CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2357|Reply: 24

[Dunia] Jangkitan fungus Coccidioides yang membawa maut merebak ke seluruh AS,kebimbangan berikutan drama The Last of Us yang mendakwa kulat akan mengubah mangsa menjadi zombi.

  [Copy link]
Post time 5-2-2023 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 5-2-2023 12:27 AM


Jangkitan fungus yang membawa maut merebak ke seluruh Amerika Syarikat (AS) dan sebilangan saintis percaya bahwa penyakit tersebut berpunca daripada perubahan iklim, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Penyakit ‘Demam Lembah’ yang 10 kali ganda lebih membawa maut berbanding selesema itu meningkat 20 kali ganda sejak permulaan abad ini.

Ia disebabkan oleh kulat Coccidioides yang melepaskan spora ke udara apabila tanah diteroka. Spora kulat itu kemudian dihidu oleh manusia terutamanya pekerja binaan

Fungus itu hidup subur dalam persekitaran hangat dan kering. Ia digelar Demam Lembah kerana 97 peratus kes ditemui di negeri Arizona dan California.

Bagaimanapun, jangkitan telah dikesan di beberapa kawasan lain di AS, dan pakar-pakar bimbang bahawa menjelang tahun 2100, penyakit itu a boleh menjadi endemik di 17 negeri.

Kes meningkat di tengah-tengah kebimbangan tentang wabak kulat berikutan rancangan saluran televisyen HBO, The Last of Us yang mendakwa kulat akan mengubah mangsa menjadi zombi.

Walaupun Demam Lembah tidak mampu mengubah pesakit menjadi zombi, ia boleh menyebabkan kemudaratan serius kepada sesetengah pesakit dan membunuh satu dalam setiap 100 orang.

Coccidioidomycosis atau cocci berasal daripada kulat yang tumbuh di dalam tanah di beberapa kawasan di California dan barat daya AS. Spora kulat akan tersebar ke udara apabila tanah diganggu oleh angin atau aktiviti penggalian.

Apabila manusia atau haiwan menyedut spora itu, ia akan bergerak melalui saluran pernafasan dan ke dalam paru-paru, di mana berlaku pembiakan dan menyebabkan penyakit lain.

Kebanyakan jangkitan adalah ringan dan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari atau minggu, manakala ia tidak boleh disebarkan antara manusia atau haiwan.

Kebanyakan orang mengalami gejala ringan termasuk keletihan, batuk, demam, sakit otot dan sesak nafas. Simptomnya adalah serupa dengan jangkitan virus pernafasan.

Gejala lain termasuk berpeluh waktu malam, sakit sendi dan ruam merah yang kebiasaannya pada kaki tetapi kadang kala menjangkiti dada, lengan dan belakang. K Online

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2023 02:52 AM | Show all posts
Ok kena tengok cita tu, baru download
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 03:10 AM From the mobile phone | Show all posts
2100? Dah kiamat kot.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 5-2-2023 02:52 AM
Ok kena tengok cita tu, baru download

Tv show tu based on satu ps4 game bertajuk sama. Aku dah habis main game tu dulu. Kalau tv show tu follow jalan cerita dalam game tu mmg best la. Aku dah tengok 2 episod dan serious lebih scary daripada the walking dead. Zombie tu lagi payah nak mati dan lebih agresif. Kena lebih bergantung kepada stealth berbanding guns. Even dalam game pun kita cuma ada beberapa biji peluru aje dalam pistol. Memang tak akan survive kalau bergantung kepada senjata api sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Interesting.  Fungus ni ada kat americas aja so far tapi in the late 90s (BEFORE COVID ERA kena ckp nanti ada lak malaun ckp sebab vaksin) ada satu kes kat malaysia.  Mamat balik dr Arizona lepas 3 tahun duduk sana.  Ngeri gak tengok gambar skin lesion dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-2-2023 08:09 AM
Tv show tu based on satu ps4 game bertajuk sama. Aku dah habis main game tu dulu. Kalau tv show tu ...

The Last of Us 2013 dah keluar untuk ps3. Kat ps4 dia remastered. TLOU 2 game baru keluar 2020, game yang buat peminat tegar TLOU marah Naughty Dog sebab tak respek Joel. Bodo gila storyline tapi menang jugak GOTY.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Dwdrums tersenyum sambil dlm hati berkata kata...."tambah ler rejeki aku tahun ini...ada product baru utk aku jual..."

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama korea kingdom pasai parasit..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2023 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
I tengok first episode baru..rasa boring.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 03:00 PM | Show all posts
mmg ade kan fungus tu, die jangkit kat semut. tapi semut yg berjangkit tu bila dikesan oleh semut-semut lain ia akan dibunuh.

btw daddy sangat pedro pascal dlm TLOS tu.  dah beruban pun tetap ganteng. pastu berpasangan pun ngan perempuan sebaya dia. lain nau kalau laki melayu ni tua ganyut pun tetap carik pompuan muda #Tetiber



Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-2-2023 08:09 AM
Tv show tu based on satu ps4 game bertajuk sama. Aku dah habis main game tu dulu. Kalau tv show tu ...

The walking dead awal2 je zombie tu scary bila dh pertengahan season, musuh terbesar bkn lagi zombie tp manusia.
Memasing bersaing utk teruskan hidup.

TLOU ni tak sempat tgk lagi walhal minat 2 pelakon utama tu sbb dulu layan GOT kan, mmg tau depa dua best berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 05:05 PM | Show all posts

2100 ---- kita kita semua plus anak anak kita pun dah jadi arwah.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 06:39 PM | Show all posts
Suchi replied at 5-2-2023 04:17 PM
The walking dead awal2 je zombie tu scary bila dh pertengahan season, musuh terbesar bkn lagi zomb ...

The Walking Dead waktu season awal-awal dulu best. Lepas tu sampai pertengahan dan mula bosan. Aku follow jugak sampai final season sebab alang-alang dah tengok dari awal. Memang membosankan season yang last tu. Zombie tu cuma props sahaja kerana konflik sebenar adalah antara manusia. Unlimited ammo. Nak bunuh zombie pun senang sebab zombie jenis slow.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 06:51 PM | Show all posts
annehuda replied at 5-2-2023 03:00 PM
mmg ade kan fungus tu, die jangkit kat semut. tapi semut yg berjangkit tu bila dikesan oleh semut-se ...

Ramai orang komplen pelakon yg melakonkan ellie kerana rupa buruk,tak cantik mcm dalam video game.


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 06:57 PM | Show all posts
VioletsAre_Blue replied at 5-2-2023 10:47 AM
The Last of Us 2013 dah keluar untuk ps3. Kat ps4 dia remastered. TLOU 2 game baru keluar 2020, ga ...

Aku dah try main The Last Of Us Part 2. Tapi awal-awal lagi dah stuck. Tapi tak nak baca spoiler jalan cerita dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak ottt. Last of us best kayyy. Lyn sbb hubby i main game nya (walau jrg main tapi asal pegang controller jer mesti game ni)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2023 04:06 AM From the mobile phone | Show all posts
So far lady of bear island dan mando not bad
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 04:26 AM | Show all posts
ultra78 replied at 4-2-2023 07:09 PM
Tv show tu based on satu ps4 game bertajuk sama. Aku dah habis main game tu dulu. Kalau tv show tu ...

Me baca komen semua kata best betul, tak sabar nak tengok tapi nak tunggu episod 4 dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 5-2-2023 02:52 AM
Ok kena tengok cita tu, baru download

Ok kalau dah tengok nanti bagi boleh bagi ulasan untuk episod 3
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2023 06:51 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-2-2023 08:09 AM
Tv show tu based on satu ps4 game bertajuk sama. Aku dah habis main game tu dulu. Kalau tv show tu ...

Nice
I love TWD
The last of us ni nk tgu selesai semua episod season ni br nk tgk
X suka nk tgu berminggu2
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:43 AM GMT+8 , Processed in 0.068064 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list