CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 494|Reply: 2

[Pulau Pinang] 'Semoga menu ini menjadi saham akhirat saya'

[Copy link]
Post time 10-2-2023 01:19 PM | Show all posts |Read mode
'Semoga menu ini menjadi saham akhirat saya'


Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my



ZAINUDDIN memperkenalkan ‘Menu Rahmah’ serendah RM5 berupa nasi tomato berlaukkan kubis goreng dengan pilihan ayam masak merah atau daging masak hitam. FOTO Danial Saad




Georgetown: Peniaga Nasi Tomato Aura Kak Ina di Jalan Ismail Nagore, Sungai Gelugor di sini menjadi antara pengusaha makanan menyahut seruan kerajaan dengan memperkenalkan Menu Rahmah berharga RM5 di negeri ini.

Zainuddin Zainul Abidin, 54, berkata hidangan berupa nasi tomato menggunakan beras basmati berlauk kubis goreng dengan pilihan ayam masak merah atau daging masak hitam itu ditawarkan setiap Rabu bermula minggu ini.

"Ia hidangan nasi tomato yang sama dijual pada harga RM10 bagi lauk ayam dan RM9 untuk daging pada hari-hari biasa tanpa dikurangkan walau sedikitpun jadi kami berharap dapat memberi peluang untuk semua golongan menikmati juadah ini.

"Jika diikutkan kami 'rugi' antara RM4 hingga RM5 bagi setiap pek Menu Rahmah yang dijual tetapi insya-Allah niat yang baik akan dipermudahkan dan ia juga menjadi satu daripada cara kami berzakat," katanya ketika ditemui di sini.

Zainuddin berkata dia yang turut menyediakan pakej perkahwinan lengkap meliputi katering, sewaan dewan dan pelamin sejak lima tahun lalu mengambil keputusan memulakan operasi ala warung berdekatan rumah selepas perniagaannya terjejas akibat Covid-19 dua tahun lalu.

Dia mengakui kos bahan mentah agak mahal misalnya mencecah RM80 hingga RM107 bagi 10 kilogram (kg) tomato yang digunakan setiap hari dan ia menjadi antara cabaran lumrah harus ditempuhi namun dia berazam meneruskan inisiatif itu secara konsisten.

Zainuddin berkongsi, isterinya, Zalina Mohamed Ismail, 53, yang dikenali sebagai Kak Ina adalah insan penting dalam menyediakan juadah itu dan dia tidak gemar mengurangkan kualiti atau ramuan yang digunakan bagi menjaga standard resipi yang diwarisinya sejak tiga generasi.

"Selain itu kami juga menggunakan minyak sapi selain saiz ayam agak besar kerana dipotong lapan dan untuk Rabu depan kami menerima pesanan lebih 50 bungkus dengan kebanyakan pelanggan terdiri daripada pelajar yang kebanyakan menyewa di kawasan ini selain golongan B40.

"Sambutan diterima amat menggalakkan dengan kami menjangka perlu memasak sehingga 30 kg beras basmati dan 50 hingga 60 ekor ayam pada hari itu," katanya yang turut dibantu enam anak serta dua menantu.

Menurutnya, selain Menu Rahmah aneka lauk pauk seperti rendang ayam, ayam bawang, kurma kambing, acar limau dan daging gulai mamak turut disediakan bagi memenuhi cita rasa orang ramai pada harga berpatutan.

Warung Nasi Tomato Aura Kak Ina beroperasi pada hari Isnin hingga Khamis pada jam 2 petang hingga 7 malam manakala hari Jumaat dan Sabtu bermula jam 11 pagi hingga 6 petang.




Disiarkan pada: Februari 10, 2023 @ 1:02p
















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2023 11:04 AM | Show all posts
Baiknya niat peniaga ni, berjasa besar untuk bantu kewangan orang ramai
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 06:21 PM | Show all posts
seudap dan lezatnya hidangan itu, dia mengabungkan bisness dan kebajikan, sambil cari wang sedikit untung atau rugi  membantu orang yang lapar dengan menjual harga ringan makanan hidangan baik diapun book pahala untuk akhirat. good job Sir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:22 PM GMT+8 , Processed in 0.066555 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list