CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 758|Reply: 5

[Dunia] Salji runtuh di Kashmir, 2 pelancong maut

[Copy link]
Post time 2-2-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 2-2-2023 10:21 PM


Runtuhan salji mungkin kelihatan tidak berbahaya namun sekiranya seseorang terperangkap, mereka tidak dapat menggerakkan anggota badan kerana berat ais akan menjadi ratusan tan. – NDTV

JAMMU KASHMIR – Insiden runtuhan salji berlaku di puncak Gunung Afarwat di Kashmir, India, sehari selepas Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Jammu Kashmir (JKDMA) mengeluarkan amaran mengenai bencana  itu, lapor laman berita Wion News semalam.

Mayat dua mangsa dari Poland yang terbunuh dalam insiden itu ditemui di sebalik runtuhan salji manakala 18 pelancong (lapan dari Russia, 10 Poland) telah diselamatkan, kata beberapa pegawai.


Pegawai-pegawai yang memantau operasi menyelamat berkata, sejurus menerima maklumat mengenai kejadian itu, satu operasi besar-besaran dilancarkan di lokasi kejadian, di mana mayat dua individu telah ditemui.

“Runtuhan salji berlaku di puncak Afarwat #HapathKhud di sebuah resort ski di #Gulmarg. Operasi menyelamat telah dilancarkan oleh Polis #Baramulla bersama-sama agensi-agensi lain.

“Beberapa laporan menyebut bahawa  pemain ski yang terperangkap sedang dibantu. Maklumat lanjut akan menyusul,” demikian menurut kenyataan Polis Baramulla sejurus selepas insiden itu berlaku.

JKDMA menerusi amaran yang dikeluarkan sehari sebelum insiden itu berkata: “Runtuhan salji dengan tahap bahaya sederhana berkemungkinan berlaku di kawasan melebihi 1,800 hingga 2,400 meter di sekitar daerah Bandipore, Baramulla, Ganderbal, Kupwara, Kulgam, Poonch dan Reasi dalam tempoh 24 jam.

“Mereka yang tinggal di kawasan-kawasan ini dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan elakkan berada di kawasan yang terdedah kepada runtuhan salji.”

Runtuhan salji mungkin kelihatan tidak berbahaya namun sekiranya seseorang terperangkap, mereka tidak dapat menggerakkan anggota badan kerana berat ais akan menjadi ratusan tan. – Agensi


https://www.kosmo.com.my/2023/02/02/salji-runtuh-di-kashmir-2-pelancong-maut/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Last week avalanche kt ski resort kat nagano, jepun. Aku ade gak plan nak snowboard kt area gulmarg bln 3. Kene recce tempat lain nampaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2023 02:14 AM From the mobile phone | Show all posts
…sekiranya seseorang terperangkap, mereka tidak dapat menggerakkan anggota badan kerana berat ais akan menjadi ratusan tan…tak dpt bayangkan…
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 3-2-2023 12:18 AM
Last week avalanche kt ski resort kat nagano, jepun. Aku ade gak plan nak snowboard kt area gulmarg  ...

Hang ni kaki snowboard ka? Tak bahaya mehh?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 07:00 AM From the mobile phone | Show all posts
kitaserupaaa replied at 2-2-2023 08:18 AM
Last week avalanche kt ski resort kat nagano, jepun. Aku ade gak plan nak snowboard kt area gulmarg  ...

Sekarang kan trend snowboarding dengan avalanche yang suka extreme depa buat cliff area buat avalanche ... Hubby aku sudah stop buat extreme begini sejak accident slipped disc.. Aku syukur ada rahmat di sebalik kesakitan



Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:03 AM GMT+8 , Processed in 0.057944 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list