View: 721|Reply: 4
|
RM50 Juta Diperuntukkan Belanjawan 2023 Untuk Baik Pulih Rumah Ibadat Bukan Islam
[Copy link]
|
|
RM50 juta diperuntukkan bagi menyelenggara dan membaik pulih rumah ibadat bukan Islam di seluruh negara seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen hari ini.
 Gambar hiasan/Bernama
Bagi meraikan kepelbagaian dan merapatkan jurang perbezaan, sejumlah RM50 juta juga disediakan bagi menggerak pelbagai program antaranya Kembara Perpaduan Malaysia Madani dan Ini Warisan Kita.
“Program ini akan menggerakkan pelbagai aktiviti perpaduan dan integrasi sosial antara komuniti seperti liga sukan perpaduan, pertandingan kebudayaan, fiesta perayaan dan cita rasa menu,” ujarnya.
Dalam pada itu, bagi memupuk perpaduan di samping mengangkat peranan ibu bapa, komuniti dan pertubuhan bukan kerajaan dalam pembangunan anak-anak di sekolah, kerajaan turut bersetuju menyediakan RM20 juta untuk melaksanakan program gotong-royong di semua sekolah seluruh Malaysia.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Woa madani sgt.
Ni termasuk tokong/kuil haram ke? |
|
|
|
|
|
|
|
okaylah, non muslim kat mesia pun mnyumbang kpd cukai yg kerajaan caj juga kann.
|
|
|
|
|
|
|
|
sejuta pun belum tentu cukup nak cat baru satu2 kuil. susah kut nak cat balik patung2 tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|