CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1606|Reply: 18

[Politik] Tak mungkin Nurul Izzah salah guna kuasa, kata Anwar

  [Copy link]
Post time 6-2-2023 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Anwar Ibrahim berkata, Nurul Izzah tidak mungkin menggunakan kedudukannya untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan tender, kontrak atau projek kerajaan.

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim menegaskan anaknya, Nurul Izzah, tidak mungkin menyalahgunakan kedudukannya sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan perdana menteri.

“Tidak ada kemungkinan (Nurul Izzah) menggunakan kedudukan itu untuk mengumpul kekayaan dan mempengaruhi keputusan mengenai tender, kontrak atau projek,” katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat di Ibu Pejabat PKR.


Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel
Presiden PKR itu mengulas kontroversi pelantikan Nurul Izzah sambil menegaskan anak sulungnya itu tidak menerima sebarang elaun.

Katanya, beliau memerlukan kepakaran Nurul Izzah dan kedudukannya dalam jawatan itu untuk mengkritik serta meneruskan agenda tadbir urus baik.


Akhir bulan lalu, Nurul Izzah mendedahkan beliau dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 3 Jan lalu.

Anwar kemudiannya mempertahankan pelantikan itu dengan berkata, Nurul Izzah tidak dibayar gaji dan beliau layak untuk jawatan berkenaan kerana ijazahnya dalam bidang kejuruteraan, dasar awam dan sosial.

Bagaimanapun, beberapa pengkritik mempersoalkan pelantikan itu sebagai nepotisme yang pasti akan meletakkan kerajaan perpaduan dalam keadaan bertahan kerana memberi peluang kepada pembangkang untuk menyerang mereka.

Sementara itu, Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata, pihaknya mengambil maklum hasrat beberapa bekas pemimpin Umno berminat menyertai PKR selepas pembersihan parti itu baru-baru ini.


Bagaimanapun, katanya, PKR akan berbincang dengan Umno terlebih dahulu dalam masa terdekat.

“Belum ada keputusan dibuat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Anwar menolak dakwaan PH hanya mendapat 19% sokongan pengundi Melayu pada PRU15.

Katanya, analisis PH sendiri menunjukkan mereka memperoleh 31% sokongan pengundi Melayu.


“Kami memperoleh 31% undi Melayu secara keseluruhan. Ada yang rendah seperti di Kelantan dan Terengganu,” katanya sambil menambah di Selangor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan menyaksikan PH mendapat lebih 50% sokongan pengundi Melayu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Katanya, beliau memerlukan kepakaran Nurul Izzah dan kedudukannya dalam jawatan itu untuk mengkritik serta meneruskan agenda tadbir urus baik.

kepakaran apa?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Solokkk at 7-2-2023 01:20 AM

But*h lu, Pak Non. . Isu sebenarnya bukannya pasal anak nko tak akan salah guna kuasa, tak ambik gaji, tak ambil elaun, bukan decision maker…..yeda…,yeda…..Isu sebenarnya, nko amalkan nepotisme yg nko tentang selama 24 tahun berjuang . Bodow macam cai2 nko jugak . Nko ingat marhein bodow macam nko dgn cai2 nko .
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 03:27 AM | Show all posts
cucu baru nanti ada darah CINA

balik opis malm tidur dengan CINA

CINA = Duit + WANG
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 04:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bang Non anak beranak memang kalis dosa, kalis korupsi.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 07:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama.cm anak nakal masuk.jail..
Mak ayah mesti cakap anaknya baik..kena aniaya
Serupa gitu.lah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2023 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
JunkMail replied at 7-2-2023 04:05 AM
Bang Non anak beranak memang kalis dosa, kalis korupsi.

Ala2 maksum lah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak orang je jahat. Anak saya baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg sorg lagi Iqbal tu anak sapo? Bukan nk kata izzah akan salah guna kuasa tapi perbuatan nuar ni mcm buka pandora box lah. Kalau xboleh pikiaq lagi tak tahulah den.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 08:16 AM | Show all posts
ikut pendapat dia, boleh lantik anak atau  sedara, asal tak bayar gaji
lepas bo boleh lah ramai2 lantik.. jadi pegawai kerajaan, penasihat asalkan tak bayar gaji...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Hoi hoi ya hoi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 09:27 AM | Show all posts
Makin mengarutlah dia ni..... Semak balik la cerita Langkah Kajang.. Tahu lah perangai bapak dia ni......... Serik betul jadi pentaksub dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 09:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
aku actually percaya nurul izzah lebih jujur & xsalah guna kuasa melebihi anwar sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 7-2-2023 10:29 AM
aku actually percaya nurul izzah lebih jujur & xsalah guna kuasa melebihi anwar sendiri

wey baru nak tulis komen sama. masa PH jd kerajaan 22 bulan pon dia letak jawatan naib presiden pkr sbb "beliau mual dan lelah dengan perangai dan telatah golongan yang lebih sibuk dengan politik kepartian daripada bekerja untuk rakyat*." masa tu dia menyampah agaknya tgk masing2 cam berok dapat bunga bila pestime jd kerajaan pastu kalau dia rasa tak puas hati skalipon dgn geng sendiri dia sound je mcm projek psr kat penang, mana ada cover2 cuba justify bagi pihak kerajaan negeri depan rakyat**. jd dgn adanya izzah, mesti potong stim geng2 yg ada niat nak menyelit projek sakau

*https://www.sinarharian.com.my/article/3420/berita/politik/anwar-dedah-punca-izzah-letak-jawatan

**https://www.nurulizzah.com/site/batalkan-projek-tambakan-laut-selatan-pulau-pinang-psr/

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2023 01:42 PM | Show all posts
Kepala hotak uols....  Dah tua pun uols bangang lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2023 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 7-2-2023 01:42 PM
Kepala hotak uols....  Dah tua pun uols bangang lagi

Sesajer buat bangang untuk menghalalkan nepotism ala2 madani terpaling marhein terzuhud .
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 04:13 PM | Show all posts
I just want to ask everyone to play geometry dash lite with me. There won't be any discussions. It's a great game that many of us can play together.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Solokkk replied at 7-2-2023 01:05 AM
But*h lu, Pak Non. . Isu sebenarnya bukannya pasal anak nko tak akan salah guna kuasa, tak ambi ...

Parti anak beranak


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.061890 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list