CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 701|Reply: 0

Diboikot, Pathaan sebaliknya pecah panggung

[Copy link]
Post time 31-1-2023 05:49 PM | Show all posts |Read mode

FILEM Pathaan lakonan Shah Rukh Khan, Deepika Padukone dan John Abraham.


Diboikot, Pathaan sebaliknya pecah panggung

FILEM kontroversi lakonan Shah Rukh Khan, Pathaan berdepan bantahan banyak kumpulan agama di India hingga menjurus kepada demonstrasi membakar poster.

Di sebalik hangatnya tentangan yang diterima, naskhah yang ditayangkan pada 25 Januari lalu mengutip kutipan pecah panggung apabila tayangan hari pertama saja mencecah hampir RM28.5 juta.

Jumlah tersebut adalah untuk kutipan hari pertama di India sahaja.

Secara tidak langsung, naskhah yang turut membariskan Deepika Padukone dan John Abraham tersebut mencatat sejarah sebagai filem Bollywood pertama mencapai jumlah perolehan sebanyak itu untuk tayangan hari pertama.

Dengan pembukaan sebanyak itu, Pathaan menjadi pembuka filem Bollywood terbesar pernah diterbitkan apabila menewaskan filem Thugs of Hindostan arahan Aamir Khan yang memperoleh RM26 juta pada hari pertama tayangan.

Malah buat julung kali sejak 33 tahun lalu pawagam di Kashmir mencatatkan jumlah penonton yang ramai sehingga banyak panggung wayang dibuka semula demi memenuhi permintaan ramai.

Apa pun, kejayaan filem aksi tersebut membuktikan aura Shah Rukh Khan selaku Raja Bollywood masih kekal ampuh biarpun empat tahun tanpa naskhah besar.

Pada masa sama, ramai menyatakan babak ‘panas’ yang pernah mendapat kecaman juga tidak dipotong seperti didesak beberapa pertubuhan keagamaan sebelum ini.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/01 ... nya-pecah-panggung/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.050348 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list