CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11920|Reply: 120

Fasha Sandha Accident? ---- Get Well Soon Fasha!

  [Copy link]
Post time 1-3-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by JiEunTak at 3-3-2023 01:47 AM

Fasha Sandha cedera mata kiri ‘dibelasah’ Azhan Rani


PETALING JAYA – Malang tidak berbau apabila pelakonberkaliber Fasha Sandha mengalami kecederaan pada mata kirinya selepasterhentak pada bucu katil sewaktu menjalani penggambaran sebuah drama diselatan tanah air.


Disebabkan kemalangan tersebut, Fasha, 39, mengalami patahtulang mata kiri selain pendarahan bebola matanya, bengkak dan sedang dirawatdi salah sebuah hospital pakar di Johor Bahru.


Menerusi kenyataan yang dikongsikan wakil kepada Fasha dalamInstagramnya, bahawa pelakon itu mengalami kecederaan ketika sedang menjayakansatu babak pergaduhan bersama aktor Azhan Rani untuk drama berjudul Anak Tuanarahan Along Kamaludin.

“Maaf kakak (Fasha) sedang berehat secukupnya. Kakakmengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set penggambaran AnakTuan untuk siaran TV3 pada 1 Mac (pagi semalam).


“Mata dan kepalanya terhentak pada bucuk katil yang tajam.Tulang mata kirinya patah dan bebola mata berdarah serta bengkak. Kakak sedangdirawat di sebuah hospital pakar di Johor Bahru. Insya-Allah akan dipindahkanke sebuah hospital di Kuala Lumpur pada petang ini atau esok.

“Mohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakankesihatan kakak,” tulisnya.


Menerusi video sedutan babak drama yang dikongsikan,kelihatan Azhan menarik rambut isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu dalamsebuah rumah kampung sebelum menolak aktres terbabit sehingga kepalanyaterhantuk pada bucu katil.



Berhubung kejadian malang tersebut, pihak produksi telahtampil memohon maaf kepada Fasha dan keluarganya atas apa yang berlaku.

Bagaimanapun, pemenang Pelakon Terbaik Drama Anugerah Skrin2017 itu enggan menyalahkan mana-mana pihak kerana menganggap kejadian yangterjadi itu berlaku di luar jangkaan sesiapa pun.


“Kata kakak, tiada siapa yang harus dipersalahkan keranakemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita. Insya-Allah saya akan kongsiperkembangan dari semasa ke semasa. Terima kasih,” ujarnya.


Dalam ruangan komen, ramai rakan artis meninggalkan komenmendoakan agar ibu kepada tuga cahaya mata itu segera sembuh, termasuk AzhanRani sendiri

“Insya-Allah. Berehat dulu, jangan fikir pasal kerja. Sayadoakan semua dipermudahkan. Apa-apa nanti kongsi perkembangan terkini,”ujarnya.


Sementara itu, rata-rata netizen juga percaya pelakon AzhanRani tidak sengaja menyebabkan kecederaan Fasha sewaktu menjayakan babak untukdrama tersebut dan meminta supaya pelakon metod itu tidak menyalahkan dirisendiri.


“Abang jangan salahkan diri sendiri. Semoga abang dan Fashamendapat nikmat yang besar,” kata seorang netizen.

“Bersabarlah bang. Berlakon pun bukan kita nak buat betul-betul. Bala tidak mengenal tempat,” kata seorang pengguna Instagram.
“Kejadian tidak sengaja. Semoga abang Azhan Rani tidaksalahkan diri sendiri,” ujar seorang lagi netizen. – KOSMO! ONLINE



Oleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI
2 Mac 2023, 11:43 am






Get well soon Fasha!!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2023 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tepeklah gambar ke apa ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2023 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
friedfishsoup replied at 1-3-2023 03:12 PM
Tepeklah gambar ke apa ke

Xdak gambar ke apa....skodeng juga igs somi dia and director along kamaludin tu...
Pun xdak...tu yg masuk sini kot sapa2 ada info...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 03:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu baca kt ig tu, mak dia ckp scene heavy accident? accident time shooting ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Scene heavy accident?

Berlakon accident sekali ter-accident betul ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dgr mcm agak merisaukan tgk story kawan dia.wallahualam .smg fasha selamat...ak minat dia tk sombong.tp tgk story fasha mcm rindu ank dia n wat icon nangis.hope baik2
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-3-2023 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mzsnam replied at 1-3-2023 11:28 PM
dgr mcm agak merisaukan tgk story kawan dia.wallahualam .smg fasha selamat...ak minat dia tk sombong ...

Kawan mana weh?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Elle rahman...da tau dah..mata dia kne cucuk benda tajam.kesian sgt.sy tgk kt ig dia.mcm teruk juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
https://vt.tiktok.com/ZS89nR2BA/

Ni ha.. cedera masa berlakon uols..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Patah tulang area bebola mata & bola mata kiri dia berdarah
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
mak ai…freak accident….gws sandha
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:13 AM | Show all posts
Wehhh..kasar sgt gamaknye scene tu..sampai terjatuh, mata terhentak dekat bucu katil..adoiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:15 AM | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi rojiun....semoga dipermudahkan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa pelakon laki tu..kene amik tindakan tu.tolak kuat sgt..aduh sy tgk ngeri.takot tgk tiktok fasha tu..spy fasha cepat sembuh.ni tgk rasa gerun.sakit sgt tu.debar jantung
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:20 AM | Show all posts
adoiii...risau tgk matanya...aset berharga... allahuakbar
semoga cpt sembuh FS
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
baru tgk kat ig fs…teruk jugak kalau x silap pelakon lelaki azhan rani..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
MilanAdelynn replied at 2-3-2023 09:10 AM
Patah tulang area bebola mata & bola mata kiri dia berdarah

Aduhh kesiannye
Moga baik2 saja
Filem malaysia ni x de safety ke
X ingt duli ade sorg retis accident masa pengembaraan
Pahtu ramai2 cerca dia
Ckp bnde tu biasa berlaku

Mmg bullshitz
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:26 AM | Show all posts
jihyomelly replied at 2-3-2023 09:22 AM
baru tgk kat ig fs…teruk jugak kalau x silap pelakon lelaki azhan rani..

kan. dia berlakon kene dera dgn azizah mahzan as makmer n tok laki dia azhan rani kan dlm drama Along kamarudin tu?

ade insurances cover pelakon x kalo produksi ni? or kene retis sendiri beli coverage insoran?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
lil_honey replied at 2-3-2023 09:13 AM
Wehhh..kasar sgt gamaknye scene tu..sampai terjatuh, mata terhentak dekat bucu katil..adoiiii...

Apsal meols baca terjatuh bebola mata terhentak....ampuun kan beta
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..jgn dok bergelek gersang lagi lps sihat ye sis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.069038 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list