CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 841|Reply: 7

[Tempatan] JKM cari waris bayi,Alysa Filza yang ditinggal depan rumah, kanak-kanak,Silvinisari yang diserah kepada peniaga untuk bayar hutang

  [Copy link]
Post time 9-2-2023 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mencari waris seorang kanak-kanak perempuan, Silvinisari, 10, dan bayi berusia sebulan,Alysa Filza.

Menurut JKM dalam satu kenyataan, ibu bapa Silvinisari telah menyerahkan anaknya kepada seorang peniaga dikenali Mokhtar kerana tidak mampu membayar hutang.

Menurut kenyataan itu, kanak-kanak tersebut diserahkan tanpa sebarang dokumen dan Mokhtar sempat menjaganya selama tiga tahun.

“Mokhtar kemudian menyerahkan jagaan kepada seorang lelaki warga Indonesia kerana tidak lagi mampu menjaga kanak-kanak tersebut.

“Laporan polis berhubung pengambilan kanak-kanak di dalam jagaan telah dibuat di pondok polis Hospital Selayang pada 10 September 2016,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Ujar kenyataan itu, kanak-kanak itu telah ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajjah Kalsom (RKK PENOR) selama tiga tahun selaras dengan Seksyen 30(1)(d) Akta kanak-kanak 2001 (pindaan 2016).

Tambah kenyataan itu, tempoh jagaan akan tamat pada 26 Februari 2023 dan kanak-kanak itu akan mendapatkan perintah baru.

Sementara itu, bagi kes kedua, bayi perempuan, Alysa Filza telah dijumpai orang awam di hadapan sebuah rumah di Kampung Paya Jaras pada 7 Disember 2022.

“Bayi ditinggalkan bersama uri yang masih melekat di pusat tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.

“Ibu bapa kandung atau waris kanak-kanak ini sedang dikesan. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Gombak di talian 03-61785731/5931/7331,” ujar kenyataan itu.

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2023 08:06 AM | Show all posts
Bayi ditinggalkan bersama uri yang masih melekat di pusat tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.


tak pepasal anak jadi stateless…  bukan warganegara…  banyak hak dia akan dinafikan…
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 02:27 PM | Show all posts
kesian.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak warga asing kr dua dua ni?
Nama tak menahan beb..mesti minat mira filzah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 04:30 PM | Show all posts
shernazz replied at 9-2-2023 04:25 PM
Anak warga asing kr dua dua ni?
Nama tak menahan beb..mesti minat mira filzah

kalau baby tu takde doc., maknanya yg bagi nama tu bukan parents dia la ye?
boleh jadi pegawai JKM tu yg bagi?

kes Silvinisari ni macam citer Korea 'Pawn'

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
kechikchomel replied at 9-2-2023 04:30 PM
kalau baby tu takde doc., maknanya yg bagi nama tu bukan parents dia la ye?
boleh jadi pegawai JKM ...

Maybe lah kot
Iols tak pasti pula...
Syiok la gitu bagi2 nama..hehe
Asal nampak sedap n erti baik2..boleha.letak kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian pula anak2 ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2023 06:34 PM | Show all posts
Aku sangkakan Silvinisari tu as in Silvinisari a/p Selvakarupillai

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.569206 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list