CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1391|Reply: 13

[Politik] Akaun Bersatu dibeku kerana ‘derma’ RM300 juta, dakwa sumber SPRM

  [Copy link]
Post time 2-2-2023 10:30 AM | Show all posts |Read mode
Sehari selepas mendedahkan akaunnya kepada umum, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu akaun berkenaan sudah dibekukan agensi terbabit.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan pembekuan tersebut.

Katanya akaun parti berkenaan dibekukan pihak berkuasa sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Bagaimanapun, Azam enggan mengulas lebih lanjut.

Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dijangka mengeluarkan kenyataan media berkaitan perkara itu hari ini.

Pada awalnya pembekuan berkenaan didakwa ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana dana rangsangan kerajaan - berjumlah RM92.5 bilion - semasa pandemik Covid-19 dan didakwa diselewengkan.

Bagaimanapun sumber SPRM yang enggan dikenali mendakwa, pembekuan dibuat bagi menyiasat dakwaan Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.

Sumber itu mendakwa, jumlah sumbangan itu disyaki berjumlah lebih RM300 juta.

Dakwa sumber berkenaan, baki dalam dua akaun bank Bersatu ketika ini adalah sekitar RM40 juta.

Pada awal Jan lalu SPRM menahan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta sebagai suspek dalam siasatannya.

Ketua pegawai eksekutif itu disyaki menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan di bawah pakej rangsangan ekonomi antara 2020 dan 2022.

Individu terbabit kemudian didapati seorang ketua bahagian Bersatu. Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu kemudian segera menjarakkan pemimpin tertinggi parti itu, Muhyiddin Yassin, daripada sebarang kesalahan atau penyelewengan.

Ada juga dakwaan bahawa sebanyak RM4.5 bilion daripada jumlah tersebut berakhir dalam dana Perikatan Nasional untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.

Dakwaan tersebut dinafikan sekeras-kerasnya oleh Muhyiddin.

Semalam Bersatu mendedahkan akaun terauditnya untuk mengukuhkan lagi penafian mereka daripada sebarang salah laku.

Mengulas perkara itu, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin menyifatkan kerajaan memperalat SPRM untuk membunuh kredibiliti Bersatu.

https://www.malaysiakini.com/news/653579

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 12:10 PM | Show all posts
akaun PKR DAP AMANAH dah siasat?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 12:50 PM | Show all posts
kantoiiii

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Perwira tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tula buat 2 akaun..satu akaun duit satu akaun sperma..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
abah songlap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
AMLA ke dek?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutla masa Abahcow jadi PM duit habis belanja  beratus billion tapi rakyat tetap ramai yg kena kibar bendera putih x cukup mkn..duit kena songlap rupanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 2-2-2023 03:51 PM
Patutla masa Abahcow jadi PM duit habis belanja  beratus billion tapi rakyat tetap ramai yg kena kib ...

Mak cik Kiah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 06:19 PM | Show all posts
ketirisan RM300 juta

bole bagi bantuan sekolah kpd 2 juta orang murid @ RM150 per murid bagi famili B40 & M40...

tapi yg dapek maso PN perintah cumo anak B40..

itu pon nak bising lagi dgn PMX...

bodo piang
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jibun + wal maslan tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 2-2-2023 12:10 PM
akaun PKR DAP AMANAH dah siasat?

Pulak dah..haritu dia sendiri cabar sprm siasat sebab katanya PH buat fitnah..dah kena siasat lain pulak bunyi nye..

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la para politaik sama2 pakat londeh kain.

Tolonglah marhein bukak Mata berapa sialnya politaik mesia dok makan duit selama ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062548 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list