CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1236|Reply: 17

[Tempatan] Bakul Rahmah bakal menyusul

  [Copy link]
Post time 3-2-2023 10:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 3-2-2023 02:22 PM

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bakal berkolaborasi dengan syarikat yang memiliki rangkaian kedai runcit terbesar, 99 Speedmart.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, 99 Speedmart akan menjayakan program baharu KPDN iaitu Bakul Rahmah.

“Hari ini saya mengadakan perbincangan hati ke hati bersama CEO 99 Speedmart Mr Lee Thiam Wah dengan tujuan menjayakan satu lagi program baru KPDN iaitu Bakul Rahmah (Kasih Sayang), khas untuk mereka yang paling memerlukan dalam kalangan B40,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Salahuddin berkata, KPDN juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat lagi untuk menjayakan program Bakul Rahmah.

“Saya akan susuli pertemuan dengan beberapa lagi pemain-pemain industri seperti Giant, NSK, dan lain-lain selepas ini.

“Semoga segala usaha dan kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu rakyat meneruskan kehidupan seharian  dalam keadaan ekonomi dunia yang agar mencabar ketika ini,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan telah menetapkan beberapa pelan jangka masa pendek, sederhana, dan panjang dalam mengendalikan isu kos sara hidup.

“Tetapi pada saya, mana yang kita boleh lakukan dahulu, kita jalan dahulu,” katanya.

https://malaysiapost.com.my/2022/12/31/kpdn-berkolaborasi-jayakan-program-bakul-rahmah/

*Maklumat lanjut boleh melayari portal rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di pautan https://www.kpdnhep.gov.my/ms/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 10:15 AM | Show all posts
bila nak buat menu Rahman pulak? aku nk terai
meden jauh dri sini takbebaloi drive dgn jem lagi nk makan 4.90..alaaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:16 AM | Show all posts
99 pulun habis projek gomen selangorku..cinabeng jugak yg kayo
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 11:06 AM | Show all posts
harap2 bakul rahmah ni bawa rahmah pada rakyat, kalau dapat penuh sebakul tu utk seminggu makan lagi elok (ikan, ayam, sayur, bawang, tepung, telur)
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Giant jugak  please..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 3-2-2023 10:16 AM
99 pulun habis projek gomen selangorku..cinabeng jugak yg kayo

Nak harap melayu baru buka bisnes dah ada yg dengki sesama melayu... Pening
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2023 07:54 PM | Show all posts
rospinki replied at 3-2-2023 10:16 AM
99 pulun habis projek gomen selangorku..cinabeng jugak yg kayo

iols suka speedmart
selain murah sikit, 1 tingkat takyah jalan jauh.. dekat dgn rumah lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2023 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
99Speedmart paling serabut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2023 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pad wanita masuk list tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Speedmart kat tmpt iols walking distance tak sampai 5 minit pung...tp barang slalu takde..huk3...
Kekadang tu barang ditopup tu melambak2..yang kosong tu takde topup2 pung0
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau PM buat inisiatif ala2 1malaysia, mohon kembalikan RTC.. dulu dekat kawasan weols ni depa nak bukak RTC tapi lepas Jib jatuh terus tersadai jadik arked mara jah..
Utc paling dekat nun kat sungai petani, jauh benau nak pi buat passpot..
Klinik 1malaysia tu pun ok jugak untuk kawasan desa, cuma nurse banyak komplen kena bertugas kat KK pastu lari ke K1M pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 09:20 AM | Show all posts
Harapnya lepas ini boleh la ada Tambang Rahmah.. Barulah laku keras..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Congrats Datuk Seri Salahuddin Ayub
Mohon dpt capai objektif yg diletakkan
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mercun Rahmah pun dah ada. Tak cukup ke rakyat ada nasi rahmah untuk mengisi perut & mercun rahmah  untuk berhibur? Tunggu china doll rahmah untuk kepuasan sex rakyat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 5-2-2023 05:23 AM
Speedmart kat tmpt iols walking distance tak sampai 5 minit pung...tp barang slalu takde..huk3...
Ke ...

Yg kosong nak direplenish dgn apo kalo supply tak mari?

Bulus nok nok ko nenaz?

Kahkahjahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 5-2-2023 10:12 AM
Mercun Rahmah pun dah ada. Tak cukup ke rakyat ada nasi rahmah untuk mengisi perut & mercun rahmah   ...

Mercun buat menu sambal tumis sausages(diganti dgn mercun) tak boleh keww? Bentuk kheun sama? Panjang2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2023 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
laqoyah replied at 4-2-2023 05:45 PM
Pad wanita masuk list tak?

Kain langsir raya 4-5 tahun yg lalu...warna dah pudar...dari menyemakkheun store ko...tak tahu diimprovise jadi tuala wanita? Setakat nak buat balut darah piyed dari menceceh kebumi je kheunz?


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2023 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Gambar atas sebab ada menteri mmg penuh la barangnya ...tempat lain lompong2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.087258 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list