View: 1565|Reply: 14
|
[Tempatan]
Presiden MAA, Aishah Ahmad meninggal dunia di Jeddah
[Copy link]
|
|
Aishah Ahmad menerajui Persatuan Automotif Malaysia sejak 1991 dan berjaya membawa MAA hingga menjadi persatuan industri automotif terkemuka di negara ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Aishah Ahmad Badjunaid yang meninggal dunia pagi semalam di Jeddah, Arab Saudi akan dikebumikan di sana hari ini.
MAA dalam kenyataan hari ini menyifatkan pemergian Allahyarham pada usia 71 tahun, merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada ahli persatuan tetapi juga seluruh industri automotif.
Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel
Menurut MAA, Allahyarham Aishah sangat dihormati dalam kalangan industri automotif tempatan serta rakan sejawat beliau di ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) dan kerajaan Malaysia.
“Allahyarham merupakan antara personaliti automotif terkemuka yang menyumbang kepada perkembangan dan pembangunan industri automotif Malaysia menerusi visi, dedikasi dan semangat beliau .
“Bagi pihak majlis, ahli dan kakitangan MAA, kami mengucapkan takziah dan simpati yang mendalam kepada keluarga Aishah Ahmad,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Syed Faisal Albar berkata Allahyarham seorang yang sangat gigih dan memberikan sumbangan besar kepada industri permotoran negara sepanjang kerjayanya.
“Pemergian Allahyarham amat sukar dicari ganti. Kepimpinan, visi dan dedikasi beliau dalam menerajui MAA memberi impak berkekalan kepada industri dan akan dikenang sebagai ketua yang tidak mengenal erti penat lelah demi perkembangan serta pembangunan sektor automotif Malaysia,” katanya
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Roslan Abdullah berkata sebagai presiden MAA, Allahyarham memainkan peranan penting dalam membantu pasaran automotif Malaysia terus berkembang selain memastikan kepentingan ahli ditonjolkan kepada pihak berkuasa.
Aishah menerajui MAA sejak 1991 (ketika itu dikenali sebagai Persatuan Peniaga Permotoran Malaysia atau MMTA) dan berjaya membawa MAA hingga menjadi persatuan industri automotif terkemuka di negara ini.
Allahyarham juga adalah pengerusi Persekutuan Automotif Malaysia (AFM) sejak 1998, selain pernah berkhidmat sebagai presiden Persekutuan Automotif ASEAN (AAF) bagi tiga penggal iaitu 2000-2002, 2008-2010, dan 2015-2017.
Pengalaman lebih 40 tahun dalam industri automotif menjadikan Allahyarham sebagai antara individu paling lama berkhidmat dan terbabit dalam industri tersebut.
Beliau memulakan kerjayanya pada pertengahan 1970-an bersama Kumpulan Syarikat Inchcape di Malaysia, sebelum menyertai Ford Malaysia, Tractors Malaysia dan bersara pada 2021 ketika bersama Sime Darby Motors.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainnailaihirojiun...
Apa MAA buat?
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilahi raajiun.
Sungguh beruntung dapat meninggal dunia di Tanah Suci. Subhanallah.
Ketika iman berada di tahap yg tertinggi.
Semoga dia ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Insya Allah. Aamiin
|
|
|
|
|
|
|
|
Jap, Jeddah tu tanah suci juga ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 4-2-2023 12:14 AM
Jap, Jeddah tu tanah suci juga ka?
apa yg suci nya, semua tanah pun asasnya sama saja. tanah je pun |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm... tengok konteks kot
Soalan aku tadi kalau ikut kepercayaan ummah Islam (sunni) holy land tu present day Mecca & metro Medina atau whatever under the rule of house of Sa'ud including the oil fields.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah.
Dulu2 ingatkan arwah mak kepada izrin ismail rupanya tersilap orang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainna ilaihi raji'un. Klu umrahnya masuk mekah dahulu, meninggalnya dlm ihram la.
Subhanallah. Anugerah Allah swt.
Arwah mmg 1 sosok yg disegani di dunia automotif.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad meninggal dunia pagi ini di Jeddah, Arab Saudi ketika mengerjakan ibadah umrah. MAA melalui kenyataannya berkata, jenazah akan dikebumikan di Makkah hari ini. Kalau meninggal dunia ketika mengerjakan ibadah umrah, ketika di Masjidil Haram lah. Masjidil Haram terletak di Tanah Suci.
|
|
|
|
|
|
|
|
Innallilah...salam takziah buat famili...
Berita nie tak berapa jelas..arwah baru sampai Jeddah dari mesia ke? Kalau meninggal kat Jeddah,boleh pulak dibawa ke masjidil haram n dikebumikan di Mekah? Beruntungnya disolatkan di Masjidil Haram.
.
|
|
|
|
|
|
|
|
3chanceno replied at 4-2-2023 08:20 AM
Innallilah...salam takziah buat famili...
Berita nie tak berapa jelas..arwah baru sampai Jeddah dar ...
Ya, kurang jelas. Mmg mengerjakan umrah tu faham, tp samada dlm ihram atau di luar, tu tak pasti.
Apapun, meninggalnya arwah ketika bermusafir utk berumrah/ziarah mmg kematian yg dicemburui.
Bertuah jadi insan yg terpilih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mulan replied at 4-2-2023 10:28 AM
Ya, kurang jelas. Mmg mengerjakan umrah tu faham, tp samada dlm ihram atau di luar, tu tak pasti.
...
Iya pemahaman meols pun sama dgn uols.
Semuga pengakhiran kita juga sebagai insan2 yg terpilih dan dicemburui semua. |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni mmg dari muda jadi symbol "Powerful Woman" sebaris dgn rafidah aziz, azah aziz dulu2.. org jelutong penang - rasanya tak pernah kawin kot.. ada ka sapa2 yg ada info lebih.. berminat betul nak tau pasal her life.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|