CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2944|Reply: 64

[Tempatan] [Edisi Homestead 2.0] Pembelajaran awal di rumah, tak perlu ke sekolah rendah?

  [Copy link]
Post time 6-2-2023 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
https://www.utusan.com.my/gaya/r ... -ke-sekolah-rendah/


RUANGAN Redah kali ini lari daripada kebiasaan dan tidak hanya tertumpu kepada ruang lingkup hal berkaitan pelancongan.

Saya menulis artikel kali ini selepas kagum dengan semangat dan kekentalan seorang wanita membesarkan anak dengan cara yang amat jarang dapat kita fikirkan dan lakukan.

Apa yang boleh saya katakan, wanita ini ‘betul-betul redah’, menongkah arus kemodenan dan cara berfikir majoriti rakyat di negara ini. Apatah lagi ketika zaman yang penuh persaingan dan ledakan teknologi pada masa kini dengan hampir segala macam kehidupan peribadi didedahkan.

Kononnya semua mahu berlumba-lumba menjadi yang terbaik, terpandai, terhebat, terkaya dan segala macam ‘ter’ lagi. Namun tidak bagi Zarah Ariffin Alkhadri, 39 yang mahu menunjukkan bagaimana tanda aras kehidupannya tidak ditentukan orang lain. Semuanya mengikut kekentalan prinsip dan keyakinan sendiri dalam membesarkan anak-anak di samping suami tercinta. Dia berasal dari Damansara Jaya dan kini menetap di Terengganu membesarkan empat anaknya dengan acuan sendiri tanpa mengikut sistem pendidikan sedia ada.

Kaedah pembelajaran dan pengajaran kesemua empat anaknya diterapkan di rumah tanpa perlu ke sekolah. Ketika ditanya apa menyebabkan dia mengambil pendekatan sedemikian, jawapannya mudah. Ia adalah demi memberikan pendedahan dan kebebasan untuk anak-anaknya mengenali erti kehidupan sebenar serta kepelbagaian budaya yang bukannya bersandar kepada peranti atau internet semata-mata.


Semua pelajaran daripada alam dan kehidupan, lebih-lebih lagi Sains dan Matematik. Sebagai contoh kata Zarah, anak-anaknya diajar mengira pinggan ketika membersih dapur.

“Kami menggunakan pendekatan homeschooling kerana sebelum ini sering bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Selain itu, saya cuba memberi peluang kepada mereka bergaul bersama-sama rakan daripada pelbagai kaum.

“Lagipun pada kami, silibus pendidikan sekarang terlalu ke hadapan dan kami rasakan anak-anak kami tidak memerlukannya. Kami mahu anak-anak belajar dalam keadaan gembira dan mahu mereka menuntut ilmu berdasarkan kemahuan (belajar) sendiri,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Dia bagaimanapun tetap menekankan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca) di samping memberi kebebasan kepada anak-anaknya sama ada untuk meneruskan sistem persekolahan formal ketika usia peringkat menengah nanti.

“Kami beri kebebasan pada mereka. Untuk sekolah rendah, kami rasa memang tidak perlu buat masa ini. Cuma apabila ke peringkat menengah lebih-lebih lagi sekolah vokasional, itu sangat bagus kalau mereka diberi peluang,” katanya yang pernah bekerja di salah sebuah pusat gimnasium terkenal.

Dalam pada itu, Zarah juga tidak sesekali mendedahkan anak-anaknya kepada peranti dan internet sebagaimana rakan seusia mereka atas alasan tersendiri.

“Apabila intenet terlalu mudah untuk diakses, pelbagai perkara tidak bagus yang mereka akan lihat. Tapi kita tidak nafikan kepentingan teknologi dan internet. Mereka masih perlukan kedua-dua perkara ini pada masa akan datang.

“Cuma, untuk umur sekarang, kami rasakan ia tidak perlu untuk perkembangan emosi dan mental. Apabila sudah cukup besar dan tahu mana baik dan buruk, barulah kita benarkan,” jelasnya.

Selain itu kata Zarah, dia mahu menerapkan kemahiran dan ikhtiar hidup sebagai persediaan dengan sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

“Kalau berlaku apa-apa mereka masih boleh teruskan kehidupan. Contohnya, semasa perintah kawalan pergerakan (PKP). Banyak hilang pekerjaan. Kalau ada kemahiran kita boleh buat apa sahaja termasuk mencari duit,” ujarnya.
Apa yang paling penting katanya, dia tidak mahu menerapkan sistem riba dalam kehidupan anak-anaknya dan bergantung kepada pinjaman bank terutama membeli rumah atau kereta.

Zarah sendiri tidak mengambil pinjaman daripada mana-mana institusi perbankan sama ada untuk membeli rumah atau kenderaan. Dalam erti kata lain, memulakan gaya hidup sara diri atau homesteader.

Asasnya mudah. Sebagai umat Islam, dia tidak mahu terjebak dengan sebarang unsur riba dan pinjaman itu memeritkan.

Dia juga keluar dari zon selesa dan bergantung kepada hasil perniagaan sabun untuk meneruskan kehidupannya. Rumah disewa dan kereta yang dibeli merupakan kereta terpakai.
Cara hidup sebegini sememangnya unik pada zaman sekarang, ketika kita semua berlumba-lumba mengejar harta.

Walau apapun segalanya terletak pada individu itu sendiri dan Zarah sempat menitipkan nasihat. Pesannya, niat perlu betul dalam setiap perkara yang dilakukan. – MINGGUAN MALAYSIA



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 05:05 AM | Show all posts
Memang tak boleh buat nak nak anak suka pergi sekolah, tetiap hari cakap tak sabar nak pergi sekolah... nak tahu belajar apa hari ini..

Tapi kasi kebebasan membesar, no abc 123 selagi belum masuk darjah 1....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 05:48 AM | Show all posts
faraway1 replied at 6-2-2023 05:05 AM
Memang tak boleh buat nak nak anak suka pergi sekolah, tetiap hari cakap tak sabar nak pergi sekolah ...



Kalo sehingga usia sebegini pun baru nak belajar huruf abjad...apa masalahnya? Anak ko, your mess,your own shit...you deal it ler....dah ko, emaknya pun bukan cerdik sangat pun kheunz?

Kahkahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mak pak kaya raya sembilan sepuluh keturunan makan X habis..ok je kalau nak homeschool etc nih..
Kalau rakyat biasa, better gi sekolah yg kerajaan dah sediakan nih ...kurang kurangnya anak anak takde la keciciran
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 08:26 AM | Show all posts
Hebat!

cuma dia kena fikirlah bagaimana budak tu nak hadap transition dari homeschool kepada pembelajaran disekolah nanti... kalau syok sendiri jer silibusnya tak dapat pulak budak tu nak ikut nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 08:43 AM | Show all posts
kut mak pak banyak masa, education pun bukan biashe2,  then banyak dhuet... silakan

pg sekolah bukan academic semata2, socializing skills pun kena ada

kut la just on paper , baik tapayah buat sekolah banyak2. smer bebudak ikut online class je la mcm time mco ritu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols prnah dulu part time ngaja tuisyen budak2 skolah rendah. umur budak tadika dh mai dh hntr tuisyen, mostly utk bljar mmbaca lah. Iols tnya lah bdk2 tu mak pak keja apa. Ada yg mak keja, n mostly suri rumah lah. So iols buat conclusion mak2 ni dia hntr anak awal2 tuisyen myb dia nk ada me time lah kut  2 jam ank tuisyen dia blh lah g jln mana2 dulu. To each their own. Letih ngaja bdk2
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak iols suka g sekolah, hari2 ade je cite pasal kawan2 dia sampai iols leh hafal hampir semua nama kawan sekelas dia.

Kalau anak suka g sekolah susah gak nk homeschool walopun rasa anak lg selamat depan mata.
Hantar sekolah bkn semata2 utk belajar tp lebih kpd nak dia belajar bersosial, tingkatkan keyakinan diri.
Sekolah la tempat kita semua berdikari dan belajar menjaga diri sendiri.
Kita tak selamanya hidup kat dunia ni boleh ada sentiasa depan mata dan melindungi anak2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 6-2-2023 07:59 AM
Kalau mak pak kaya raya sembilan sepuluh keturunan makan X habis..ok je kalau nak homeschool etc nih ...

Satu lagi..kalau muka boleh jual,bodow sikit2 masih boleh jadi retis..ada jugak bapak jerung nak bela.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 09:25 AM | Show all posts
Klu ada bisness tak kesah la nak g sekolah ke tak. Tambah2 lg klu self sufficient.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku xleh imagine le bdk2  x bercampur dgn org ni.at least kt sekolah boleh kenal  budaya , background lain.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Homeschooling ni org bayangkan budak2 tu tak bergaul tak bersosial langsung ke? Dlm masa yg sama, terserlah mindset kita sendiri...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2023 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts

  


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 6-2-2023 10:00 AM

Haah.
Dia ada ckp org complaint ank² homeschool xreti bgaul bagai.
Masalahnya org kita sendri pepandai assume bukan² dlm keadaan kurang pemahaman konsep homeschool tu mcm mna.
Agk² depa penah bukak website kpm nengok syarat nk homeschool ank² nih?
Agk² depa tau dak ada yg homeschool ja utk amik igcse?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorg igt homeschool mcm pakar bumi rata kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 10:37 AM | Show all posts
kalau dia mampu berdisiplin 1000% homeschooling-kan anak2, bagus la. tak semua mak pak mampu buat.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau masih guna silibus kpm tapi mengajar kat rumah, masihdikira bukan homeschooling.  Homeschooling ni asas utk survival atas dunia ni tanpa certificate. Belajar baking, business, ternakan pertanian. Tanpa bergantung pada sistem lagi. Cuba baca fb abu hannah. Itu baru homeschooling.
Bukan semua sanggup habiskan tenaga and duit utk homeschooling. Renyah.
So far yg dah nampak hasil macam gp arqam, gglobal ikhwan.
Gp abu hannah, zarah ni anak masih kecik2 lagi. Belum nampak hasil
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tt minat kat dorang ek. Minat lifestyle dorang kan. Tapi macam tak kenan kat jiwa huahuahua. Anak dia selekehhh. Kuku hitam panjang tak potong bertaik I hahahahaha maaf terkecam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 6-2-2023 11:48 AM
Atata replied at 6-2-2023 11:46 AM
Tt minat kat dorang ek. Minat lifestyle dorang kan. Tapi macam tak kenan kat jiwa huahuahua. Anak di ...


Tak taulah nak kata minat ke tak.

Tapi mmg tak boleh tinggal shopping mall. Sayang sangat.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
margo20 replied at 6-2-2023 10:28 AM
Dorg igt homeschool mcm pakar bumi rata kot

Deyols ingat homeschool ingat sohai grindr.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.306198 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list