CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5356|Reply: 73

[Tempatan] Golongan M40 juga ‘serbu’ hidangan Menu Rahmah RM5

  [Copy link]
Post time 2-2-2023 06:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 2-2-2023 10:59 PM

PETALING JAYA: Golongan berpendapatan sederhana berpusu-pusu ke restoran dan outlet menawarkan hidangan RM5 walaupun program itu untuk kumpulan miskin tegar.

Justeru, pelanggan menganggap diri mereka sebagai kumpulan M40, menggesa Putrajaya memperluaskan program Menu Rahmah meliputi semua, tanpa mengira status pendapatan.

“Golongan berpendapatan sederhana seperti saya juga mahu makanan murah sementara menunggu gaji hujung bulan,” kata Amaliana Rosli kepada FMT.

Berusia 26 tahun dari Subang Jaya dan bekerja di outlet restoran makanan dan minuman (F&B), dia sering mengunjungi gerai di pasar raya besar membeli nasi ayam dijual berharga RM7.90. Kini, dia gembira mampu menikmati hidangan sama pada harga RM5 sahaja.

Program Menu Rahmah dilancar pada Selasa, menyaksikan lebih 15,000 outlet mengambil bahagian dalam inisiatif itu di seluruh negara.

S Kumar, 31, berkata, sebelum ini “hampir mustahil” untuk mendapat hidangan nasi bersama ayam atau ikan termasuk sayuran, juga minuman pada harga RM5 sahaja.

“Mungkin anda dapat jumpa di kawasan luar bandar, tidak di bandar. Saya harap program ini berterusan,” kata pekerja dari firma pengurusan hartanah itu.

Kumar menetap di Wangsa Maju, berkata program seperti itu sepatutnya dimanfaat semua, termasuk mereka bekerja di bandar yang berdepan harga lebih mahal.

Pemilik Restoran Ali Maju, Jawahar Taib Khan, berkata walaupun harga murah, kuantiti dan kualiti kekal sama.

“Sebelum ini, sukar membawa keluarga saya makan di luar kerana harga makanan mahal. Namun, RM5 bagi setiap hidangan kini sudah berbaloi.”

Sally Kee dari Kota Kemuning, berkata inisiatif itu perlu diperluaskan kepada semua, seperti mana bantuan RM150 kerajaan bagi persekolahan pelajar, tanpa mengira pendapatan yang membeli peralatan sekolah.

Kee yang bekerja di firma swasta, bagaimanapun berpandangan hidangan RM5 masih lagi mahal bagi kumpulan miskin tegar.

“Bayangkan jika lima sekeluarga pergi ke kedai makan. Harga sepatutnya dalam lingkungan RM3,” katanya sambil menambah pengendali kedai makan perlu menyerap kos daripada hidangan Menu Rahmah itu.

Bagaimanapun, peruncit dan pemilik restoran gembira dengan program terbabit.

Pengarah Urusan Pasar Raya Mydin Ameer Ali Mydin, memberitahu FMT, pemilik kedai makan menyertai program itu tidak kisah sesiapa sahaja mengambil peluang mendapatkan hidangan murah berkenaan.

“Bagi pihak kita, niat kami untuk membantu rakyat demi memastikan mereka tidak lapar susulan harga makanan mahal. Bukan tugas kita buat tapisan kepada mereka.

“Kami bukan berhasrat membuat keuntungan daripada program ini dan kami berharap lebih banyak kedai makan dan pasar raya mengambil langkah menyertai usaha ini.”

Pemilik Restoran Ali Maju, Jawahar Taib Khan, memberi jaminan kepada orang awam walaupun harga Menu Rahmah rendah, kuantiti dan kualiti kekal sama.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/02/golongan-pendapatan-sederhana-serbu-hidangan-menu-rahmah-rm5/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
"kami pung rakyat Msia jugok"-M40
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Goreng2 tmpt aku dlm ceruk sawit pun harga 6 ke atas dh goreng2
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa salahnya
Diorg pun nak try juga menu rahmah tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:12 PM | Show all posts
bukan hanya M40 nak beli menu ni..

PAS, PN, BERSATU pon nak jugak

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2023 08:47 PM | Show all posts
Apa salahnya.  Golongan T20 nak beli pun takde masalah.  Still ada keuntungan kan!  Dan takkan la T20 or even M40 tu hari2 nak membeli/mengadap hidangan menu Rahmah ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:52 PM | Show all posts
Eeeee....si Sally Kee niiiii....dah bagi rega rm5, laaaagi mau rm3!!!  Kalau nak rm3, masak sendiri la kat rumah, or beli nasi lemak bungkus siap tu!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 09:00 PM | Show all posts
Edited by Lagubestbest at 2-2-2023 09:27 PM

lauk tu nampak kecik. biasa I amek ayam dada saiz besar + 2 senduk sayur + kuah kalau lunch rege masih bawah RM8. Biasanya kalau lauk tak cukup, signal kenyang tu mcm tak sampai kat otak.

update: eh I tarik balik kata2. Okay sgt dah ni menu rahmah.


Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagubestbest replied at 2-2-2023 09:00 PM
lauk tu nampak kecik. biasa I amek ayam dada saiz besar + 2 senduk sayur + kuah kalau lunch rege mas ...

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh menu Rahmah..mana nak dapat menu Rahmah ni..kedai mana jual
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
apa mksd tu..rahimahbtu..i ada tgk kt fb dk promo mknn set rahimah..ada kwn non malay tnya td..i ckp xpasti sbb xgugel lg
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 09:15 AM | Show all posts
Lepas ni, jalanraya bertol hanya utk M40 keatas, tengok wayang hanya utk M40 keatas, masuk Mall pun hanya utk M40 keatas, masuk KFC ke McD pun untuk M40 keatas shj...sbb ikut logik, B40 ni dorang mana mampu, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Lokasi terkini menu rahmah
https://bantuanrakyat.my/menu-rahmah/
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:08 AM | Show all posts
Lagubestbest replied at 2-2-2023 09:00 PM
lauk tu nampak kecik. biasa I amek ayam dada saiz besar + 2 senduk sayur + kuah kalau lunch rege mas ...

kalau mcm kira oklah...

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:10 AM | Show all posts
ally9970 replied at 3-2-2023 01:15 AM
Lepas ni, jalanraya bertol hanya utk M40 keatas, tengok wayang hanya utk M40 keatas, masuk Mall pun  ...

betul tu..bilamana rakyat kita telah dikasta kasta kan..dan rakyat pun mula terikut cara kasta...
so, baik mati je lah dari hidup kalau itu ini, ini itu la bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2023 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Rsnya macam dah segala benda dok bagi dkt B40 sampai diorg nie kdg² jd terlalu bergantung pd bantuan kerajaan. Even ada yg bukan B40 pun nak jadi B40.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts

ayam goreng seketul  pun dpt rm5
Ko ambil berjenis2 lauk mmg la mahal
Ikan lg mahal dari ayam
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:23 AM | Show all posts
Nasib dia tak mintak ea form masa nk beli menu rahmah ni...
yg start kasta B40, M40, T20 ni mmg taik ayam punai
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2023 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Open je lah menu Rahmah ni..tapi utk Malaysian je...jgn beri pd foreigner
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.123600 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list