View: 375|Reply: 2
|
[Tempatan]
Naik bau kepam, rupanya dalam lori ada 3,000kg ketum
[Copy link]
|
|
GERIK: Bau pelik daripada sebuah lori disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Ahad lalu kerana disyaki mengguna nombor pendaftaran palsu menemukan lebih 30 bungkusan hitam berisi daun ketum seberat 3,000 kilogram (kg), sehari selepas itu.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa JPJ Perak, Mir Khairol Hafizal Mir Idris, berkata lori itu ditahan jam 10.30 malam di KM4.7 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) iaitu di hadapan Stesen Penguatkuasaan Gerik melalui operasi harian selepas didapati pemandunya tidak mempunyai lesen memandu.
Katanya, siasatan lanjut ke atas nombor casis dan nombor enjin lori mendapati lori itu mengguna nombor pendaftaran palsu.
Beliau berkata, tindakan menyita lori diambil di bawah kesalahan Seksyen 108(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selain saman turut dikeluarkan ke atas pandu itu kerana memandu tanpa lesen.
Menurutnya, arahan penghantaran yang diserahkan pemandu itu menunjukkan barangan dibawa adalah barangan runcit bagi penghantaran ke kedai runcit sekitar Kelantan.
Katanya, bagaimanapun sehari selepasnya iaitu pada Isnin lalu, beberapa anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertugas mendapati terdapat bau pelik pada lori itu sebelum arahan pemeriksaan dikeluarkan oleh Ketua Stesen Penguat Kuasa JPJ Gerik.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2023/02/1061684/bau-pelik-bongkar-penemuan-3000kg-ketum
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ya ka bau ketum kepam? Senanglah lepas ni tau mana nak tuju kalau datang gian tapi takde ketum.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|