View: 1388|Reply: 26
|
[Politik]
Kak Jat bakal buat 'comeback'?
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Lebih separuh Ketua Wanita UMNO Bahagian di seluruh negara menggesa agar Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.
Menurut Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, seramai 147 Ketua Wanita UMNO Bahagian membuat keputusan itu dalam satu pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini.
Haryaty berkata reputasi dan legasi Shahrizat semasa menjadi Menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkannya.
“Sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian, saya bersama 147 ketua wanita bahagian-bahagian seluruh negara telah berjumpa Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil secara bersemuka.
"Sebahagian besar kami telah membuat pertimbangan dan kewarasan untuk meminta Tan Sri Shahrizat kembali menerajui kepimpinan Wanita UMNO Malaysia.
"Secara peribadi, saya tidak pernah berada di bawah kepimpinan beliau semasa beliau memimpin wanita UMNO, namun reputasi dan legasi semasa menjadi Menteri pertama di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang ditinggalkan sebelum ini amat berkesan dan banyak kejayaan yang dihasilkan.
"Beliau sentiasa menjadi idola kebanyakan wanita di luar sana," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.
Haryaty menegaskan, penolakan perwakilan-perwakilan Wanita ketika Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini terhadap usul agar jawatan tertinggi Wanita UMNO Malaysia dan bahagian-bahagian tidak dipertandingkan membuktikan akar umbi sayap parti itu mahukan kepimpinan baharu.
“Kegagalan usul ini membuktikan akar umbi mahukan kepimpinan baru. Biarpun terdapat cubaan mengekalkan kepimpinan sedia ada tanpa pertandingan, namun ia tidak berjaya.
"Melalui proses demokrasi nanti akan menyaksikan sama ada Shahrizat sebenarnya dirindui dan didambakan untuk memimpin wanita.
"Beliau seperti mutiara yang telah lama tersimpan dan akan kembali menyinar bagi membawa kegemilangan wanita semula,” katanya lagi.
Pemilihan kepimpinan UMNO cawangan-cawangan bermula pada 1 hingga 26 Februari. Manakala, peringkat bahagian dan pusat pada 11 Mac 2023 untuk wanita dan sayap-sayap, sementara UMNO Bahagian pada 18 Mac 2023.
Penyandang jawatan tersebut yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Seri Noraini Ahmad telah memaklumkan akan mempertahankan jawatannya.
Selain Noraini, Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Norliza Abdul Rahim juga dikhabarkan akan memberi saingan pada pemilihan Wanita UMNO nanti.
https://www.astroawani.com/berita-politik/147-ketua-wanita-bahagian-mahu-shahrizat-kembali-terajui-wanita-umno-405035
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
lembu2 kak jat sihat kaaaaaaaaaaa?  |
|
|
|
|
|
|
|
tak cukup lg harta kekayaan yg ada skrg ni sampai kna buat comeback? Ko punya performance sblm ni pun byk lebih kontroversi...udah2 le..semak!! |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan bamjat yg nak wat comeback.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alah mesti ada wanita2 yg tak suka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersara je lah. Mcm takde muka lain dah dek. Recycle ..
 |
|
|
|
|
|
|
|
Umno tak habis2 dgn bodoh dia. Nak tambah lagi beban ke...yg nak lembu ni balik gang H20 n Atok kan....saja nak makin lemahkan Umno |
|
|
|
|
|
|
|
Dah xde org lain ke?bangang abadi.pastu hujung2 salah anwar,salah dap |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 5-2-2023 01:17 PM
Alah mesti ada wanita2 yg tak suka.
Kuasa terletak pada bahagian.bukan ahli. |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 5-2-2023 02:11 PM
Kuasa terletak pada bahagian.bukan ahli.
Dulu pun kakjat rasa tercabar
dgn puteri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pelik kalau benar dia masih ada ramai penyokong setelah banyak kes2 kontrobesi |
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 nak salahkan atok pulak, org tua tu takde kena mengena dgn umno lagi, percubaan utk memburukkan atok tak pernah berhenti utk manusia2 hati bangkaiiiii phuiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 5-2-2023 10:28 AM
lembu2 kak jat sihat kaaaaaaaaaaa?
  |
|
|
|
|
|
|
|
dah brp generasi lembu dah agaknya. semoga baka lembu dah upgrade jd lembu wagyu. teringin pulak nak makan daging lembu kak jat |
|
|
|
|
|
|
|
selain noraini dgn kakjat, sape lg nak bertanding ketua wanita? |
|
|
|
|
|
|
|
sashasam replied at 5-2-2023 11:06 PM
entah2 bang lina.
Khalida nordina?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|