CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1156|Reply: 3

[Dunia] Warga Ukraine dibuli warga Rusia di Thailand

  [Copy link]
Post time 8-2-2023 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 8-2-2023 03:40 PM

Alex sedang berjalan untuk pulang ke rumah di persisiran Pantai Bang Tao di Phuket pada Disember selepas menonton perlawanan akhir Piala Dunia apabila seorang rakan melambainya dari arah sebuah restoran Little Paris.

Dia jadi keliru selepas beberapa minit perbualan, seorang pelanggan wanita di restoran itu yang Alex pasti seorang warga Rusia dan kelihatan mabuk mula memanggilnya Nazi, hanya kerana bajunya ada lambang tentera Ukraine yang merupakan hadiah yang datang daripada seorang rakan di Kedutaan Ukraine.

"Dia memberitahu saya memakai baju Nazi, bahawa saya tidak boleh memakainya dan saya membunuh orang," kata Alex kepada Coconuts. Alex berkata lelaki itu mengaitkan lencana Rejimen Azov pada bajunya itu dengan ideologi Nazi.

"Kemudian tiba-tiba, beberapa lelaki mula memukul saya dari arah belakang di kepala saya," katanya.

Alex, 44, berkata dia tidak dapat melihat penyerangnya dan dibawa keluar oleh rakannya untuk melindungi daripada terus dicederakan.

"Saya terpaksa pergi, jika tidak mereka akan membunuh saya," katanya.

Lapan ribu kilometer dari tempat asal mereka yang dilanda perang, Alex dan warga Ukraine lain yang tinggal di Thailand berkata mereka telah diganggu dan berasa tidak selamat oleh masyarakat besar Rusia yang tinggal di sini.

Alex, seperti orang lain ketika ditemu bual untuk kisah ini tidak mahu nama penuh mereka disiarkan kerana takut akan keselamatan mereka.

Kemarahan dan ketidakselesaan semakin meluap sejak beberapa hari kebelakangan ini oleh beberapa siri mesej media sosial yang biadap yang telah disiarkan oleh waga Rusia yang meraikan pencerobohan dan mengejek komuniti ekspatriat Ukraine.

Mykola Boichuk, yang telah membantu menganjurkan sebuah acara di Bangkok yang menyokong Ukraine berkata, beliau percaya kemasukan besar pelancong Rusia telah mewujudkan rasa kurang selesa.

"Saya mempunyai ramai kawan Ukraine dan terdapat lebih ramai orang Rusia tinggal di sini," kata Boichuk.

"Mereka angkuh dan tidak segan untuk menunjukkan sokongan terhadap peperangan."

Phuket telah lama menjadi tuan rumah kepada sejumlah besar penduduk dan pelawat Rusia.

Kemasukkan pelawat dari Rusia melonjak berbanding tempat lain pada tahun lepas, terutamanya selepas Aeroflot menyambung semula penerbangan terus dari Moscow ke Phuket pada 30 Okt.

Ketibaan meningkat lebih dua kali ganda pada bulan November dan beberapa penerbangan sewa (charter) telah memulakan perkhidmatan. Pada bulan November dan Disember, hampir 170,000 orang Rusia melawat Phuket jumlah disamakan dengan 40% penduduk pulau itu.

Satu lagi catatan terbaharu oleh pengaruh media sosial Rusia, Vitalina Kriger tersebar dengan cepat melalui komuniti Ukraine kerana berkata terdapat cukup rakyat Rusia di Phuket untuk mengistiharkan sebagai wilayah baru mereka.

“Terdapat begitu ramai rakyat Rusia di Phuket sehingga tiba masanya untuk mengadakan referendum,” tulisnya di bawah swafoto merujuk kepada referendum palsu Moscow tahun lalu mengenai penggabungan di wilayah timur Ukraine.

Kriger juga mempromosikan halaman pengumpulan dana yang dia sediakan untuk membantu penduduk Rusia di Ukraine.

Mesej-mesej di media sosial telah mencetuskan kebimbangan dan kegelisahan masyarakat ekspatriat Ukraine.

Seorang wanita yang dikenali hanya sebagai T.N. yang bimbang keselamatan dirinya berkata dia merasakan pencerobohan dan permusuhan ke atas tanahairnya telah mengikutinya ke Thailand.

https://coconuts.co/bangkok/news/tensions-flare-between-ukrainians-and-russians-in-thailand/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 11:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Terus iols teringat g kedai arab kt ampang iols parking kt depan kedai arab tu. Lps iols dh beli barang kt kedai tu iols seberang jalan g kedai arab satu lg beli sikit lg brg. Lps iols blk g kete, penjaga parking kedai arab yg mula2 tu x puas hati iols g kedai depan tu. Dia ckp kalo nk g kedai depan tu, iols kena alih kete kt depan kedai satu lg. Masalahnya kedai depan tu hanya bbrp langkah je dan brg iols beli kt kedai dia lg byk dari kedai depan tu. Dahlah x reti ckp melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.061540 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list