CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 688|Reply: 6

[Tempatan] Tak Perlu Lagi Ke Thailand, Rakyat Malaysia Yang Ingin Menaiki Tuk-Tuk Boleh Ke Kampung Seberang Ramai!

  [Copy link]
Post time 31-1-2023 03:05 PM | Show all posts |Read mode
KUALA PERLIS: Rakyat Malaysia yang ingin merasai pengalaman menaiki choley atau tuk-tuk iaitu motosikal beroda tiga yang membawa penumpang, tidak perlu lagi ke Thailand kerana kini boleh mendapatkan perkhidmatan itu di Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai, di sini.

Berbekalkan modal RM4,000, seorang anak muda, Nur Afiq Nasharudin membeli choley yang ditempah khas dari Thailand bagi menjana pendapatan tambahan keluarganya serta berkongsi rezeki dengan pemuda di kampungnya.

"Saya dapat idea ini selepas melihat kesukaran pelancong yang terdiri daripada warga emas dan ibu mengandung terpaksa berjalan kaki jauh bagi menikmati keindahan kampung ini.

"Berdasarkan pengalaman menaiki choley di Thailand, saya mencari jalan bagaimana hendak membawa masuk kenderaan ini secara sah ke sini dan alhamdulillah saya berjaya mendapatkan sebuah pada bulan lepas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Nur Afiq yang mesra dengan panggilan 'Mat Apit 'dalam kalangan penduduk kampung berkata beliau tidak menyangka bahawa produk baharu pelancongan itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong dalam dan luar negara apabila memulakan operasi pada cuti Tahun Baharu Cina, 22 Januari lalu.

"Jika dapat bantuan modal daripada pihak berwajib, saya bercadang untuk menambah sebuah lagi choley bagi menampung permintaan yang tinggi khususnya pada cuti umum dan hujung minggu," katanya yang turut dibantu rakan sekampung bagi bergilir-gilir membawa pengunjung pada cuti umum dan hujung minggu.

Menurut Nur Afiq pada hujung minggu beliau mampu mengendalikan antara tujuh hingga sembilan trip dari pagi hingga ke lewat petang dengan bayaran RM35 membawa pelancong mengelilingi Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai.

Ia meliputi tujuh kampung iaitu Kampung Tengah, Kampung Tanjung, Kampung Seberang Alur, Kampung Seberang Jaya, Kampung Pulau Ketam, Kampung Tandiap dan Kampung Baru Tandiap yang mengambil masa 45 minit hingga satu jam mengikut permintaan pelancong.

Beliau berkata, selain berswafoto dan menikmati keindahan kampung, pelancong akan singgah membeli produk kampung seperti dodol, putu kacang, halwa maskat dan laksa Kuala Perlis sebagai buah tangan.

"Saya rasa bangga di samping membawa pelancong, saya dapat jadi duta kecil untuk mempromosi kampung ini," katanya.

Sementara itu, seorang pelancong domestik, Mohd Anwar Leman, 53, dari Melaka, berkata beliau pernah menaiki choley atau tuk tuk ketika melancong ke Thailand dan Indonesia, namun pengalaman di Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai lebih unik kerana dapat melihat keindahan negara sendiri.

"Pengalaman naik choley di sini amat menyeronokkan kerana di samping menikmati keindahan kampung, pemandu choley menceritakan sejarah transformasi kampung ini yang merupakan cetusan idea Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bermula pada 2020.

"Secara peribadi, saya kagum dengan usaha Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang berjaya mengubah sebuah kampung nelayan kepada produk pelancongan yang menarik dan tiada di tempat lain," katanya.

Pembangunan Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai adalah satu daripada usaha MAIPs bagi membangunkan ekonomi penduduk di kawasan tersebut dan secara tidak langsung dapat memperkasakan aset pelancongan negeri ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2023 03:05 PM | Show all posts

Rakyat Malaysia yang ingin merasai pengalaman menaiki choley atau tuk-tuk iaitu motosikal beroda tiga yang membawa penumpang, tidak perlu lagi ke Thailand. - Foto Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:20 PM | Show all posts
jantan2 gemuk peha bergesel g thailand bukan nak naik tuktuk
dorang nak wikwik
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:29 PM | Show all posts
macam x menarik jerr
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Rindunya kg seberang ramai ni. Dulu iols pernah join program anak angkat kat sini. Penduduk kampung semua baik baik dan peramah. Makanan pun sedap-sedap. Nanti nak pergi sini lagi lah support aktiviti n program diorang
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2023 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka naik tuktuk sebab skill tuk tuk driver
Tuktuk ada banyak jenis... Setiap tempat lain jenis tuktuk... Jenis begini tidak boleh koner baring gitewww
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2023 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada dah dajey2 mat pit yg ambik kesempatan mintak parking smpai 5 ringgit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.466739 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list