CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 430|Reply: 2

[Jenayah] JPJ kesan banyak tawaran lesen palsu di media sosial

  [Copy link]
Post time 5-2-2023 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Janagarajan (kiri) menyempurnakan simbolik penyampaian sijil penyertaan Kursus Pembangunan Pasukan Kepada Jurupandu Perkhidmatan Bas Ekspres kepada Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail di Kota Bharu, Kelantan, hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenal pasti kebanyakan pakej membuat lesen memandu di media sosial didapati menawarkan lesen yang tidak sah.

Timbalan Ketua Pengarah JPJ (Pengurusan), M. Janagarajan berkata, lesen memandu yang diperoleh melalui tawaran di sosial media kebanyakannya tidak sah selain maklumat pemegang syarikat juga tidak wujud dalam pangkalan data JPJ.

Menurutnya, modus operandi sindiket itu dikesan apabila mereka mengiklankan tawaran lesen memandu di media sosial malah turut mendakwa ia merupakan lesen yang sah.

“Kebanyakan mangsa tertipu selepas mereka membuat pembayaran kepada sindiket tersebut. Mangsa akan mendapat lesen palsu atau lebih malang lagi akaun media sosial yang dikendalikan oleh pihak sindiket itu terus ditutup selepas mereka menerima bayaran.

“Sehubungan itu, JPJ telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan mengadakan operasi bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mungkin dalam sebulan atau dua bulan lagi kita akan dapat hasilnya,” katanya selepas merasmikan Penutup Kursus Pembangunan Pasukan Kepada Jurupandu Perkhidmatan Bas Ekspres Konsortium E-Mutiara Berhad di sini hari ini.

Janagarajan memberitahu, ramai yang sudah tertipu dengan sindiket pemalsuan lesen memandu di laman sosial dan JPJ telah mengambil banyak tindakan dalam menangani kegiatan berkenaan.

Katanya, orang ramai disarankan agar sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak mudah tertipu dengan tawaran membuat lesen memandu tidak sah yang berleluasa di media sosial ketika ini.-UTUSAN


https://www.utusan.com.my/berita/2023/02/jpj-kesan-banyak-tawaran-lesen-palsu-di-media-sosial/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Paging for Mr Anthony Loke, sir....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 08:54 PM | Show all posts
mana pnya photog depa hired ni amek gambo pn blur.ediotr pn sama bengom nk siar dlm media pn amek gambo yg blur ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.149092 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list