CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1815|Reply: 14

[Tempatan] Presiden MAA, Aishah Ahmad meninggal dunia di Jeddah

  [Copy link]
Post time 3-2-2023 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aishah Ahmad menerajui Persatuan Automotif Malaysia sejak 1991 dan berjaya membawa MAA hingga menjadi persatuan industri automotif terkemuka di negara ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia pagi semalam di Jeddah, Arab Saudi akan dikebumikan di sana hari ini.

MAA dalam kenyataan hari ini menyifatkan pemergian Allahyarham pada usia 71 tahun, merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada ahli persatuan tetapi juga seluruh industri automotif.


Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel
Menurut MAA, Allahyarham Aishah sangat dihormati dalam kalangan industri automotif tempatan serta rakan sejawat beliau di ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan kerajaan Malaysia.

“Allahyarham merupakan antara personaliti automotif terkemuka yang menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan industri automotif Malaysia menerusi visi, dedikasi dan semangat beliau .


“Bagi pihak majlis, ahli dan kakitangan MAA, kami mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Aishah Ahmad,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Syed Faisal Albar berkata Allahyarham seorang yang sangat gigih dan memberikan sumbangan besar kepada industri permotoran negara sepanjang kerjayanya.

“Pemergian Allahyarham amat sukar dicari ganti. Kepimpinan, visi dan dedikasi beliau dalam menerajui MAA memberi impak berkekalan kepada industri dan akan dikenang sebagai ketua yang tidak mengenal erti penat lelah demi perkembangan serta pembangunan sektor automotif Malaysia,” katanya

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata sebagai presiden MAA, Allahyarham memainkan peranan penting dalam membantu pasaran automotif Malaysia terus berkembang selain memastikan kepentingan ahli ditonjolkan kepada pihak berkuasa.


Aishah menerajui MAA sejak 1991 (ketika itu dikenali sebagai Persatuan Peniaga Permotoran Malaysia atau MMTA) dan berjaya membawa MAA hingga menjadi persatuan industri automotif terkemuka di negara ini.

Allahyarham juga adalah pengerusi Persekutuan Automotif Malaysia (AFM) sejak 1998, selain pernah berkhidmat sebagai presiden Persekutuan Automotif ASEAN (AAF) bagi tiga penggal iaitu 2000-2002, 2008-2010, dan 2015-2017.

Pengalaman lebih 40 tahun dalam industri automotif menjadikan Allahyarham sebagai antara individu paling lama berkhidmat dan terbabit dalam industri tersebut.

Beliau memulakan kerjayanya pada pertengahan 1970-an bersama Kumpulan Syarikat Inchcape di Malaysia, sebelum menyertai Ford Malaysia, Tractors Malaysia dan bersara pada 2021 ketika bersama Sime Darby Motors.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 09:10 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:53 PM | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun...

Apa MAA buat?


Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 11:53 PM | Show all posts
Innalillahi wainna ilahi raajiun.

Sungguh beruntung dapat meninggal dunia di Tanah Suci. Subhanallah.

Ketika iman berada di tahap yg tertinggi.

Semoga dia ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Insya Allah. Aamiin
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 12:14 AM | Show all posts
auntieagony replied at 3-2-2023 11:53 PM
Innalillahi wainna ilahi raajiun.

Sungguh beruntung dapat meninggal dunia di Tanah Suci. Subhanalla ...

Jap, Jeddah tu tanah suci juga ka?

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-2-2023 12:14 AM
Jap, Jeddah tu tanah suci juga ka?

apa yg suci nya, semua tanah pun asasnya sama saja. tanah je pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2023 12:34 AM | Show all posts
M5 replied at 4-2-2023 12:25 AM
apa yg suci nya, semua tanah pun asasnya sama saja. tanah je pun

Hmm... tengok konteks kot

Soalan aku tadi kalau ikut kepercayaan ummah Islam (sunni) holy land tu present day Mecca & metro Medina atau whatever under the rule of house of Sa'ud including the oil fields.



Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah.
Dulu2 ingatkan arwah mak kepada izrin ismail rupanya tersilap orang.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2023 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Klu umrahnya masuk mekah dahulu, meninggalnya dlm ihram la.

Subhanallah. Anugerah Allah swt.

Arwah mmg 1 sosok yg disegani di dunia automotif.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:12 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-2-2023 12:14 AM
Jap, Jeddah tu tanah suci juga ka?

Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad meninggal dunia pagi ini di Jeddah, Arab Saudi ketika mengerjakan ibadah umrah. MAA melalui kenyataannya berkata, jenazah akan dikebumikan di Makkah hari ini.
Kalau meninggal dunia ketika mengerjakan ibadah umrah, ketika di Masjidil Haram lah. Masjidil Haram terletak di Tanah Suci.


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Innallilah...salam takziah buat famili...

Berita nie tak berapa jelas..arwah baru sampai Jeddah dari mesia ke? Kalau meninggal kat Jeddah,boleh pulak dibawa ke masjidil haram n dikebumikan di Mekah? Beruntungnya disolatkan di Masjidil Haram.
.

Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 4-2-2023 08:20 AM
Innallilah...salam takziah buat famili...

Berita nie tak berapa jelas..arwah baru sampai Jeddah dar ...

Ya, kurang jelas. Mmg mengerjakan umrah tu faham, tp samada dlm ihram atau di luar, tu tak pasti.

Apapun, meninggalnya arwah ketika bermusafir utk berumrah/ziarah mmg kematian yg dicemburui.

Bertuah jadi insan yg terpilih.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulan replied at 4-2-2023 10:28 AM
Ya, kurang jelas. Mmg mengerjakan umrah tu faham, tp samada dlm ihram atau di luar, tu tak pasti.
...

Iya pemahaman meols pun sama dgn uols.

Semuga pengakhiran kita juga sebagai insan2 yg terpilih dan dicemburui semua.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 09:43 PM | Show all posts
dia ni mmg dari muda jadi symbol "Powerful Woman" sebaris dgn rafidah aziz, azah aziz dulu2.. org jelutong penang - rasanya tak pernah kawin kot.. ada ka sapa2 yg ada info lebih.. berminat betul nak tau pasal her life..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.073084 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list