SHAH ALAM - Komisi Nasional Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) Indonesia mengecam serbuan dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia di penempatan pendatang di Nilai Spring, Negeri Sembilan pada Rabu lalu.
Suruhanjaya itu dalam satu kenyataan memaklumkan, agensi berkenaan tidak mematuhi prinsip Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).
Ujarnya, serbuan itu dilakukan semasa Malaysia masih melaksanakan program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0, yang mengatur semula pendatang tanpa izin sebagai pekerja asing yang sah.
“Merujuk kepada CRC, penahanan kanak-kanak mesti mematuhi undang-undang dan harus digunakan sebagai langkah terakhir dan untuk masa yang sesingkat mungkin.
“(Penahanan itu) dalam konteks kanak-kanak yang bercanggah dengan undang-undang, dalam kes ini, kanak-kanak berkenaan bukanlah pelanggar undang-undang,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan, kanak-kanak itu tidak mendapat hak mereka untuk pendidikan formal yang merupakan hak mereka tanpa mengira status ibu bapa sebagai pekerja asing tanpa izin.
Seramai 67 pendatang tanpa izin termasuk bayi berusia dua bulan, serta kanak-kanak pada umur persekolahan lain yang sedang bersedia untuk integrasi dengan sistem sekolah kebangsaan Indonesia sebaik mereka pulang secara tetap.
Post time 5-2-2023 02:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau org mAlaysia yg buat mcm tu jat indonesia, aku rs 5 thn pun tak abis lagi dia org kecam mcm2… dah duduk haram kat ngr org.. mstlah kena tangkap… bodoh
Post time 5-2-2023 11:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Suruhanjaya indon ni mmg bebal ke atau buat² bebal. Ko masuk negara org secara haram lps tu teroka tanah org cara haram, buat sekolah sendiri dlmtanah org cara haram..ko masih nk tanya lagi.
Post time 6-2-2023 12:10 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Malaysian je yang sibuk nak ambik indon jadi bini, jadi suami. Sayang sama agama katanya. Padehal diorang bukannya hormat kita pun. Cuba pati dan tki ni buat hal di negara lain. Takde pun berkutik indon2 ni.
Post time 6-2-2023 01:04 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tu penceroboh la bahlul!! Penceroboh ni kalo ikutkan hukumannya kena tembak (trespasser)... Kira nasib baik dh tu kena tangkap je...kalo ko dok kt korea utara silap2 dah mampuihhh