CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1109|Reply: 13

[Politik] Nurul Izzah bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM. Kini dia menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican pulak…

[Copy link]
Post time 12-2-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 12-2-2023 03:47 PM



KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu yang menjadi tumpuan sebelum ini kerana kontroversi pelantikannya sebagai penasihat Perdana Menteri, berkata beliau kini menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican.

"Mohd Hassan telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

"Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini. Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anak sulung Anwar dam Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu menjelaskan, beliau amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

"Saya mengambil kesempatan ini bagi menzahirkan sepenuh penghargaan atas setiap sokongan dan dokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan.

"Rakyat Malaysia secara keseluruhannya mengharapkan masa depan yang cemerlang dan penyatuan yang utuh dipimpin oleh Perdana Menteri bersama Kerajaan Perpaduan.

"Saya berharap khidmat membantu Tan Sri Mohd Hassan berserta anggota jawatankuasa lain mampu memberi manfaat kepada negara tercinta. Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1063195/nurul-izzah-bukan-lagi-penasihat-kanan-ekonomi-dan-kewangan-pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dr jwtn lain ke jwtn lain, so jwtn yg br ni dia akan ada gaji ke..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2023 03:49 PM | Show all posts
adoyai.. apa hal banyak konar2 ni.. pusing2 datangnya sama jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2023 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Pi mai pi mai tang tu jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2023 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ramai yang hencap bila anak najib apply kerja peon di goldman sachs

Dorang kata kalau bukan anak najib, takkan dapat punya jawatan office boy tu

Bagi b40, jawatan peon itu adalah pangkat yang sangat tinggi, cuma anak pm je boleh apply
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
2 x 5 = 5 x 2 = babi x family terpaling termarhein .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Nko ingat marhein bodoh bangang bahalol macam cai2 batak family madani nko. Dah tentu la apak nko yg suruh Tan Sri Mohd Hassan ambik nko masuk group dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Keluar sinin masuk sinun
Sebelas duabelas
2 kali 5
Tapi bagi penjilat, pencapaian yang sangat membanggakan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
You Go Girl...
Hoorayyyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2023 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kelapaparut replied at 12-2-2023 03:47 PM
dr jwtn lain ke jwtn lain, so jwtn yg br ni dia akan ada gaji ke..

team probono jugak tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2023 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cai bodoh percaya ini berdasarkan kebolehan. Kah kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 12-2-2023 07:53 PM

So, nih kuhnun2nya bukan nepotism la coz Tan Sri Mohd Hasan yg undang anak idol terpaling, bukan idol terpaling yg lantik anak sendiri, ditambah pulak cuma berpakejkan probodoh . Marhen terhibur, kalah raja lawak mega .
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 07:46 AM | Show all posts
Semoga Izzah menang PRU akan datang weh!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2023 08:44 AM | Show all posts
ntah apa kelayakan ko nak nasihat2 kan orang..sama ja semua nak angkut family masuk, ingat ni megah holding ka apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.310853 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list