CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

Penyakit Baharu Demam Lembah Pula Makin Menular

[Copy link]
Post time 3-2-2023 09:26 AM | Show all posts |Read mode
WASHINGTON – Jangkitan fungus yang membawa maut merebak ke seluruh Amerika Syarikat (AS) dan sebilangan saintis percaya bahwa penyakit tersebut berpunca daripada perubahan iklim, lapor portal berita MailOnline.


Penyakit ‘Demam Lembah’ yang 10 kali ganda lebih membawa maut berbanding selesema itu meningkat 20 kali ganda sejak permulaan abad ini.


Ia disebabkan oleh kulat Coccidioides yang melepaskan spora ke udara apabila tanah diteroka. Spora kulat itu kemudian dihidu oleh manusia terutamanya pekerja binaan.




Gambar Hiasan




Fungus itu hidup subur dalam persekitaran hangat dan kering. Ia digelar Demam Lembah kerana 97 peratus kes ditemui di negeri Arizona dan California.


Bagaimanapun, jangkitan telah dikesan di beberapa kawasan lain di AS, dan pakar-pakar bimbang bahawa menjelang tahun 2100, penyakit itu a boleh menjadi endemik di 17 negeri.


Kes meningkat di tengah-tengah kebimbangan tentang wabak kulat berikutan rancangan saluran televisyen HBO, The Last of Us yang mendakwa kulat akan mengubah mangsa menjadi zombi.


Walaupun Demam Lembah tidak mampu mengubah pesakit menjadi zombi, ia boleh menyebabkan kemudaratan serius kepada sesetengah pesakit dan membunuh satu dalam setiap 100 orang.


Coccidioidomycosis atau cocci berasal daripada kulat yang tumbuh di dalam tanah di beberapa kawasan di California dan barat daya AS. Spora kulat akan tersebar ke udara apabila tanah diganggu oleh angin atau aktiviti penggalian.


Apabila manusia atau haiwan menyedut spora itu, ia akan bergerak melalui saluran pernafasan dan ke dalam paru-paru, di mana berlaku pembiakan dan menyebabkan penyakit lain.


Kebanyakan jangkitan adalah ringan dan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari atau minggu, manakala ia tidak boleh disebarkan antara manusia atau haiwan.


Kebanyakan orang mengalami gejala ringan termasuk keletihan, batuk, demam, sakit otot dan sesak nafas. Simptomnya adalah serupa dengan jangkitan virus pernafasan.


Gejala lain termasuk berpeluh waktu malam, sakit sendi dan ruam merah yang kebiasaannya pada kaki tetapi kadang kala menjangkiti dada, lengan dan belakang. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.123977 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list