CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2927|Reply: 51

[Tempatan] KLIA, KLIA2 dijenamakan sebagai KLIA Terminal 1, Terminal 2

  [Copy link]
Post time 9-2-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 9-2-2023 02:17 PM


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). -Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 bakal dijenamakan semula sebagai KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2 bagi mencapai nilai lebih tinggi dalam memasarkan perkhidmatan di lapangan terbang berkenaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kabinet juga turut bersetuju dengan cadangan penjenamaan semula itu di mana ia dilihat bakal memperkukuhkan persaingan dengan lapangan terbang antarabangsa serantau.

“Cadangan untuk menandatangani OA 2023 antara kerajaan dan MAHB serta cadangan penjenamaan semula KLIA dan KLIA2 memainkan peranan penting dalam menentukan kelestarian KLIA selain pertumbuhan di lapangan-lapangan terbang seluruh negara.

“Pelaksanaan itu dijangka dapat membantu meningkatkan daya saing global perkhidmatan pengangkutan udara negara serta memulihkan semula sektor penerbangan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat berlandaskan gagasan Malaysia Madani,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Anthony berkata, kerangka perjanjian operasi (OA) baharu antara kerajaan dan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bakal mengubah landskap industri penerbangan negara.

Katanya, ia akan membantu syarikat penerbangan untuk beroperasi dengan lebih efisyen sekali gus mengurangkan bebanan pengguna melalui pengurangan harga tiket.

“Keputusan Kabinet pada 2 Februari lalu bersetuju secara prinsip dengan syarat baharu perjanjian berkenaan memberikan konsesi kepada MAHB untuk mengoperasi, mengurus, menyelenggara dan membangun 39 buah lapangan terbang serta padang terbang sehingga tahun 2069.

“Perjanjian itu bakal dimuktamadkan dan ditandatangani selewat-lewatnya sebelum akhir suku pertama tahun ini,” jelasnya.

Katanya, syarat-syarat baharu di bawah OA 2023 ini membolehkan kerajaan dan MAHB melaksanakan pelan pembangunan komersial lebih berdaya saing dan berpotensi meningkatkan pendapatan kerajaan melalui perkongsian hasil ke atas tanah milik kerajaan yang dibangunkan MAHB.

“Dengan pelaksanaan konsep subsidi bersilang, semua aspek pengurusan dan penyelenggaraan 17 buah STOLports merupakan tanggungjawab sosial kerajaan pada masa ini akan terus dipertanggungjawabkan kepada MAHB sehingga tahun 2069.

“Pelaksanaan OA 2023 ini juga akan membolehkan MAHB merencana perancangan pembangunan jangka panjang lebih baik bagi semua lapangan terbang di bawah seliaannya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2023/02/09/klia-klia2-dijenamakan-sebagai-klia-terminal-1-terminal-2/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib tak letak KLIA T1 ngan KLIA T2... dah mcm sistem kasta pendapatan B40, M40, T20 nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang bodoh from the start ala2 ada dua airport satu lokasi. Tak pernah dibuat orang.

Tunggu menteri DAP juga masuk betulkan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 05:15 PM | Show all posts
isu refund tiket airlines dah selesai ke? hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2023 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut fokus pada bnda yg penting mcm lrt yg asyik breakdown…tak gitu loke…org pun dh sedia maklum klia2 utk lowcost…not timely utk buat rebranding exercise time2 gomen nk berjimat cermat rahmah sana sini…fokus pd yg lbh penting utk kemudahan  rakyat…
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
company mana dapat tender buat signboard baru?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lrt breakdown taik peninggalan kjaan lama..menteri Dap gak yg kena cuci

..semoga Klia mampu jadi segah Changi
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Connecting antara klia dan klia 2 tu sepatutnya ada, guna train ke monorel ke dan percuma, mcm kt singapore, hongkong. Xde la depend pada bas dan erl yg stgh jam sekali tu je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 9-2-2023 05:49 PM
company mana dapat tender buat signboard baru?

Sometimessss.. company tukor nama sbb nak terminate agreement jenis selagi ada bulan bintang gitteewwww


Mcm kes brahims dengan MAS dulu
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Highflyer19 replied at 9-2-2023 05:41 PM
Patut fokus pada bnda yg penting mcm lrt yg asyik breakdown…tak gitu loke…org pun dh sedia maklum  ...

Rename maybe utk terminate contract long term "direct nego" kottt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2023 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Highflyer19 at 9-2-2023 06:02 PM

Lrt tu memanjang rosak lbh2 lg lps bertukar gomen…well its not a good reflection on the new minister and his team…menyamar sana sini tp tak ada perubahan pun tk guna jugak…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-2-2023 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Why fix something if it’s not broken…
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 06:54 PM | Show all posts
lucky_peace replied at 9-2-2023 05:55 PM
Connecting antara klia dan klia 2 tu sepatutnya ada, guna train ke monorel ke dan percuma, mcm kt si ...

I can see this coming. Obviously this is a start.

Now they are one airport next menteri boleh paksa ERL kasi free ja for transfer between the terminals since dorang dah charge mereka yang turun Terminal 1 full fare sama macam yang naik sampai hujung.

Bukan Changi je, Heathrow, JFK, CDG pun sama.


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:36 PM | Show all posts
Ni sebab nak buka SZB balik untuk jet operation lah ni...

KLIA T2 untuk international low cost carrier, so low cost domestic boleh pindah balik ke SZB.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru betul. Baru seragam ngan luar negara.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-2-2023 04:58 PM
Memang bodoh from the start ala2 ada dua airport satu lokasi. Tak pernah dibuat orang.

Tunggu ment ...

Alah bknnya menteri DAP bina pun. X yah nk puji melangit sgt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 08:42 PM | Show all posts
Masa memula KLIA2 tu wujud, I kadang selalu jalan2 keliling sampai tepi pagar tarmac kat luar. Mikir balik boleh je seludup dadah ke apa pass kat tepi pagar tu je, takde sape perhati pun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 9-2-2023 08:49 PM

Aku lebih suka kalo depa letak nama PM tuk KLIA dan TPM...tuk KLIA2...sbg mengenang jasa...KJAAN PERPADUAN@MADANI...yg pertama di Malaysia.
-Lapangan Terbang DSAI.
-Lapangan Terbang DSZH.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Terminal illness tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 9-2-2023 05:56 PM
Sometimessss.. company tukor nama sbb nak terminate agreement jenis selagi ada bulan bintang gitte ...

Kan
Mungkin jugak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:23 PM GMT+8 , Processed in 0.085475 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list