CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 881|Reply: 9

[Tempatan] Formula basic 101: Budaya nepotisme, pelantikan saudara terdekat perlu dielak - Rafizi

[Copy link]
Post time 5-2-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 5-2-2023 11:07 AM


RAFIZI ketika hadir di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Pandan 2023, di Padang Perbandaran Ampang Jaya. FOTO Fathil Asri.

Kuala Lumpur: Budaya nepotisme dengan melantik saudara terdekat menjawat jawatan tertentu dalam kerajaan wajar dielakkan pada masa depan.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau sedar dengan kritikan pelbagai berkenaan pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri serta anak Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Yang Dipertua Dewan.

"Saya ingat beberapa perkara ini untuk masa akan datang kepada mana-mana kerajaan perlu elakkan. Cuma dalam keadaan Nurul Izzah dan Iqbal, lantikan itu sudah dibuat.

"Dia tidak membabitkan wang rakyat, yang kita harapkan sekarang mereka perlulah buktikan mereka bawa nilai tambah. Saya yakin mereka ada peranan masing-masing," katanya ditemui media selepas hadir Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pandah Indah malam ini.

Beliau berkata, semua pihak yang terbabit dalam membuat keputusan sedemikian wajar mengambil perhatian terhadap pandangan rakyat.

"Di peringkat PKR, kita harap kita 'move on' dan cabaran itu ada pada Nurul Izzah dan Iqbal untuk membuktikan mereka ada nilai tambah dalam keadaan mereka tidak mengambil sebarang wang rakyat. Sudah pasti saya faham sentimen itu," katanya.

Sebelum ini, timbul isu berhubung dakwaan amalan nepotisme dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan anaknya, Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan.

Johari turut menerima tempias dakwaan itu apabila dikatakan melantik Mohammed Iqbal yang juga anak pertama daripada lapan beradik sebagai pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya.

Melalui portal rasmi Parlimen, ia meletakkan nama Mohammed Iqbal sebagai Pegawai Tugas-Tugas Khas Speaker Dewan Rakyat I.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/02/932600/budaya-nepotisme-pelantikan-saudara-terdekat-perlu-dielak-rafizi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2023 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiiiiii….baru sekarang nak bersuara? . Kalau ikut ajaran korang, sepatutnya awal2 lagik dah protes nonggeng2 jubo kat jln2 raya, mintak Pak Non idol terpaling tarik balik perlantikan Nurul Ijah. Macam la marhein tak tahu yg ini semua wayang. Marhein gelak2 jer .
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kasi up sket thread nih. Tak kan cai2 batak panatik reformasi self-self educated terpaling genius acah2 perasan liberal kayo rayo tak nak tulis pjg2 atau tepek pic sebesar2 alam, untuk menyanggah kenyataan raja formula cirit aka Rapiji?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
gitew jer dia punya formula....'wajar dielakkan pada masa depan'.Masa kini....Msia Boleh???????
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
drama tamil jer kot ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pooddaahh.. nnt lepaih deme dah lantik ramai2 sedara dlm gomen, mula la buat2 takazut dlm kekucingan.. eh, kami tatau.. atopon, deme layak..

Tapi sumer ok jahh... sbb payung kuning setia memayungi... betui dakk ajmee???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-2-2023 02:26 AM | Show all posts
Lepas ni kalau tukar gomen, gomen yg perintah nanti buat benda sama kau jgn bising...... Benda camni lah aku meluat.. Dulu duk pung pang pung pang nepotisme lah, kronisme lah, nyanyi lagu penyamun la....... Last2 apa jd.......
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 02:57 AM | Show all posts
dimasa depan tu maksudnya bila PH kalah kelak pada PRU16

dimasa kini (ketika PH jadi KERAjaan) boleh je budaya nepotisme nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Nxt pru guna modal yg sama lps jd gomen terus auto boleh
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Pandai dia twist bila Boss dia buat. Pi la share dgn pmx. Apa ingat yg sudah dilantik tak boleh dipecat ke? Tak bergaji pulak tu. Lagi senang nak cancel.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.193676 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list