CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1839|Reply: 15

[Tempatan] Whoaaa tak sampai seminggu filem Coast Guard raih kutipan RM2.5 juta

  [Copy link]
Post time 7-2-2023 09:13 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR : Mencipta fenomena tersendiri, filem genre aksi, Coast Guard Malaysia: Ops Helang yang memulakan tayangan di seluruh pawagam pada Sabtu lalu telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM2.5 juta.

Menurut Penerbit Flying Deals Sdn Bhd, Muhammad Hady Yusry Makmor, perkara itu merupakan sesuatu yang membanggakan selain mengharapkan sambutan yang menggalakkan dapat terus diraih daripada penonton.

“Saya menjangkakan kutipan akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Bahkan, berita baiknya, kebanyakan pawagam sudah membuat penambahan dewan termasuk waktu tayangan di sekitar 132 pawagam seluruh Malaysia,Brunei dan Singapura.

“Saya lihat sambutan daripada penonton juga amat menggalakkan pada hari pertama nakshah ini ditayangkan.

“Itu sesuatu yang cukup positif terutama bila saya dapat tahu ada pawagam yang sampai kena buka dewan dan menambah waktu tayangan kerana sambutan yang sangat tinggi daripada penonton,”katanya.

Mewakili pihak produksi, tambah Muhammad Hady Yusry, dia bersyukur dengan pencapaian yang memberangsangkan itu meskipun promosi filem berkenaan berlaku sangat perlahan.

“Kalau diperhatikan, kebanyakan filem lain memulakan promosi sebulan atau dua bulan sebelum ditayangkan. Tetapi, kami pula bermula agak lewat, kurang lebih seminggu atau dua minggu sebelum itu.

“Tentulah, timbul kerisauan itu. Tetapi bila masuk sahaja hari kedua dan ketiga, kutipannya meningkat drastik. Kita doakan yang terbaik untuk filem ini dan semoga pawagam juga akan menayangkan filem ini dalam tempoh lama,” katanya.

Coast Guard Malaysia: Ops Helang telah diterbitkan oleh Flying Deals dan Arie Zaharie Production dan menelan belanja sebanyak RM13 juta dan mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Filem yang dibintangi oleh Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin ini mengisahkan kehidupan Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) APMM iaitu Leftenan Maritim Hafiz yang mahu memulakan kehidupan baharu di sebuah pulau selepas mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD).

https://www.utusan.com.my/gaya/hiburan/2023/02/4-hari-tayangan-filem-coast-guard-raih-kutipan-rm2-5-juta/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 09:25 AM | Show all posts
arwah? patut la bertahun ambil masa nak siap movie ni, siap la juga director lain take over.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 09:27 AM | Show all posts
not interested to watch
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 09:45 AM | Show all posts
filem SOI lagi kah ni?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 11:27 AM | Show all posts
aku dah tgk dah movie ni. ermm most actor dia lakonan not bad, yg meluat cuma gelpren si leftenan hafiz tu, dialog dia simple & 1 je iaitu "sayang, sayang" tu pon tak boleh lakon kan dengan baik, annoying nak mampos ahahaha, idea story aku suka la tak macam typical malay movie, cuma plot tu kureng mantap. byk plot hole.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 11:33 AM | Show all posts
_blackbird replied at 7-2-2023 11:27 AM
aku dah tgk dah movie ni. ermm most actor dia lakonan not bad, yg meluat cuma gelpren si leftenan ha ...

bagi aku, filemnya biasa2 je awal2 dia dh bg kita rasa wow.. ok la wow jgk..
agak terhibur dgn adanya adlin, hazama serta geng2 lanun itu lanun2 menghidupkan jalan cerita

plot twist tu pun dh dpt agak dr awal.. ketua lanun tu pn dh dpt agak sedari awal.. cerdik tak iols
lontaran suara hero heroin, lemau je.. takde semangat...





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2023 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni geng maritim plak penuh kat panggung wayang.
Just nk tanya laa kn masa pilem Paskal pun ramai la askor ngn bini2 dia yg dh lama tak masuk panggung pun pi tgk.
Emangnya set2 unit beruniform ni hanya akan tgk wayang kalau pilem tu berkaitan ngn dorang je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 11:51 AM | Show all posts
Suchi replied at 7-2-2023 11:43 AM
Kali ni geng maritim plak penuh kat panggung wayang.
Just nk tanya laa kn masa pilem Paskal pun rama ...

hidup dlm circle sndiri

tp rsnya x kot
cuma dh klu berkait rapat tu rs beria sikit la nk p tgk
walau pun cerita ala2 je





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 12:01 PM | Show all posts
best utk movie action melayu.
1) cuma x pueh hati hero lemau nau bertumbuk ngan enemy,. ngan pok ya cong code pun melembekkkk jah. harap badan jah sado.
2) tunang hero pun aku lemohhhh.. dok sayanggggg sayangggg pah ceroh. patut watak kau mati awal awal sebab meleweh leweh
3) storyline fast pace. tak dan nk pi toilet. tautau dah masuk action lain.
4) banyak twist. tapi lepas tu mari pulak mikir.. eh senang benau musuh musuh keja dlm gomen. tadak tapisan kaunseling ka macam cita action emputeh slalu buat tu. Tapi kira ok laaa utk malay movie, jarang nak ada twist mcm tu
5)  ko bayangkan, hero punya melembek time scene gocoh ngan pokya cong code tu, bila part dia berjaya je tumbangkan pokya, terus mokcik pokcik depan aku sorak. hahahahhaha mesti diorang pun rengsek hero lemau tak cukup zat
6) byk adegan ganas ganas letup letup so okayy good
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 12:02 PM | Show all posts
tapi awat tah bila tgk si bini doc hafiz tu belakon, sapa nama tu si julia farhana marin tu, aku dok terbayang si lufya cebik cebik juih mulut hahhahha
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 02:39 PM | Show all posts
Tahniah...semoga terus berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 02:49 PM | Show all posts
xde niat nk g tgk....apa la diharap dgn cite melayu ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 07:52 PM | Show all posts
filem dato forex ni,
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 7-2-2023 11:51 AM
hidup dlm circle sndiri

tp rsnya x kot

Overseas, from coast to coast,
To find a place I love the most;
Where the sekaimaniam,
Karrupan cheliah...

@skymania tersenyum sinis





Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 12:54 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 7-2-2023 08:22 PM
Overseas, from coast to coast,
To find a place I love the most;
Where the sekaimaniam,

jubuuurr..
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2023 01:01 PM | Show all posts
Straregy dia tayangkan masa tak ada movie baru ditayangkan selain dia mana tak ada sambutan.  Cer kalau ada movie hollywood ditayangkan sama waktu tu pasti hasilnya jadi berbeza.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068159 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list