CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 438|Reply: 0

[Politik] Bersatu terima keahlian mendadak sejak PRU15

[Copy link]
Post time 9-2-2023 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa mendapat permohonan keahlian mendadak. – UTUSAN/AMIR KHALID


KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat permohonan keah­lian yang begitu mendadak sejak Pi­lihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ini kerana gabungan parti itu bersama Pas diterima rakyat khususnya golongan Melayu dan dijangka momentum tersebut berterusan sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

“Lebih banyak Bersatu ditekan, lebih banyak sokongan kita terima. Dengan apa yang berlaku, kita dapati jumlah untuk menjadi ahli bertambah,” kata­nya ketika dihubungi, semalam.

Perikatan Nasional (PN) memenangi 74 kerusi pada PRU15, dengan Pas memperoleh 49 kerusi, jumlah kerusi tertinggi diperoleh mana-mana parti tunggal pada pilihan raya tersebut.

Sebagai perbandingan, DAP menang 40 kerusi, PKR (31), UMNO (26) dan Bersatu (25).

Terbaharu, Bersatu dikenakan tindakan pembekuan beberapa akaun oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke­rana menurut Ketua Pesuruhja­yanya, Tan Sri Azam Baki berkata, tindakan berkenaan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

Bagaimanapun Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya telah menghantar surat kepada SPRM untuk memohon supaya pembekuan akaun parti itu dapat dibatalkan.

Jelasnya, meskipun siasatan masih dijalankan ketika ini, namun, sekiranya tiada sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa selepas disemak SPRM, akaun parti itu tidak perlu dibekukan. – UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/02/bersatu-terima-keahlian-mendadak-sejak-pru15/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.072953 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list