CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 999|Reply: 6

[Jenayah] Acik jual buah nangis, sujud syukur terlepas tali gantung

  [Copy link]
Post time 2-2-2023 09:28 AM | Show all posts |Read mode
MELAKA: Seorang ibu tunggal menangis dan bersujud syukur terlepas hukuman gantung, selepas Mahkamah Tinggi Melaka membebaskannya daripada dua pertuduhan mengedar pelbagai jenis dadah seberat 1.6kg.

Hakim Anselm Charles Fernandis membuat keputusan itu terhadap Huda Humairah Liang Moi Yin, 43, yang juga ibu kepada empat anak.

“Selepas meneliti dan mengambil kira laporan forensik dan analisis DNA pada sikat dan tuala mendapati bukan saja DNA tertuduh dan orang kena tuduh dua, tetapi terdapat orang lain yang tidak dikenali.

“Tuala dan sikat yang dijumpai dalam tandas di pangsapuri tersebut bersambung dengan bilik yang dijumpai dadah tersebut. Didapati juga beberapa orang dan set kunci dijumpai yang mempunyai akses ke bilik utama tersebut,” kata Anselm.

Mahkamah turut membebaskan wanita itu daripada empat pertuduhan memiliki pelbagai jenis dadah dan racun.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati Huda Humairah bersalah atas satu pertuduhan memiliki dadah seberat 20.25g dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun bermula tarikh tangkapan 13 Okt 2018.

Penjual buah itu didakwa melakukan semua kesalahan tersebut di kawasan letak kenderaan dan sebuah unit pangsapuri di Pinggiran Bunga Raya di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan; Seksyen 12 (2) ADB dan Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Perbicaraan bermula 15 Sept 2020 dengan 19 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan memberi keterangan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Nabilarif Mohd Rosli, manakala tertuduh diwakili peguam Quek Kia Ping.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/01/ibu-tunggal-nangis-sujud-syukur-terlepas-tali-gantung/


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2023 10:28 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
cina muslim ke...syukur..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 10:53 AM | Show all posts
Bagaimanapun, mahkamah mendapati Huda Humairah bersalah atas satu pertuduhan memiliki dadah seberat 20.25g dan dijatuhkan hukuman penjara empat tahun bermula tarikh tangkapan 13 Okt 2018..kira dh blh bebas la kn?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
kelip2_07 replied at 2-2-2023 10:53 AM
Bagaimanapun, mahkamah mendapati Huda Humairah bersalah atas satu pertuduhan memiliki dadah seberat  ...

bebas.. siap dpt credit "get out of jail" kad lg.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2023 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mati mandatori dh kensel ke blom eh.. cuak jgk ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2023 04:31 PM | Show all posts
Radzor replied at 2-2-2023 03:13 PM
bebas.. siap dpt credit "get out of jail" kad lg.

wahhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.060627 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list