CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 991|Reply: 5

Lelaki Jual Wang Kertas RM1 Pada Harga RM1000

[Copy link]
Post time 1-3-2023 09:31 AM | Show all posts |Read mode
Seorang pemuda menerima RM1,000 selepas menjual wang kertas RM1.


Pengumpul wang lama yang lebih dikenali sebagai Ah Kai berkata, wang lama merupakan sebahagian bisnes dan juga adalah hobinya sejak dulu.


"Saya suka kumpul duit Malaysia dan Malaya sebab saya suka dan cinta negara ni. Saya suka sejarah Malaysia.


"Hobi ini bermula sejak saya kecil, tapi betul-betul menjadikannya sebagai bisnes bermula tahun 2012," kata pemuda yang berasal dari Butterworth, Pulau Pinang ini.










Ah Kai yang berusia 31 tahun menjelaskan bahawa RM1 yang masih digunakan sekarang tidak begitu istimewa kerana wang kertas yang ditandatangani oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz masih terlalu banyak.


"Tapi dalam video ni, duit dia bernilai tinggi kerana nombor sirinya semua sama iaitu lapan, dan saya suka. Sebab itulah saya beli dengan harga tinggi.


"Saya tawar (nilai) dan dia bersetuju dan amat gembira sebab kedai lain hanya boleh beli antara RM300 hingga RM700. Tapi saya beri dia RM1,000," katanya.


Mengulas lanjut, Ah Kai memberitahu, nombor siri lapan tersebut bukan sahaja dianggap bertuah, malah ia merupakan antara nombor pilihannya.







"Semua nombor yang sama memang susah dapat dan menjadi rebutan ramai pengumpul wang. Ini yang kita namakan nombor 'solid'.


"Saya ada banyak koleksi nombor 'solid'. Saya kumpul nombor siri satu, tiga, tujuh, lapan dan sembilan. Nombor lapan ini macam Huat Ong (kemakmuran dan tuah) bagi orang Cina," ujarnya sambil menambah keluarganya mengusahakan bisnes pakaian dan mempunyai kilang sendiri.


Baru-baru ini, Ah Kai menerima gambar wang kertas RM1 dengan nombor siri lapan menerusi WhatsApp daripada seorang pemuda sebelum mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur.


"Saya pandu kereta dari Pulau Pinang untuk berjumpa dengan dia, dan jumpa beberapa pelanggan pada hari tersebut. Selepas itu, saya balik semula ke Pulau Pinang," katanya.


Bagi pemuda ini, dia menganggap satu kepuasan setiap kali melakukan urus niaga dan memperoleh wang kertas lama yang menjadi pilihannya.


Setakat ini, Ah Kai mempunyai koleksi hampir 500 keping wang kertas Malaysia dan Malaya, termasuk beberapa negara lain seperti Singapura dan China.


"Saya jual juga (wang lama) tapi kepada ahli grup saja yang mempunyai hobi ini, kadang-kadang kita tukar... tukar jika saya ada lebih dan dapatkan yang belum ada.


"Memang sangat gembira apabila dapat barang yang disukai dengan harga mampu milik," katanya lagi.-CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2023 08:36 AM | Show all posts
1000 je? rugi2 kang dia jual balik entah bape pulih ribu
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 08:39 AM | Show all posts
kt shopee pun ramai yg jual duit2 lama dgn special edition letak harga ribu riban


Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:07 AM | Show all posts
ok lah tu 1k..kira untung banyak dah tu..nak tunggu sampai beribu k sampai bila...ni malaysia je,bukan nya us
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:12 AM | Show all posts
pd aku rm1k tu x setimpal dgn value rm1
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 2-3-2023 09:12 AM
pd aku rm1k tu x setimpal dgn value rm1

Nombor sirinya tu orang tengok. 88888 berderet. Ong maa
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.083342 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list