CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 784|Reply: 0

Tampil lebih tegap dan sado, SRK bikin ramai cemburu! Jurulatih dedah rutin latihan, pemakanan aktor ini

[Copy link]
Post time 5-2-2023 01:07 PM | Show all posts |Read mode


BINTANG Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) bukan satu nama asing di negara ini.

Filem-filem Hindi lakonan aktor ini meraih populariti dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga kini.

Siapa sangka, walaupun usianya kini mencecah 57 tahun, dia masih sihat dan mampu bertahan dengan kariernya masih utuh.





Malah, SRK juga bakal tampil dengan filem terbaharu berjudul ‘Pathaan’ tidak lama lagi.

Apa yang menarik perhatian apabila melihat trailer filem tersebut adalah fizikalnya yang cukup tegap dan sasa lengkap dengan ‘six-pack’.

Melihat kepada umurnya, siapa saja yang tak terpesona dengan penampilannya.

Sudah pasti timbul rasa ingin tahu apakah rutin latihan yang dilakukan oleh SRK yang terkenal dengan filem legenda seperti ‘Kuch Kuch Ho Ta Hai’ dan ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’ ini.


Prashant merupakan jurulatih Shah Rukh Khan.



Menurut jurulatih fizikal atau peribadinya, Prashant Subhash Sawant yang berkerja bersama SRK sejak dua dekad lalu, latihan intensif merupakan antara rahsianya kekal sasa.

“Saya telah melatih Shah Rukh Khan sejak 24 tahun lalu. Dalam empat tahun kebelakangan ini kami bersama-sama berusaha untuk filem bakal ditayangkan.

“Walaupun berdepan pandemik namun Shah Rukh Khan tetap konsisten dengan latihannya,” jelas Prashant.

Dalam perkongsiannya itu, Prashant menyatakan bahawa SRK banyak melakukan aktiviti angkat berat selain latihan litar dan senaman kardio.

Bagaimanapun latihan kekuatan lebih banyak membantu pelakon itu untuk mendapatkan bentuk yang diinginkan.

Seperti yang dapat dilihat menerusi fotonya yang tular, tempoh membina tubuh mantap ini mengambil masa selama dua tahun yang mana rangka dan bentuknya berubah daripada yang asal.


Foto terbaharu SRK turut dikongsi sehingga tular di media sosial.



Jelasnya lagi dalam India Express, filem Pathaan akan menjadi sebuah cerita yang cukup berbeza kerana transformasi yang dilakukan oleh SRK.

Malah, perkara ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa kerja keras dan dedikasi luar biasa oleh aktor tersebut.

“Setiap perkara yang dilakukannya akan diambil kira dan dirancang dengan teliti. Dari pengambilan karbohidrat, lemak dan protein.

"Transformasinya itu dianggap sebagai kerja sepasukan,” katanya lagi.

Dedikasi yang ditunjukkan oleh SRK ini cukup untuk dijadikan inspirasi buat semua.

Walaupun usianya sudah separuh abad namun tidak menghalangnya untuk menjalani gaya hidup lebih sihat dan mampu membina bentuk fizikal idaman ramai.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.041283 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list