View: 1394|Reply: 12
|
[Tempatan]
Kak Chik Nasi Berlauk serendah RM3 sejak 4 tahun lalu
[Copy link]
|
|
Kak Chik Nasi Berlauk serendah RM3 sejak 4 tahun lalu
Asmaa sedang menunjukkan menu di kedainya di Kampung Berangan yang dijual dengan harga antara RM3 hingga RM5 setiap hidangan juga disertakan dengan air minuman percuma. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR
TUMPAT: Kak Chik Nasi Berlauk menjadi satu daripada kedai makan di Kelantan yang mengamalkan konsep harga murah apabila menjual serendah RM3 sejak empat tahun lalu.
Justeru, tidak hairanlah premis yang diusahakan oleh pasangan suami isteri, Mat Salleh Awang Teh, 73 dan Che Halimah Che Ahmad, 66, di Kampung Berangan, di sini, sejak 2012 itu turut menjadi tumpuan orang ramai susulan harga yang murah.
Untuk harga nasi bungkus berlaukkan ayam atau ikan, harga yang dikenakan adalah RM3, manakala bagi nasi dagang atau nasi berlaukkan daging adalah RM4.
Bagaimanapun, tambahan RM1 bagi setiap menu untuk pelanggan yang makan di kedai memandangkan kuantiti lebih banyak selain turut disediakan minuman percuma.
Penolong Pengurus Nasi Berlauk Kak Chik, Asmaa Athirah, 28, berkata kedai yang diusahakan kedua ibu bapanya mula beroperasi pada 2012 dan ketika itu harga nasi adalah RM2.
"Namun bermula pada 2019, harga dinaikkan kepada RM3 hingga RM4 bagi nasi bungkus memandangkan kos bahan mentah yang meningkat, namun kami mengekalkan harga itu sehingga kini.
"Walaupun kos bahan mentah sentiasa naik, kami mengambil pendekatan untuk kekalkan harga yang sama kerana tidak sampai hati untuk menaikkan harga demi memikirkan pelanggan.
"Ada kalanya terniat untuk naikkan harga namun memikirkan kasihan kepada pelanggan terutama mereka yang susah, kami tidak sampai hati dan mengambil keputusan untuk kekalkan harga," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau berkata, bagi pelanggan yang makan di kedai pula akan disediakan air percuma dan jenis air akan bertukar setiap hari selain kuantiti nasi lebih banyak.
"Alhamdulillah dengan mengenakan harga yang rendah, sambutan diterima setiap hari sangat menggalakkan.
"Walaupun sudah tidak banyak kedai yang mengenakan harga seperti kami, namun kami memilih untung yang kecil demi memikirkan pelanggan.
"Harga yang kami kenakan ini seolah-olah kami sudah memperkenalkan Menu Rahmah sejak empat tahun lalu," katanya.
Semalam media melaporkan, lebih 15,000 restoran menawarkan Menu Rahmah berharga RM5 bagi hidangan makanan tengah hari atau makan malam untuk golongan B40, mulai hari ini.
Ia selaras dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan, hari ini, bertujuan memastikan golongan B40 khususnya mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -sejak-4-tahun-lalu
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_jeangrey at 1-2-2023 05:42 PM
Semoga diberikan rezeki berlipat kali ganda...umur 73 dan 66 masih kuat usahakan kedai makan..ini pun rezeki juga...while acik2 kerja ofis dah berfikir lepas umur 55 sendi2 semua wajib sakit dan x boleh bekerja so kena clearkan kwsp dr sekrg |
|
|
|
|
|
|
|
Murohnya.. kawan iols berniaga cost ayam mentah seketui pun dah RM 2.50 tu tak masuk bawang santan dengan rempah |
|
|
|
|
|
|
|
Lokasi: Tumpat
Kan bagus kalau ada pintu suka hati (teleportation device) |
|
|
|
|
|
|
|
semoga murah rezeki atuk&nenek ni.
sedapnya sesekali dpt makan nasi gulai ayam+sambalan+ulam2 |
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka gulai ayam
Yum.22222 |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 1-2-2023 08:10 PM
Iols suka gulai ayam
Yum.22222
Akak pulak suka kari ayam, nyum nyum nyum |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 1-2-2023 08:14 PM
Akak pulak suka kari ayam, nyum nyum nyum
Ajom le kite makey di kedai kak chik ni |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 1-2-2023 06:33 PM
Nak kena cakap luar ke kena kecek klate? {:mlhe ...
Ha..ha....
Betul sgt tu kann...
Dgr kecek kl, terus harga yahudi...
|
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 1-2-2023 06:33 PM
Nak kena cakap luar ke kena kecek klate? {:mlhe ...
Ini lawak |
|
|
|
|
|
|
| |
|