View: 1153|Reply: 5
|
'Tempat Mereka Adalah Di Neraka!' - Shakira Benci Wanita Penyondol
[Copy link]
|
|
Shakira mendedahkan dirinya mula sedar bahawa wanita tidak seharusnya terlalu bergantung hidup kepada lelaki selepas perpisahan dengan pemain bola Gerald Pique.
Akui penyanyi itu, dia sebelum ini terlalu mengharapakan kasih sayang seorang lelaki, Shakira, 46, mengakui hidupnya kini sudah cukup sempurna bersama dua orang cahaya mata.
IG
"Selama ini saya terpedaya dengan kata-kata bahawa wanita perlukan lelaki untuk melengkapi hidup. Saya terlalu bergantung kepada lelaki dan mencintai seseorang sepenuhnya.
"Apabila wanita lalui waktu sukar dalam hidup, dia akan menjadi lebih kuat. Sekarang hidup saya lebih sempurna dan hanya bergantung pada diri sendiri.
"Saya juga memiliki dua orang cahaya mata. Saya perlu jadi lebih kuat berbanding singa betina," katanya dalam satu temu bual.
Shakira dan Pique mengumumkan perpisahan selepas 12 tahun hidup bersama pada Jun lalu.
Penyanyi lagu Hips Don't Lie ini dikatakan membuat keputusan untuk berpisah selepas mendapat tahu kekasihnya curang dan menjalinkan hubungan dengan wanita lain ketika dia tiada di rumah.
Shakira secara peribadi berkata, dia amat membenci golongan wanita yang menjadi perosak kebahagiaan orang lain.
"Kepada wanita begini yang tidak menyokong antara satu sama lain, tempat mereka adalah di neraka!" luahnya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Klu shakira org malaysia bole netz tlg kecam penyondol itu |
|
|
|
|
|
|
|
margo20: Klu shakira org malaysia bole ...
Friska depan mata jangan di lupa kan. Sila kecam berjemaah |
|
|
|
|
|
|
|
Hahah.. benci betul kaka dgn friska ek...
Tp,lame betul x nmpk die... |
|
|
|
|
|
|
|
ko lawa berduit esok2 senang je dpt jantan lain
ingatkan laki ko setia rupanya sampah juga |
|
|
|
|
|
|
| |
|