emera replied at 9-2-2023 11:31 AM
Haa betolll!! Buat concrete counter top aku senget. Aku potong ayam, basah air menitik ke lantai. ...
dia orang buat kerja semua pakai ikut feeling ikut mata kasar atau guna siku lengan. tiada nya pembaris or apa ukuran. tak pakai penimbang air. tanam piling guna kayu bakau bukan nya simen cm kontraktor melayu buat. dia orang untung tebal sebab tu berani buang harga bagi kualiti cincai. kt indon dah biasa dia orang buat rumah guna polisterin celup kimia lepas tu simen rumah. jimat tak perlu pakai batu bata. tapi tengoklah rumah kemudian hari confirm jahanam
rumah pakcik sedara jimat rm 60 ribu ambil tukang rumah indon bagi gaji upah barang beli sendiri. rumah tu ada problem dah, bocor lah, tempat simen tadah tangki air dah nampak retak , silap hari bulan runtuh bahagian tangki air tu... tangga nak pergi tingkat atas senget benget dah.
dah boleh wakaf kan buat muzium misteri nusantara . sakit hati nak murah binaan jadi senget benget. when pay peanut got monkey bontot merah
kontraktor melayu pula kena cari ok, salah cari projek terbengkalai duit je habis lebur kena scam.