View: 1721|Reply: 27
|
[Jenayah]
Cuba Probok Polis, Wanita 30an Tak Dibenarkan Masuk IPD Kajang Sebab Memakai Seluar Pendek Paras Peha!
[Copy link]
|
|
KAJANG: Seorang wanita bertindak melakukan provokasi terhadap anggota polis hanya kerana tidak berpuas hati selepas tidak dibenarkan masuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, semalam kerana memakai pakaian tidak bersesuaian.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, wanita berusia 30-an itu datang ke IPD Kajang pada 10.30 pagi untuk membuat laporan polis berkaitan kes kemalangan jalan raya.
"Anggota pengawal bertugas memaklumkan supaya wanita itu meletakkan kenderaannya di belakang IPD Kajang disebabkan tempat letak kereta tidak mencukupi.
"Ketika itu, anggota berkenaan mendapati wanita terbabit memakai seluar pendek paras paha (di atas paras lutut) lalu menasihatinya memakai pakaian bersesuaian jika mahu berurusan di premis kerajaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Zaid berkata, wanita itu bagaimanapun tidak berpuas hati dan enggan mengikut arahan serta dan memprovokasi anggota bertugas.
"Anggota itu sekali lagi menasihatinya secara berhemah dan meminta dia menukar seluar yang lebih bersesuaian jika ingin berurusan di balai polis.
"Wanita itu dilihat memandu keluar dari IPD sebelum datang semula kira-kira 15 hingga 20 minit kemudian bersama dua rakannya, dengan memakai seluar panjang," katanya.
Katanya, dakwaan wanita itu dilarang masuk ke dalam kawasan IPD Kajang, walaupun sudah memakai seluar bersesuaian turut ditularkan menerusi laporan dikeluarkan sebuah portal berita.
"Pemakaian seluar panjang oleh wanita itu dalam gambar yang tular di portal berita berkenaan adalah selepas dia menukar seluar (lain) sebaik dinasihatkan oleh anggota bertugas.
"Untuk makluman, IPD Kajang berurusan dengan anggaran 300 orang sehari dan setakat ini, tiada apa-apa isu yang timbul mengenai pakaian.
"Malah, gambar etika pakaian pelawat ketika berurusan dalam premis kerajaan juga dilekatkan pada Pos Kawalan sebagai rujukan," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan |
|
|
|
|
|
|
|
Mentang2 lah PH dh jd kerajaan... |
|
|
|
|
|
|
|
standard ke pejabat kerajaan. masuk hotel ble lak ikut dress code |
|
|
|
|
|
|
|
ikut jer la peraturan |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg tak sesuai pakai seluar pendek utk urusan2 dgn kerajaan. Ko nkg pasar bolehla.
Nmpk selekeh betul dgn seluar cokia.
Nama je dok malaysia. Adab etika ke laut |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai skirt pun mesti midi skirt dibawah lutut bukan mini skirt.. ini amoi kat finance department aii selalu complain kalau dia kena naik pejabat gomen..dia kata dari pakai skirt lebih baik pakai 3quater pants..tapi biasa dia pakai baju kurung ja katanya confirm tak kena complain siap dipuji2 lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba selakkkk.. mana tahu berloceng!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
nini_azmi replied at 31-1-2023 03:42 PM
Mmg tak sesuai pakai seluar pendek utk urusan2 dgn kerajaan. Ko nkg pasar bolehla.
Nmpk selekeh betu ...
Lagi pulak betis,paha,penuh bintik2 merah bekas nyamuk gigit. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 31-1-2023 03:47 PM
Cuba selakkkk.. mana tahu berloceng!!!!!
Selit kat mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 31-1-2023 03:49 PM
Selit kat mana?
Kena tanya oyo miow.. dia biasa buat! |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 31-1-2023 03:48 PM
Lagi pulak betis,paha,penuh bintik2 merah bekas nyamuk gigit.
Betis pulak timbul banyak urat labah labah varicose veins. Tu pun nk tayang.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 31-1-2023 03:51 PM
Betis pulak timbul banyak urat labah labah varicose veins. Tu pun nk tayang.
Kalau level jebet tan ok kotttt..bukan level ahso. |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 31-1-2023 03:47 PM
Cuba selakkkk.. mana tahu berloceng!!!!!
Ko ingat semua org kentik bertindik macam ko?
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
rsnya, pdrm maybe ada sediakan kain sarung utk mana2 customer yg x ikut etika dtg berurusan di konterr |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dah tahun berapa tak tau etika pemakaian pelawat utk urusan kerajaan. Adoiii la. Nak je la iolls lempang org yg meroyan pakai mini skirt atas lutut, seluar pendek katok, baju tube, tapi sibuk2 nak buat urusan rasmi kerajaan. Bila kena tegur, meggelupur berguling2 nak mengamok. Kau igt etika pemakaian ni baru dikuat kuasakan semalam ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
|