CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 5

[Tempatan] Syabas kerajaan perpaduan, bertambah meriah lah dengan bunyi2an yang mendamaikan: Kerajaan benarkan penjualan mercun dan bunga api – Kor Ming

[Copy link]
Post time 3-2-2023 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 3-2-2023 10:40 PM


Kor Ming bersama Ahmad Zahid dan Fadillah menyaksikan persembahan tarian singa di Majlis Jalinan Muhibbah Tahun Baharu Cina 2023 anjuran KPKT hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan akan membenarkan penjualan mercun dan bunga api dalam masa terdekat termasuk garis panduan yang perlu dipatuhi oleh pemborong dan pengimport.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata, jika ia dapat dilaksana, garis panduan jualannya akan mula berkuatkuasa pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memperincikan garis panduan berkenaan.

“Kami juga akan menyerahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) bagi menentukan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh pengimport mercun dan bunga api.

“Secara dasarnya Kabinet telah bersetuju semalam (membenarkan perjualan mercun dan bunga api,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Muhibah Tahun Baharu Cina 2023, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ujar beliau, garis panduan itu kelak akan membantu mengawal aktiviti penjualan bunga api dan mercun di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport.

Bagaimanapun, katanya, pembakaran mercun dan bunga api dihalalkan tetapi tertakluk kepada permohonan lesen, duti import, peraturan serta garis panduan itu kelak.

Kor Ming berkata, pihaknya percaya garis panduan itu akan dapat meningkatkan hasil pendapatan negara.

Menurutnya, dasar baharu itu dijangka akan memeriahkan lagi sambutan setiap perayaan di Malaysia.

“Kita tahu pembakaran mercun menjadi amalan seluruh rakyat tidak kira Tahun Baru Cina, Deepavali, Aidifitri dan juga Krismas.

“Jika ia dibenarkan kelak, orang awam boleh membeli mercun di kedai-kedai dan pusat membeli- belah apabila ia diumumkan kelak,” katanya.

Ditanya sama ada pengguna perlu mendapatkan lesen sama, Kor Ming berkata, perkara itu tidak diperlukan. – KOSMO! ONLINE.


https://www.kosmo.com.my/2023/02/03/kerajaan-benarkan-penjualan-mercun-dan-bunga-api-kpkt/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2023 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la. X la ada yg rampas kemudian anak pulak jual dgn harga mahal.padan muka loe
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 06:46 AM | Show all posts
tak payah laaa
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu PKR & Amanah ni lemah setaraf kain buruk lap kaki DAP je..... Laungan azan berapa minit sangat dibiar kena protest... Tapi mercun yg memekak berjam jam sampai subuh boleh pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Baru best nak raya. Harap harga mampu milik lah aku target nak main fire work ala2 KLCC tu. Tak payah nak susah2 kena pi Thailand nak main bunga api.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.079347 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list