CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3854|Reply: 56

[Tempatan] Kisah macam dalam Mastika, benarkah wujud di Mekah?

[Copy link]
Post time 9-2-2023 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Umat Islam di Malaysia sering kali dinasihatkan agar sentiasa menjaga adab dan tingkah laku ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Setiap bakal jemaah juga perlulah ambil tahu dan sentiasa bersedia dengan perubahan suasana serta budaya yang berbeza ketika berada di sana.

Walaupun sejak dari dulu kita sering dengar banyak perkongsian di media sosial, akhbar dan majalah mengenai perkara-perkara aneh yang pernah berlaku di Mekah, perlulah diingatkan bahawa semua yang berlaku tersebut hanyalah ketentuan serta qada’ dan qadar dari Allah SWT jua.

Seorang mutawif terkemuka, Ustaz Shauqi Hasan telah membuat satu hantaran di Facebooknya sebagai pengajaran, peringatan dan iktibar mengenai perkara ini. Jom sama-sama kita ikuti perkongsian menarik dari beliau berikut.

Di Mekah jangan expect di sana macam di negara kita. Suasana solat dalam Masjidil Haram tak sama macam di sini. Diorang tak kasik chan.

Selagi bahu kau tak bersentuh dengan orang sebelah, akan ada orang yang menyelit. Biar pun space cuma sejengkal. Ada Pak Arab yang Abang perati marah bila ada Pak Arab selamba himpitkan badan celah-celah dorang padahal ruang tu memang dah takde. Kalau dari segi adab tatasusila memang Abang tak setuju la dengan cara Pak Arab tu sebab datang lambat lepas tu takde hint, takde hont, terus mencelah. Tapi dari segi adab bersolat, kau kena allow dia menyelit. Sebab kau yang bagi ada ruang walaupun sejengkal.

Di sana membuatkan kita praktikkan benda-benda yang jarang atau hampir tak pernah kita buat kat sini. Di sana kalau keadaan tak mengizinkan, ambillah seringkas mungkin. Ambil “selonggar” yang boleh, asalkan tak lari dari syarat sah solat.

Macam seorang tetamu Allah ni yang bergaduh dengan Pak Arab sampai melibas-libas sejadah kat bontot Pak Arab tu, ya Allah, Abang ni yang duduk belakang dia jadi serba-salah. Nak ditegur takut, tak ditegur pun takut. Tetamu Allah tu cakap nanti kalau sempit-sempit time tahiyat akhir Pak Arab tu terduduk atas kaki dia.

Dalam situasi macam ni sebenarnya kita boleh meninggalkan sunnah yang afdal. Agak-agak terlalu sempit, tahiyat akhir tu tak payah la buat. Duduk la rakaat akhir tu dengan tahiyat awal sebab tahiyat akhir tu sunat je. Cuma tak dapat la pahala sunat mazhab Shafie. Toksah gaduh-gaduh sangat la pasal sempit-sempit ni, apetah lagi sampai melibas sejadah.

Lagi satu di sana, kadang-kadang akan ada benda yang boleh mengelirukan kita. Contohnya solat sunat.

Kat sana kita akan tengok lepas Asar and Subuh ramai yang buat solat sunat. Sampai ramai jemaah naik konfius eh aku ke yang salah sebab macam pelik bila lepas Subuh orang kiri kanan aku buat solat sunat. Setau aku tak boleh.

Sebenarnya di Masjidil Haram sahaja yg dibolehkan segala solat sunat yang dilarang pada waktu-waktu tertentu termasuklah solat sunat selepas subuh dan Asar. Itulah kelebihan Rumah Allah.

Tu belum lagi ada perempuan yang mati-mati nak solat sebelah suami dia. Tak pasal je laki dia sorang je antara jemaah wanita.

Sabor je la…

Tapi itulah, di Makkah ni lain.

Bab makan, bersedia untuk makan apa aja yang ada. Agak-agak tak selera, dipersilakan cari makanan lain. Sana banyak tempat makan. Cuma jangan diluahkan ketidakseleraan kita tu. Sebab ada kes satu makcik tu bila ditanya kenapa tak makan kat dewan makan, dia kata “Balik-balik ini, balik-balik ini. Takleh telan dah”.

Tup tup memang betul terus dia takleh nak telan makanan apa pun dah lepas tu. Bunyi macam cerita dalam Mastika kan. Ya Allah, ampunkanlah kami semua.

Begitulah kisah di Makkah.

Makkah tak se-selesa Madinah.

Tapi jangan fikirkan sangat pasal selesa atau tak selesa.

Kita pi sana pun bukan untuk bercuti.

Makkah memang tempat kita berasak-asak, berpeluh, bersempit-sempit dan berpenat. Kita ke sana memang nak beribadat, so jangan pikir sangat selesa ke tak selesa. Kalau dari segi hotel tu, masing-masing ada pilihan untuk dapatkan bilik yang selesa, tapi di Al-Haram, tetap sama.

Satu nasihat Abang, cium Hajar Aswad ni tak wajib untuk lelaki mahupun perempuan. Kalau rasa payah, tak perlulah berhimpit-himpit kat sana sebab ada sesetengah jemaah (bukan negara kita) yang punyalah nak cium Hajar Aswad, sampai telekung tertarik nampak sebahagian besar rambut. Sampai ada yang bibir berdarah terkena siku Pak Arab. Dah la, kalau sampai macam tu sekali keadaan dia, baik jangan. Melambai pun dah cukup.

Itu belum cerita jemaah lelaki yang hilang kain ihram bawah. Dia sibuk nak cium Hajar Aswad, dia bagi free je orang lain cium dia punya…

Salam Jumaat,

Shauqi Hasan
Mutawif Rare

https://odisi.my/2023/02/39268/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la nak. Bapak yang liwat anak semasa umrah di Mekah tu tiada pun tetiba mati kena petir ka apa.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 10:37 AM | Show all posts
no komeng!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang doa depan Kaabah nak kawin dengan member BTS, Sajad, pengkid menyamar jantan, suma masih hidup aman2 kan lepas balik umrah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
arab pujaan ummah local, bila sampai mekah tkejut dgn perangai arab, br dia tau perangai bangsa ni, tu pun masih nak agung2kan nak tukar malaysia jd spt negara arab.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 11:47 AM | Show all posts
mana yg agungkan orang ereb sangat tu cuba la tgk Al-Khallat+ kat Netflix...
diorg sama je perangai mcm ummah lain, takde suci mana...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2023 11:51 AM | Show all posts
gangerina replied at 9-2-2023 11:47 AM
mana yg agungkan orang ereb sangat tu cuba la tgk Al-Khallat+ kat Netflix...
diorg sama je perangai  ...

time study dulu majoriti bdk arab mmg teruk....dah la dia pandang ko mcm maid indo dia..aku puji bdk2 iran lagi tau
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 11:56 AM | Show all posts
toynme replied at 9-2-2023 11:51 AM
time study dulu majoriti bdk arab mmg teruk....dah la dia pandang ko mcm maid indo dia..aku puji b ...

khennn... bila tgk citer tu mmg sebijik la mcm perangai my friends from middle east.. sebijik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 9-2-2023 10:36 AM
Ntah la nak. Bapak yang liwat anak semasa umrah di Mekah tu tiada pun tetiba mati kena petir ka apa. ...

tah la cikgu..aku nengok...yg mati dulu..bkn dol atau minah..tapi orng yg baik2....tinggalkan yg 'jahat' jer tuk 'memakmurkan' muka bumi ini....konfius...lg sideh
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong sapa2 terangkan kat iols, konsep "pahala sunat mazhab Shafie".

Maknanya kalau dicatit pahala, 1 tick utk mazhab Shafie. Mazhab lain tidak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 12:46 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 9-2-2023 02:36 AM
Ntah la nak. Bapak yang liwat anak semasa umrah di Mekah tu tiada pun tetiba mati kena petir ka apa. ...

mungkin mulut dia tak celupar komplen sana sini secara terbuka barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 12:48 PM | Show all posts
hird replied at 9-2-2023 04:17 AM
Tolong sapa2 terangkan kat iols, konsep "pahala sunat mazhab Shafie".

Maknanya kalau dicatit pahala ...

ha ah la. aku pon confuse dengan pahala sunat mazhad syafie ni? apo kelebihan dia sampai boleh menganugerahkan pahala ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 01:14 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 9-2-2023 10:36 AM
Ntah la nak. Bapak yang liwat anak semasa umrah di Mekah tu tiada pun tetiba mati kena petir ka apa. ...

kat thread sebelah dah ada lobainita kata Turkiye kena gempa bumi sebab lgbt. Bila sedar bodoh, twist kata itu ujian sebab Allah sayang.



Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 9-2-2023 12:48 PM
ha ah la. aku pon confuse dengan pahala sunat mazhad syafie ni? apo kelebihan dia sampai boleh men ...

Kan, harap2 adalah yg mai tolong jawab bagi kita ni paham.

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 3480 at 9-2-2023 01:58 PM

Arab dtg Malaysia kurang ajar, belagak mcm dia pulak warga sini

Mmg set2 belah sana peel gitu..
Sama la industan pon
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite2 dlm mastika tu cuma kisah2 rekaan penglipurlara buat bacaan ummah melayu diwaktu lapang jah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
hird replied at 9-2-2023 12:17 PM
Tolong sapa2 terangkan kat iols, konsep "pahala sunat mazhab Shafie".

Maknanya kalau dicatit pahala ...

Ye la kot. Basically ilmu yg diamalkan siapa yang ajar kita tu dapat la share, kalau ibu ayah ustaz tadika kita ajar dapat pahala tu kat dia, ilmu tu pulak dia dapat dari sapa mengalir lah sampai berapa generasi ratus tahun sekalipun. Ini bukan niat pahala sedekah ke apa, memang rule dia macam tu. Rantaian murid-guru ni sangat kuat sebab tu orang agama pentingkan sanad ilmu, ngaji quran pun sekarang ada sijil ok sanad siapa.

Dalam tu dia describe syarat sah solat - common baseline wajib solat sah ke batal.
Sunat - ikut mazhab pecahan
Dalam mazhab shafie sunat terbahagi beberapa.
Jadi kita kena tahu yg sunat ni kalau skip tak batal pun solat cuma pahala sunat tak dapat. Sunat apa? Afdhal shafie.
Kalau pak arab tadi ganggu sampai batal solat, ye batal, tapi hal hal sunat takleh sempurna tak yah la kecoh like its the end of the world.
Betultak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 03:11 PM | Show all posts
gangerina replied at 9-2-2023 11:56 AM
khennn... bila tgk citer tu mmg sebijik la mcm perangai my friends from middle east.. sebijik..

orang arab ni mana pernah kerja...yang pompuan pun sama...bnyk jadi sleeping partner..sama mcm kat dubai...dapat keluar dunia keluar peranger dajei...rosakkan anak dara orang..pompuan malay pun mcm bodoh bangga dpt boipren arab...bila parents dorang dpt tahu terus kena balik saudi....lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 9-2-2023 01:14 PM
kat thread sebelah dah ada lobainita kata Turkiye kena gempa bumi sebab lgbt. Bila sedar bodoh, tw ...

Muahahahaha

Turki tu duduk atas plat gempa paling aktif di bumi ni
Setiap hari akan ada gegaran 2M
Tapi memang kita tak sedar sebab rendah sangat

Ntah apa2 lah deme ni
Deme tak belajar Geo kah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 04:00 PM | Show all posts
entah lah... orang arab yang tak beradab keje duk menolak2 orang pun berderet dekat sana... balasan tuhan, balasan alam ke balasan karma tu memang boleh berlaku... tak payah nak tunggu berlaku depan mata atau kat mekah...

sambil kaka tengah berporum ni pun boleh kena cash tanpa installment gittuh!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.380268 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list