CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 570|Reply: 0

[Politik] Dituduh mengambil upah menghasut rakyat menyokong PN, pelakon mahu ambil tindakan undang-undang

[Copy link]
Post time 4-2-2023 10:45 AM | Show all posts |Read mode
Pelakon Aeril Zafrel berkata dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mendakwa dia dibayar oleh Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

Bagaimanapun Aeril berkata dia memberikan tempoh 24 jam kepada warga maya yang memfitnahnya supaya membuat permohonan maaf secara terbuka.

"Aku jamin korang akan dapat juga saman aku. Tapi aku bagi tempoh 24 jam pada korang untuk buat permohonan maaf terbuka dan delete post berkaitan.

"Kalau ikut law aku boleh saja tuntut nanti ganti rugi pada korang secara kiraan mudah RM10 x 490k dan belum campur yang lain lagi.

"Supaya situasi makan tak habis tak berlaku kat korang, adalah lebih baik berkelakuan matang dalam berfikir dan bertindak," katanya menerusi Twitter.

Pelakon itu juga mencabar tuduhan terhadapnya dan isteri dibuat secara jelas supaya mudah tindakan diambil.

"Sementara proses mendapatkan IP adresss korang sedang dibuat, apa kata kalau korang benar buatlah tuduhan atau fitnah pada saya dengan sejelasnya dan report polis serta SPRM.

"Tapi jangan lupa bawa bukti yang boleh mendukung pertuduhan korang tu.

Begitu juga bagi mereka yang baru bercadang untuk memfitnahnya, Aeril meminta tuduhan tersebut dibuat dengan jelas.

"Senanglah sikit nak proceed (saman) nanti,” katanya.

Kata Zafrel, tindakan yang bakal diambil itu adalah atas kapasiti peribadi dirinya dan isteri, Wawa Zainal yang terpalit dengan tuduhan tersebut sejak beberapa bulan lalu.

“Ia tidak mencerminkan mewakili parti politik berkenaan. Semoga yang lain matang dalam berpolitik," katanya.

Dua hari lalu, seorang netizen memohon maaf kepada pelakon itu dan isterinya selepas menuduh pasangan itu mengambil upah untuk menghasut rakyat menyokong PN.

Azrulfitri Azimi berkata, dia terkhilaf kerana membuat tuduhan tanpa usul periksa memandangkan ramai pempengaruh media soail dikatakan menerima bayaran untuk mempromosi parti gabungan pembangkang itu.

Aeril telah menafikan yang dia dibayar oleh PN sejak November tahun lalu selepas dakwaan itu tular di media sosial.

“Fitnah! Memang kalau support PN kena bayar ke?” katanya di Twitter ketika itu.

https://www.malaysiakini.com/hiburan/653945

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.054075 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list