JURU, Pulau Pinang - Kebanjiran warga asing atau juga pendatang asing tanpa izin (PATI) di bumi Malaysia ini bukanlah isu baru dan sentiasa menjadi bualan masyarakat setempat.
Terbaru, satu perkongsian video di aplikasi TikTok telah menarik perhatian ramai apabila paparan video tersebut menunjukkan sekumpulan warga asing sedang rancak berparti di kawasan taman perumahan.
Masing-masing dilihat sedang berjoget di jalanan dengan iringan muzik yang sangat kuat dan telah mengganggu kejiranan. Difahamkan kumpulan ini sering membuat bising siang dan malam.
Terdengar individu yang merakam video tersebut menjerit "woi" kepada PATI tersebut mungkin isyarat agar mereka memperlahankan muzik.
Diruangan komen, rata-rata netizen marah dan meluahkan rasa bimbang akan keselamatan jika kebanjiran warga asing tidak dikawal. Ramai juga memohon agar kerajaan mengambil berat isu ini.
Adakah anda juga pernah berdepan masalah dengan PATI dan sila beri cadangan untuk mengatasi masalah ini? - CARI
|