CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3312|Reply: 50

[Tempatan] ‘Kena tempias menu Rahmah agaknya’ – banyak restoran tiba-tiba turunkan harga makanan

  [Copy link]
Post time 3-2-2023 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-2-2023 10:02 PM

‘Kena tempias menu Rahmah agaknya’ – banyak restoran tiba-tiba turunkan harga makanan. Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut mengetahui beberapa kedai makan yang tidak terlibat dengan program Menu Rahmah, turut menurunkan harga makanan di premis perniagaan mereka.

Penurunan harga makanan di kedai-kedai difahamkan kerana ‘tempias’ Menu Rahmah yang mula beroperasi di seluruh negara di 15,000 restoran sejak kelmarin.

Seperti yang dikongsi seorang pengguna Twitter @Injang_Nation, dia menyedari terdapat penurunan harga selepas menu yang biasanya dicaj sekitar RM8 hingga RM9, namun hari ini tidak sampai RM7 pun.

”Menu Rahmah tu dah start juai ka? Kedai makan kat tempat kerja aku pun tetiba hari ini macam murah pula?

”Menu sama ja dengan apa yang dok biasa makan. Selalu RM8-9, hari ini tetiba RM6.50. Sebab kesan dari Menu Rahmah tu ka gena (ke macam mana)?,” soalnya.

Ciapannya itu turut disokong individu menggunakan akaun @ashraf_jamill yang berdepan situasi sama mengatakan perubahan harga makanan agak ketara berbanding sebelum ini.

”Samalah tadi makan nasi dengan ayam paprik, 3 hingga 4 senduk juga kaut. Jumlah baru RM6. Air kosong sebab saya tak suka minum air manis. Selalu kena RM8 atau RM9,” tulis lelaki itu.

Disebabkan ada juga yang mengalami pengalaman sama, pemuda itu beranggapan memang terdapat penurunan membabitkan harga makanan.

”Maknanya memang ada kedai turunkan harga la. Bagus-bagus!” pujinya.
Kelmarin, rakyat Malaysia khususnya golongan B40 boleh menikmati makanan tengah hari dan malam masing-masing pada harga RM5 di hampir 15,000 premis makanan di seluruh negara melalui program Menu Rahmah.

Menu Rahmah adalah hidangan seimbang merangkumi nasi, satu pilihan protein iaitu ayam atau ikan dan sayuran yang ditawarkan untuk membantu golongan yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup ketika ini.

https://inforakyat.net/kena-tempias-menu-rahmah-agaknya-banyak-restoran-tiba-tiba-turunkan-harga-makanan/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 06:04 PM | Show all posts
if u cant beat them join them.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa, boleh pun. Tak takut rugi ker tew?

Moga projek menu rahmah ni berterusan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 06:18 PM | Show all posts
salah kerajaan tak turun padang pantau harga barang mentah
penjual mana pernah salah
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh je letak rege murah kan..agaknya lepas ni byk tokeh kedai makan gulung tikar x sbb kena jual murah
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Blh x lepas ni gomen wat rumah rahmah plak...blh la pemaju pun ikut rege rumah rahmah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa reti pulak kau letak harga berpatutan kan.. takutlah tu customer pergi makan menu murah.. dasarrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 06:49 PM | Show all posts
JADI BENARLAH KATA2 RAPIJI...

JGN BELI KAT KEDAI YG HARGANYA MAHAL
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 3-2-2023 06:26 PM
Blh x lepas ni gomen wat rumah rahmah plak...blh la pemaju pun ikut rege rumah rahmah

Ko jugak bijak...rumah Rahmah..kereta rahmah ..motosikal Rahmah...pun boleh

Toi??
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih mydin akak sayang kau mydin sis.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
McDonald's dengan KFC bila nak buat Menu Rohmatan lil 'alamin?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 07:16 PM | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 3-2-2023 07:03 PM
Ko jugak bijak...rumah Rahmah..kereta rahmah ..motosikal Rahmah...pun boleh

Toi??

Setuju dengan pak aji. Den pun tunggu kereta rahmah, motor rahmah dan rumah rahmah ni dijual di pasaran.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa lama sangat la menu rahmah ni pun.... Harga bahan mentah mahal, gaji basic dah naik, minyak peket takde bekalan, sewa naik apa bagai....  Mydin boleh la buang harga sebab dorang pemborong besar, importer lagi... Kalau kedai2 makan biasa kat bandar2 barang sampai dari pasar pun dah mahal
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik Kiah dah tak glamer. Skrg ni Makcik Rahmah pulak yg jadi sebutan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 3-2-2023 07:09 PM
Terima kasih mydin akak sayang kau mydin sis.

Cantiknya ko sis.. terpikat aku..  beegegar mutiara khorsani
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 3-2-2023 07:16 PM
Setuju dengan pak aji. Den pun tunggu kereta rahmah, motor rahmah dan rumah rahmah ni dijual di pa ...

Kawin pun nak hantaran rahmah.. kenduri rahmah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 08:15 PM | Show all posts
Minuman manis RM5 tumpang nama menu rahmah jugak?? Kepala hotak dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 08:20 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 3-2-2023 06:06 PM
Haaa, boleh pun. Tak takut rugi ker tew?

Moga projek menu rahmah ni berterusan.

Kan!  Saya baru nak cakap benda yang sama!  

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Oo ptt la hari ni
Aku ambik
1 nasi ayam kunyit + bendi goreng berlada
1 lagi nasi dgn ayam goreng sedap + kobis
RM14 jee
Selalu nasi ayam kunyit je dh RM7
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
pengecatbintang replied at 3-2-2023 06:49 PM
JADI BENARLAH KATA2 RAPIJI...

JGN BELI KAT KEDAI YG HARGANYA MAHAL

Dari zaman Najib pun dh ckp, tp dibakul sampahkan rakyat Malaysia masa tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 1.496692 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list