??
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:57 PM | Show all posts
Stupid people invest in stupid investment.
There is no such thing as online FX.
All these are hoax.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-3-2023 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sbb nape difatwakan haram. Tu pun ada yg perlekehkan fatwa tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan tak tahu haram. Tapi masing2 tamak dan nak cepat kaya. Hutang tu bayar, jangan habiskan duit main forex. Menyusahkan orang betul. Yang tak bayar sewa tu dah satu hal pulak tuan rumah nak halau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Peminat bitcoin tersemyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Loser!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 11:52 PM | Show all posts
ini auto haram. dah depo ketagih main tekan. main kuda lagi untung. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 2-3-2023 02:14 PM
Bukan tak tahu haram. Tapi masing2 tamak dan nak cepat kaya. Hutang tu bayar, jangan habiskan duit m ...

I ada sorang mcm ni.
Dia punya plan forex tu berdegar degar cerita
Konon cari software la boleh biar untung yada yada.
Kereta H dia tu bini dia yang beli. I yang jadi penjamin
Dari mula kereta tu keluar sampai la sekaramg
Bayaran tunggang langgang. Bayar dua bulan sekali
Mmg company credit tu cari i la.
I suspek duit installment tu ada kat dlm forex dia labur
Masa i sign agrement penjamin tu anak dia dah 1
Sekarang anak dia dah 2 . Ni anak first masuk tadika.

Last year sebelum raya dia ada sembang
Kata dgn kawan forex dia yada yada pukul 8 malam
Yada yada. So pukul 8 malam i x boleh lepak dgn dia
Sebab dia tgh perhati graf... Tahun ni apa hasil pun tarak.
Setiap kali dia borak pasal forex i akan buat muka.
I tak tolak forex bulat2 tapi i cukup pantang duit sewaa
Duit kereta duit pengasuh pergi labur kat forex
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
apalancut replied at 2-3-2023 03:52 PM
ini auto haram. dah depo ketagih main tekan. main kuda lagi untung. hahahaha

Selain forex. Main fb ads , shopee ads.pun sama.
Modal.keluar last habuk apa pun tarak
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 02:05 AM From the mobile phone | Show all posts
kawan aku sampai org rumah dia buat loan sbb laki dia rugi main Forex, padahal laki, bini gaji T20
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Trade forex ni x blh pakai duit yg kita perlukan.
Kena pakai duit extra...
Kalau buat loan or pakai duit gaji dgn xde ilmu yg ckp mmg lingkup...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah guru-guru forex yang duk promote benda ni. Waktu aku baru masuk kerja 20 tahun dulu pun dah ada. Melebur jugak duit tapi tak banyak. Bagi kebanyakan manusia normal,tak payahlah duk pening-pening berjaga tengok signal dan buat analisis bagai, sumbat aje duit dalam ASB habis cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2023 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Forex klu main x de ilmu mmg jd judi
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 08:13 AM | Show all posts


kut dulu2 geng mlm, skang ni geng forex

both MO kurang aje.. part flex sana sini nak tarik orang join.. produk tu aje bersalin kulit

tp in the end, habuk pun tarak

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Pengalaman aku penah join Forex ni..untung x sampai 1k..rugi bawah 3k.. ms ni bodoh benau patut join saham p main forex..yg Kaya yg promote kita main forex ni..dia org dpt komisyen setiap umat yg join..saham pulak terbeli di pucuk KLCC.. tunggu je la dia naik balik..kn jd invester bukan trader...saham pun ramai sifu penipu mcm trader..konon saham nak naik pdhal dia nk keluar..Kita bodo p ikut..dia keluar dpt untung puluh2 ribu..Kita sangkut..mls nk caya sifu2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2023 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwn meols main forex nie dlm 15 tahun lepas kot....dia main Aussie dollar & USD tak salah...pnh time lepak dgn meols, dia tgk
graph forex tu lps tu made profits about 7k Aussie dollar kot ..lupa dah ..dia ckp main forex nie tak bole tamak...1-2 tahun lps tu dia tak main dah....dia beli share plak...ada satu company punya share tu dia consistent beli for about 10 years kot....now dia dah jual with handsome profits, dpt dlm 1-2 mill camtu...kawan meols Chinese ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.189520 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list