CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 655|Reply: 5

[Tempatan] Ada isu lebih besar daripada anjak waktu persekolahan

[Copy link]
Post time 3-2-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

Timbul cadangan supaya waktu persekolahan di Semenanjung dimulakan pada jam 7.30 pagi dianjakkan 30 minit kepada jam 8 pagi. - Gambar hiasan
AAA

SETELAH berpuluh tahun lamanya waktu persekolahan di Semenanjung dimulakan pada jam 7.30 pagi, tiba-tiba timbul cadangan supaya dianjakkan 30 minit kepada jam 8 pagi.

Idea itu datangnya daripada seorang pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini. Alasannya adalah untuk meraikan konsep Malaysia Madani, selain menjayakan slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.


Niat daripada syor itu mungkin baik, namun persoalannya adakah langkah menganjakkan waktu persekolahan mampu memberi kesejahteraan kepada semua pihak?

Hasil tinjauan termasuk di media sosial mendapati kebanyakan ibu bapa tidak bersetuju waktu persekolahan dianjakkan kepada jam 8 pagi. Mereka sependapat ia akan mengganggu rutin harian terutama bagi yang bekerja.

Ada juga berpandangan, perbezaan setengah jam tidak memberi apa-apa kesan, selain mahu meneruskan tradisi bangun awal pagi yang telah diterapkan dalam diri anak-anak agar mereka lebih berdisiplin.

Hujah ini turut disokong oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Aminuddin Awang yang mengatakan sistem ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) itu sudah cukup baik serta tidak menimbulkan masalah kepada pelajar, ibu bapa dan guru.

Isu beg sekolah berat dan silibus beberapa subjek ‘aras tinggi’ sehingga tidak tercapai dek akal anak-anak yang masih kecil sepatutnya lebih diberikan perhatian.

Hujung tahun lalu, negara heboh seketika apabila seorang guru hampir dibuang kerja kerana lantang mengkritik, antaranya isu bilangan murid ramai dalam kelas, subjek yang banyak, masa belajar subjek teras tidak mencukupi dan wujud budaya Little Napoleon dalam sistem pendidikan negara. Bagaimana pula isu kualiti makanan di kantin sekolah?

Justeru, kepada pakar pendidikan dan pihak yang mahu berjuang untuk murid-murid sekolah, adalah lebih baik fokus kepada masalah lebih serius yang masih membelenggu dunia pendidikan dan memerlukan penyelesaian tuntas.


https://www.sinarharian.com.my/article/243476/suara-sinar/lidah-pengarang/ada-isu-lebih-besar-daripada-anjak-waktu-persekolahan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah sekolah.. ikut sohai home schooling.. semua happy..patut kita verterima kasih pd org mcm sohai.. dia mengurangkan bilangan murid dlm klas.. mengurangkan saingan masuk u.. hidup sohai
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
"Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’"

Slogan gempak......yg lain huru hara.....kerana negara hanya utk murid2 dan guru guru...

Mana tak ticher chzy, zehra besar kepala?

Kahkahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagi berapa minggu nak cuti cikgu dah tak masuk mengajar oh taguna jgk slogan gempak de vazz
Nganga cam selalu
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:16 AM | Show all posts
Ni sbb subuh lambat skrg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:25 AM | Show all posts
pada aku.. ok jugak sekolah starts kol 8 am.. lebih panjang tempoh masa untuk hantar anak.. paling awal bole hntr anak maybe 7am.. so 7am - 8 am sekolah dah bukak.. mana2 parents yg keje awal.. bole hantar anak awal.. mana yg bole hantar lewat.. hantar kol 7.50am.. so takdela cramp depan gate sekolah.

kantin bukak awal.. so anak2 yg tak sempat sarapan di rumah.. bole makan di sekolah sebelum kelas. Guru bertugas je datang awal before 7 utk monitor students datang awal.

cuma masalah bila sekolah 2 sesi.. tu aku x sure camne nak handle tang tu.. mungkin waktu pertindihan kelas tu.. bole adjust jadual ke tempat2 lain.. dewan.. padang.. surau.. makmal.. etc..  

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.259223 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list