CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1236|Reply: 16

[Tempatan] Panaurama kota, orang awam rimas laluan pejalan jadikan tempat parkir motosikal

[Copy link]
Post time 6-2-2023 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 6-2-2023 02:27 PM

Laluan pejalan kaki tidak seharusnya menjadi tempat penunggang motosikal untuk meletakkan kenderaan mereka hingga menghalang orang awam melaluinya.

Sejumlah motosikal yang parkir di laluan pejalan kaki Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kampung Baru telah di angkut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Jumaat lalu.

Hal ini berikutan satu perkongsian tentang situasi pejalan kaki yang mengalami kesukaran untuk menuju ke destinasi yang dikehendaki tular di media sosial semalam.

Susulan itu, DBKL segera bertindak melalui Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan dengan melaksanakan Tindakan Khas Angkut Kenderaan (Motosikal) terhadap 11 buah kenderaan beroda dua itu.

“Perancangan telah dibuat bagi mengadakan tindakan penguatkuasaan menyita dan mengalihkan motosikal yang diletakkan disepanjang laluan pejalan kaki.

“Hari ini, sejumlah 11 buah motosikal telah dialihkan ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut termasuk pengeluaran notis kompauan dan penyimpanan sementara,” kata DBKL.

Kelmarin, seorang pengguna media sosial Twitter bernama @DragonReine telah berkongsi satu rakaman video di laluan LRT tersebut.

Menerusi ciapan yang tular itu, umum dapat melihat lambakan motosikal telah diparkir di tempat yang dikhususkan untuk pejalan kaki.

Hasilnya, pejalan kaki terpaksa melalui bahu jalan yang tidak berbumbung selain membahayakan keselamatan sekiranya bertembung dengan kenderaan yang dipandu laju.

“Ini adalah laluan dari LRT Kampung Baru. Kawasan berbumbung telah bertukar menjadi tempat letak motosikal.

“Jadi pejalan kaki terpaksa berjalan dalam situasi hujan dan matahari,” luah pengguna tersebut yang kecewa dengan sikap pentingkan diri penunggang motosikal.

Hantaran yang tular itu nampaknya berjaya mendapat perhatian pihak berkuasa di mana DBKL hanya mengambil masa satu hari untuk menyelesaikannya.

Namun, strategi yang diambil DBKL itu hanyalah bersifat sementara dan ada pengguna yang mencadangkan agar pilihan raya majlis tempatan dilaksanakan semula bagi menyelesaikannya.

https://malaysiadateline.com/parkir-di-laluan-pejalan-kaki-dbkl-angkut-11-motosikal-selepas-tular-di-media-sosial/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 11:30 AM | Show all posts
Nampak kan betapa mundurnya pemikiran rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat umah flet pprt moto siap naik lift masuk dlm umah
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila kt jlnraya bawak laju pastu  pi tendang side mirror keta...mmg hanat
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bole dh kot buat penghadang. bodoh nye org2 ni. tapi jgn bile dh clear, g bukan gerai pulak tk situ
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 12:14 PM | Show all posts
dulu igt tu mmg tmpt parkir moto
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dbkl kan mmg bangsat dr dulu lagi
X reti2 ke nak angkut sume motor2 ni then campak je kat besi buruk sana
Korang ada lori dbkl kan..hah angkut je la sume motor ni..bodoh bangsat punya staf dbkl takde otak
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 6-2-2023 12:17 PM
Dbkl kan mmg bangsat dr dulu lagi
X reti2 ke nak angkut sume motor2 ni then campak je kat besi buruk ...

silap2 staff dkbl anak beranak cucu cicit sekali park dkt situ zisss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 12:45 PM | Show all posts
Sediakan ruang parking motor tapi jangan jauh sangat.

Pagarkan ruang pejalan kaki yang dekat stesen kasi susah nak keluar masuk.

Kalau masih degil, hangkut ja naik lori.


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
samperit replied at 6-2-2023 12:21 PM
silap2 staff dkbl anak beranak cucu cicit sekali park dkt situ zisss

Mmg pun.knowing staf2 diorg kan mmg hauk
Ntah2 ada sama2 menumpang letak moto kt pedestrian walk tu skali..sama2 la takde otak la depa sume ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 01:18 PM | Show all posts
Parking tempat baik punya siap ada tempat berteduh, semoga pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan tegas akan hal ini
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 03:16 PM | Show all posts
otak letak kat lutut
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 6-2-2023 12:17 PM
Dbkl kan mmg bangsat dr dulu lagi
X reti2 ke nak angkut sume motor2 ni then campak je kat besi buruk ...

Diharap lepas angkut2 motor tu fikirkan juga utk create kawasan parking utk motor, or kalau dah ada, mencukup ke x
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat area sogo tu pung banyak juga moto
Pejalan kaki kena kongsi jalan raya dgn kete2 okeh
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 10:09 AM | Show all posts
selain jd tempat parkir, laluan pejalan kaki juga jadi laluan motor.
kalau penunggang motor tu baik..dia ikut jer belakang pejalan kaki
kalau jenis sampah pulak, pejalan kaki kena maki sebab x bagi laluan
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2023 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tuan2 motor teringin nak motornya merasai nikmat berteduh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2023 02:35 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 6-2-2023 12:45 PM
Sediakan ruang parking motor tapi jangan jauh sangat.

Pagarkan ruang pejalan kaki yang dekat stesen ...

selalunya paking moto yg jauh sgt,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.074954 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list