CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5475|Reply: 102

[Tempatan] [Edisi Homestead] Tinggalkan bandar, pilih jadi 'homesteader'

  [Copy link]
Post time 31-1-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
https://www.sinarharian.com.my/a ... ih-jadi-homesteader

Oleh NORHASPIDA YATIM



KUALA TERENGGANU - Sebuah keluarga memilih untuk berpindah dari bandar ke Pantai Penarik di daerah Setiu, Terengganu untuk memulakan kehidupan dengan gaya hidup sara diri atau sebagai 'homesteader'.

Zarah Ariffin Alkhadri, 39, berkata, mereka sekeluarga berasal dari Damansara Jaya dan Kajang, Selangor mula berpindah ke negeri itu ketika tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama yang dikuatkuasakan pada Mac 2020.

Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata, dia dan suami, Noah Ibrahim Wells, 38, nekad keluar dari zon selesa dan kini berjaya meminimumkan perbelanjaan dan menjimatkan kos sara hidup dengan memanfaatkan barangan terpakai serta menghasilkan produk dari sumber alami.

"Mula-mula pindah kami duduk di Kuala Terengganu, selepas setahun kami berpindah lagi dan menyewa rumah di Setiu untuk lebih dekat dengan pantai.



"Suasana rumah di Setiu lebih sesuai untuk kami usahakan sesuatu yang baharu berasaskan bahan alami serta mendekatkan anak-anak dengan alam semula jadi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut Zarah, dia mula menghasilkan produk sabun sejak 2013 dan produk berasaskan daun gelenggang pada 2017 apabila anak ketiganya, Hanaan Elena, 5, mengalami masalah ekzema pada bahagian wajah ketika masih bayi.

"Kebetulan ada pokok gelenggang tumbuh di tepi sungai berdekatan rumah, jadi saya hasilkan balsam (balm) untuk anak dan hasilkan lebih untuk jualan. Syukurlah maklum balas diterima amat menggalakkan dan ia masih diteruskan sehingga hari ini.

"Di samping balsam, terdapat beberapa produk lagi yang dihasilkan daripada daun gelenggang iaitu sabun, minyak dan teh," ujarnya.

Zarah berkata, dia belajar menghasilkan produk melalui YouTube namun bagi penggunaan propolis kelulut dia menyertai kursus di bawah Institut Penyelidikan dan Pembangunan Malaysia (MARDI).

"Bagi penggunaan propolis kelulut, kami ada sertai kursus memandangkan kami juga memelihara kelulut ketika itu.

"Bagi homesteading pula, kebanyakannya kami belajar dari kursus permakultur pada 2013 bagi menggunakan bahan lestari untuk menghasilkan tanaman atau menguruskan kebun," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel NST tahun 2018
https://www.nst.com.my/lifestyle/pulse/2018/01/329269/back-basics



"ARE we going in the right direction?” queries my colleague seated in the passenger seat next to me.

Her brows furrow with worry as she notes my little car’s desperate struggle uphill through a small slip road somewhere in Hulu Langat. High brick walls flank both sides of the path while natural green canopies cast a gloomy shadow. Her question is similarly echoed by my two other passengers in the back seat.

Just as I start to think that perhaps I’m on a wild goose chase, I hear the clipped female voice from Waze announcing that we’d arrived at our destination. A quick scan of the surroundings and all I can see are trees. There’s no house and no one around.

“Oh! You’ll need to head down the steep slope at the end of the road. If you berani (dare), you can drive down. If not, just park in the empty lot and walk,” advises Noah Ibrahim Wells on the phone, his voice tinged with amusement. Noah, who makes his home here in the tranquil idyll of Lembah Barakah Organic Orchard in Batu 22, Jalan Sungei Lui in Hulu Langat with his family, is the person I’ve come to see this sunny morning.

The car continues steadily along the narrow path until suddenly... I hit the brakes hard prompting startled yelps from my passengers in the backseat. From the vantage point above the dashboard of my car it looks as if the road has vanished into an almost vertical drop. There’s no way my i10 will be able to “climb up” later should I opt to go down that route. Taking no chances, we decide to park, disembark and trek down the slope instead.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts



Menurut Zarah, produk yang dihasilkan dipasarkan melalui platform TikTok (zarah_barakahorganic) dan Shopee (barakahorganic) antaranya sabun, minyak zaitun, herba, sabun basuh pinggan dan sabun basuh baju yang mesra ekzema.

Selain itu, Zarah dan suami juga mengadakan tutorial dan bengkel pembuatan sabun serta jualan pokok atau bunga yang ditanam sendiri.

"Bahan asas pembuatan sabun ialah minyak. Lain minyak lain hasil sabunnya. Minyak zaitun menghasilkan sabun yang sangat melembabkan tetapi tak berbuih.

"Minyak kelapa pula menghasilkan buih yang banyak tetapi agak mengeringkan kulit. Sabun kami menggunakan kombinasi minyak yang menghasilkan sabun 'just nice'.

"Sabun basuh baju dan sabun basuh pinggan yang kami hasilkan menggunakan minyak masak terpakai yang kami kumpul daripada kawan-kawan atau jiran," katanya.

Zarah berkata, balsam dan minyak gelenggang dihasilkan menggunakan minyak sawit merah yang amat tinggi kandungan vitamin E tokotrienol yang mempunyai pelbagai kandungan khasiat bermanfaat bagi tubuh badan.

"Balsam ada tambahan bahan lilin lebah tualang dari hutan Malaysia dan propolis dari kelulut Malaysia. Kami cuba menggunakan semua bahan-bahan lokal.

"We grow our own food, menjual hasil kebun dan produk homemade. Apa yang kami jual ialah apa yang kami pakai untuk keluarga kami. Oleh kerana kaluarga kami ada penghidap ekzema, maka produk kami lebih kepada ekzema. Semua adalah semula jadi, " ujar graduan Sains Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam itu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts

Zarah berkata, apa yang dilakukan keluarganya termasuk didikan kepada anak-anak kelihatan berbeza berbanding kelaziman individu lain, namun ia gaya hidup yang diimpikan bagi meminimumkan sisa pelepasan dan sampah (zero waste living).

Zarah memberitahu, antara yang dilakukan bagi meminimumkan pembaziran ialah pindah ke luar bandar, tanam sendiri makanan seperti sayur, buah serta menternak ayam.

Selain itu, sudah menjadi kelaziman buat mereka memakai pakaian pemberian kawan-kawan atau beli di kedai bundle atau second hand, melakukan sendiri (DIY) berbanding beli, memiliki rumah yang minimalis dengan tidak membeli perabot.

"Kami sering membeli barang-barang preloved atau yang sudah digunakan. Cari sumber percuma, kutip bahan terbuang. Cari buah-buah atau ulam atau tumbuhan liar.

"Cari kepah, remis, lokan sendiri serta memancing. Pergi perpustakaan berbanding beli buku. Dalam erti kata lain kami mencari aktiviti percuma dan murah," ujarnya.



"Kerja kami homesteader. Homesteader ialah lifestyle untuk work self sufficiency dan sustainability. We make a living from land using our skills and knowledge.

"Aktiviti seperti 'dumpster diving' atau mencari barangan yang boleh digunakan semula terutama di pasar basah seperti sayur dan buah-buahan dilakukan hampir saban hari.

"Hasil yang diperoleh boleh diberi makan pada ternakan, ditanam semula atau jika ada yang masih elok digunakan untuk dimasak," jelasnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2023 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts



Bercerita mengenai cara didikan anak-anak, Zarah berkata, kesemua anaknya 'bebas' dari ketagihan gajet dan dia lebih selesa membiarkan mereka membesar bersama alam semula jadi.

"Nature is free. Pelbagai pelajaran dari alam. Matematik dan Sains ada pada alam. Fibonacci sequence (Matematik) banyak dalam alam misalnya seperti corak benih bunga matahari.

"Secara semula jadinya, kanak-kanak cenderung dengan alam asalkan mereka tidak diberi gajet," ujarnya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2023 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols tak mampu jadi homesteader. Iols tak minat tanam sayur sebab leceh. Tak mampu nak pelihara haiwan sebab lokasi kejiranan dan banyak kerja skit. Haiwan ni bergerak2 ke sana ke mari. Bau najis lagi. Tapi iols suka sangat tanam bunga dan pokok herba.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat kg aku jee ni..boleh la pergi timba ilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg tips mcm mana nak diet shopping sekali zarah.mslh betul buka shopee checkout, tgk lazada checkout lagi, buka tiktok terbeli lagi.yihhhhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
iols suke bertanam terutama sayur sbb dari kecik mak iols amalkan cara hidup sebegini smpaikan iols igtkan pasar tu wujud utk hasil laut semata. sekeliling umah iols segala sayuran ada, tomato, lemon, kobis, radish, ubi, petola, buah2.
ayam itik angsa lembu pun tokki iols bela cukup utk kami sekeluarga makan. mak iols x suke membela binatang sbb busuk

iols tgh ushar2 jugak tanah mampu milik bersesuaian utk buat rumah ala2 ms kecik dulu dikelilingi semua sumber makanan  tp taknak la jauh sgt dari town pd ms sama taknak la mengganggu jiran2 sbb husband iols nak bela ayam itik.
hrp ada la tanah kat ktrg. yg jmp hanatttt mencanak harga, pinggir2 pun sakan tekan harga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2023 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin boleh bagi tips utk jimatkan tenaga. Tapi skrg belah pantai timur ni sejuk. Macam gilir2 seminggu panas seminggu hujan.


Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 11:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka tgk tt dia.. X mampu ak nk hidup Cara
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2023 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sheols tinggal dekat2 sini, iols nak beli pokok bunga taik ayam tu. Sebab iols semai benih selalu tak menjadi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2023 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 1-2-2023 01:35 AM
Belibis replied at 31-1-2023 10:43 PM
Dekat kg aku jee ni..boleh la pergi timba ilmu.


Kampung uols banjir ke baru ni?
Cabaran jadi homesteader.


Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
suka dengan ayat keluar dari zon selesa tu, bukan semua org berani buat
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahagianya hidup gini.. iols balik kg pow pokok cili yg penuh berbuah, balik ke rumah beriya tatang bagai minyak yg penuh hujung2 kering kontang jua..
Memang takde skill berkebun..
Pokok daun kari je yg masih hidup, tu pun dah dekat setahun saiz masih tinggi sejengkal..
Bersabarlah duhai hati
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
muke anak2 dia exotic mcm anak2 jefri bolkiah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2023 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Disiplin tinggi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohh haritu iols kagum ada org kt teganu tu jual sabun homemade
Dia ni laa
Iols pun dah buat plan dgn toklaki
Bila dia rasa dah xnk kerja, kitorg akn balik kg duk dlm kebun getah. Boleh pilih nk kebun sapa.dia punya ada, iols punya pun ada.
Hidup secara minima. Duit untuk bil utilities dan beras.
Sayur tanam sendiri, ayam bela, ikan dia gi mancing la kt sungai.
Best bila imagine. Tp nk execute xtau la best tak..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Minat gak lifestyle mcm ni, tanam2 dan bela ayam utk sara makan sendiri cukup la. Harga sayur naik x heran pun.. aku kagum sbb dia ada kemahiran diri utk sara hidup dan dlm masa sama sayang pd alam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dia dh bosan hidup bndar
Hidup bndar ni best tapi lama2 mcm bosan crowded kena deal dengn off kurg ajar dekat lrt mrt yg tua pun sama je
Tenang bila duk kampung
Tapi tu la x ramai org mmpu nk downgradekn diri
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 09:39 AM | Show all posts
anak tak sekolahkah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:43 PM GMT+8 , Processed in 0.714586 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list