CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1122|Reply: 8

Wanita Korea Selatan Tak Minat Kahwin Dan Beranak, Tak Suka Jaga Ibu Bapa

[Copy link]
Post time 1-3-2023 10:42 AM | Show all posts |Read mode
SEOUL –The Korea Herald melaporkan, satu kaji selidik mendapati bahawa semakin ramai golongan wanita di Korea Selatan menganggap perkahwinan dan mempunyai anak bukan merupakan perkara penting dalam kehidupan mereka.


Menurut kaji selidik dijalankan Persatuan Kajian Hal Ehwal Sosial Korea tersebut, hanya empat peratus daripada responden wanita melihat perkahwinan dan melahirkan anak sebagai suatu perkara yang wajib dijalani.


Dalam masa sama, 12.9 peratus responden lelaki memberi jawapan yang sama.




Foto: AFP




Kaji selidik yang dijalankan dalam kalangan 281 lelaki dan wanita bujang berumur 20 hingga 34 tahun itu turut menyarankan bahawa kepentingan perkahwinan dan kelahiran anak adalah berkaitan dengan persepsi responden terhadap masyarakat Korea.


Berdasarkan kajian tersebut, golongan yang mementingkan kualiti hidup dan kehidupan bermasyarakat cenderung untuk menganggap perkahwinan dan melahirkan anak adalah penting.


Minggu lalu, agensi perangkaan Korea Selatan melaporkan negara itu mencatatkan rekod kadar kelahiran paling rendah bagi tahun 2022 dengan seramai 249,000 bayi dilahirkan, merosot 4.4 peratus berbanding 2021.


Bilangan perkahwinan di negara itu turut merosot kepada 191,697 bagi tahun lepas yang merupakan kadar terendah sejak penyimpanan rekod bermula pada 1970.


Dalam pada itu, satu kajian berlainan menunjukkan semakin kurang penduduk lelaki dan wanita negara itu berpendapat menjaga ibu bapa adalah tugas wajib seorang anak.


Kaji selidik dijalankan Institut Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Korea terhadap 7,865 isi rumah antara Mac dan Julai 2022 menunjukkan sekitar 21 peratus responden berpendapat anak-anak perlu tinggal bersama ibu bapa dan menjaga mereka.


Ia merupakan penurunan daripada 52.6 peratus sepanjang tempoh 15 tahun lepas. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2023 10:47 AM | Show all posts
x semua mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo kawen dgn oppa k-poop kang leceh la pulak nak kene berebut2 foundation bagai kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Takut la nanti anak lahir muka ori.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 01:23 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 1-3-2023 10:49 AM
Kalo kawen dgn oppa k-poop kang leceh la pulak nak kene berebut2 foundation bagai kan

besides kote kecik
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 01:28 PM | Show all posts
pernah baca ada yg buat majlis kawin dengan diri sendiri hahahhahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2023 01:32 PM | Show all posts
kos ada baby kat sana sangat tinggi..at lease diaorang tak menyusahkan orang lain. kat sini kerjanya melahirkan anak setiap tahun ujung2 mintak bantuan susu, pampers dsb sebab tak cukup duit.
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2023 02:12 PM | Show all posts
Cam my friend, menderita sangat duduk rumah tak buat apa apa, anak sorang, dulu pramugari kat Qatar airlines.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 08:37 AM | Show all posts
engko xkwen pon boleh kongkek apedahal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.097881 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list