View: 611|Reply: 6
|
[Dunia]
Dewan Perwakilan US pecat Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri
[Copy link]
|
|
Resolusi itu mendakwa Ilhan mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Semitik dan mengenai serangan pengganas 11 Sept 2001. - Fail
WASHINGTON: Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis meluluskan resolusi memecat Ahli Kongres Ilhan Omar daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri susulan kenyataan kontroversinya mengenai beberapa isu termasuk hubungan antara Israel dan AS.
Dewan meluluskan resolusi itu dengan undian 218 menyokong manakala 211 lagi membantah, lapor Sputnik.
Resolusi itu mendakwa Ilhan mengeluarkan kenyataan berbaur anti-Semitik dan mengenai serangan pengganas 11 Sept 2001.Saya tidak datang ke Kongres untuk berdiam diri... Kepimpinan dan suara saya tidak akan berkurangan jika saya tidak berada dalam jawatankuasa ini untuk satu penggal.
"Suara saya akan lebih lantang serta lebih kuat dan didengari di seluruh dunia seperti yang telah berlaku," kata Ilhan.
Pada Selasa, Ilhan yang dilahirkan di Somalia, mengumumkan penubuhan Kumpulan Kerja Dasar AS-Afrika di tengah-tengah ketidakpastian kedudukannya dalam jawatankuasa itu.Kumpulan kerja berkenaan akan memberi tumpuan kepada penglibatan yang konsisten dengan pakar dan penggubal dasar yang bekerja dengan dan di Afrika, kata Ilhan.
-- BERNAMA |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Ilhan who? Kena gelabah ka macam mana ni? |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 4-2-2023 09:43 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Decaffeinated replied at 4-2-2023 08:32 AM
Ilhan who? Kena gelabah ka macam mana ni?
Kenalah chuols. Beliau sorang wanita pelarian yg dtg ke US dan melawan majoriti ahli dewan US yg majoriti Pro Israel. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak habis cerita dia ini.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|