CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6814|Reply: 40

Kak KM Sound ‘Baru Bercerai Tak Ada Job Nak Bela Anak’, Lufya Balas; “Kerasnya Hati, Moga Allah Tegur…”

  [Copy link]
Post time 6-2-2023 11:37 AM | Show all posts |Read mode


Usahawan dan anak dramatis popular Normah Damanhuri, Liana Rosli tampil membidas semula teguran penyanyi dan pelakon Lufya terhadapnya di laman Instagram.

Kata Liana atau lebih popular dengan panggilan Kak KM, dia memahami situasi Lufya menegurnya sebelum ini, dengan harapan untuk menumpang kisahnya yang kini sedang viral.

“Dia lagi kesian sebab dia tengah susah, aku faham… aku pernah jumpa dia. Sekarang pula dia baru pakai tudung, baru lepas bercerai, kita faham tak ada job.

“Tapi tak payahlah dengan cara bercakap pasal aku untuk menaikkan rating kau. Bukan pakai nama aku untuk dapatkan job ye.

“Aku tak kisah, tapi umpamanya aku ni jahat sangat…,” katanya ketika siaran langsung Instagram pada Jumaat.

Sementara itu, menjawab tuduhan Kak KM, kata Lufya, sikap keras hati usahawan itu diharapkan mendapat teguran daripada Allah kelak.

“Bila orang alim, pendakwah tegur cakap mereka ni nak glamor tumpang populariti. Bila selebriti beri pandangan dikatakan baru bercerai mungkin takde duit nak bela anak.

“Subhanallah kerasnya hati manusia. Walaupun diberi kasih sayang keluarga, kekayaan, kesihatan tapi jangan lupa semua itu datangnya dengan izin Allah. Patuhlah perintah Allah!

“Yakinlah rezeki halal tanpa memperdagangkan tubuh dan maruah adalah lebih baraqah. Jangan keterlaluan demi mengejar kekayaan yang terlalu sedikit di dunia ini.

“Moga Allah ‘TEGUR’ dan menjadi pelajaran buat kita semua umat ISLAM untuk melihat hikmahnya,” katanya bersama tanda pagar #nomoreiklanlucah #kitabenciapayangAllahbenci #pengikutrasulullah.



Terdahulu, Lufya tampil menegur tindakan keterlaluan Kak KM yang kerap memuat naik iklan berunsur lucah di media sosialnya. Kata Lufya tindakan sedemikian boleh mempengaruhi pemikiran golongan muda.

Selain Lufya, dua pendakwah terkenal PU Syed dan Ustazah Asma’ Harun turut tampil menegur tindakan Kak KM secara terbuka.


kredit gempak


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg hati dah hitam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh ke DM orang tu tegur personally daripada nak teguran terbukak bagai di socmed ni? Hoi, kalau aku jadik kak KM tu pun aku defensif kot. Sapa ja manusia di dunia ni boleh happy ketawa2 terima kritikan in public? Sissy Iman sampai menangis atas pentas kay.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 12:45 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 6-2-2023 11:50 AM
Tak boleh ke DM orang tu tegur personally daripada nak teguran terbukak bagai di socmed ni? Hoi, kal ...

entahlah tapi bagi meols, bukan ke kak km tu sejenis tak amik pot hal2 remeh gitu? sheols cuma nak bakar line je tu ala2 perli balik gitula. Iols percaya sheols bolayan jah orang kecam sheols ke apa. Ala2 kalis api neraka gitohhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 6-2-2023 04:45 AM
entahlah tapi bagi meols, bukan ke kak km tu sejenis tak amik pot hal2 remeh gitu? sheols cuma nak ...

Iya memang sheols begitu la kejadian kan namun yang acah2 nak menegur ini pun apa hal tegur2 in public? Kalau betul ikhlas caring, DM diam2 noks. Bagi aiols la. Lagipun umor dah kertu dah lanjut macam si KM itu mana hada boleh lentur sudah. Tok Bidah tu sundri mati anak sampai 2 orang, hada nak insof? Takda. Makin lagha hada la.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi ada berulnya kak km ni moga x terlewat utk bertaubat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2023 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam hal ni
Macik sokong KKM
Menegur ada caranya
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
bila orang alim tegur???

ko rasa diri ko alim ke?  ujub tu ketibas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 02:49 PM | Show all posts
nak tegur secara terbuka da kenapa???
besor sgt ker industry kat mesia tu sampai korang tak leh jumpaa...
boleh jer DM dulu... kenal2 dulu... then tegur la cara baik...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 6-2-2023 11:50 AM
Tak boleh ke DM orang tu tegur personally daripada nak teguran terbukak bagai di socmed ni? Hoi, kal ...

Setuju. Bg iols tegur terbuka ni lebih kpd nk menghina. Kalo kita tegur dlm keadaan berdua itu lebih baik. Dia nk follow atau tidak, dh bkn masalah kita lg
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw kak km iols jumpa kt luar mkn sebelah iols biasa2 je dorang ni. Behave je
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ni les tahun lepas ke.ade lagi ke.ke amu ketinggalan.huhu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Si ketiak becak ni mana2 kes pun nak menempel agar diingati.. kemain bergambar mesra ngan miera dan vie penyondol.. ada harapan dia ni pun bakal penyondol, pastu selit ayat2 penunggang.. tu pun kalo ada jate nak
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 03:09 PM | Show all posts
dua2 aku x pernah minat..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ellejo replied at 6-2-2023 02:33 PM
bila orang alim tegur???

ko rasa diri ko alim ke?  ujub tu ketibas.

Aku  x rasa dia mksudkn dia,maybe org alim lain mcm ustazah asma..tp aku mmg x suke minah ni saiko kes org nk culik ank dia tu.ksudah diam
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat kakkm disyurga dunya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak la korang..

Aku xpaham kes dorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi iklan dia mmg keterlaluan .... dari lenggok badan .... cara berpakaian .... pastu perkataan yg dia guna mencarut2 .... promot produk tanpa selindung sebut Panxxt ... Pu*i .... Te**k ... nape xde yg amik tindakan kt dia ye ?

Bile netijen tanye .... xkisah ke pakai seksi2 sekeluarga .... jwpn  nye BUKAN NETIJEN YG KASI KITE MAKAN ....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak KM nmpk gayanya hidup nk menongkat langit. Biar je la ke dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku paling tak faham sapela yg rajin menyokong km sangap ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.381519 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list