CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1540|Reply: 29

[Tempatan] Wanita hilang di Bukit Tabur ditemui selamat

[Copy link]
Post time 31-1-2023 02:19 PM | Show all posts |Read mode
Wanita hilang di Bukit Tabur ditemui selamat

https://www.bharian.com.my/berit ... bur-ditemui-selamat

Oleh Nor Azizah Mokhtar - Januari 31, 2023 @ 1:50pm
bhnews@bh.com.my




S Sangeeta yang dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian solo di Bukit Tabur ditemui selamat, hari ini. - Foto Bomba

KUALA LUMPUR: Selepas hampir 48 jam, seorang wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan pendakian solo di Bukit Tabur, Jalan Kolam Air, Taman Melawati dekat sini, sejak kelmarin, ditemui selamat, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata mangsa, S Sangeeta, 26, ditemui oleh anggota mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.08 pagi.

Katanya, operasi SAR yang dimulakan sejak awal pagi semalam sebelum dihentikan pada jam 7 malam akibat faktor cuaca, dan disambung semula pada jam 7.30 pagi tadi.

"Mangsa ditemui selamat dan berada dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan pada kaki akibat terjatuh dari puncak bukit ke dalam gaung dengan kedalaman 30 meter.

"Anggota penyelamat kini dalam usaha membawa naik mangsa ke tempat selamat untuk diberikan rawatan awal seterusnya dibawa keluar dari lokasi," katanya kepada BH, hari ini.

Norazam berkata, operasi SAR pada pagi ini dibahagikan kepada dua trek laluan iaitu Trek A diketuai seorang pegawai bomba bersama 13 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM).

"Trek B diketuai seorang anggota bomba dengan kekuatan 55 anggota termasuk Pasukan Multi Skill (MUST) bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Hutan dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung dan Gua (MOSAR).

"Operasi SAR turut dibantu dua anjing pengesan dari Unit K9 JBPM bersama empat pegawai serta Unit Dron," katanya.

Terdahulu, Norazam memaklumkan pihak bomba menerima laporan kejadian pada jam 2.44 pagi semalam sebelum pasukan bomba dari BBP Ampang tiba di lokasi pada jam 3.18 pagi.

Katanya, mangsa dilaporkan mula mendaki Bukit Tabur dari Tabur East, pada jam 7 pagi, kelmarin.

Mangsa dikatakan sempat menghubungi adiknya memaklumkan bahawa dia tersesat sebelum menghantar lokasi terakhir melalui aplikasi WhatsApp, kira-kira jam 11 pagi, kelmarin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
2 hari tu hilang apela yg dia nmpk malam malam ek
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:29 PM | Show all posts
margo20 replied at 31-1-2023 02:21 PM
2 hari tu hilang apela yg dia nmpk malam malam ek

ce tanya dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:36 PM | Show all posts
nasib baik jumpa haihhh...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 02:47 PM | Show all posts
Bukit tabur dah lama tutup la. Gigih jugak la pegi naik. Sorang2 pulak tu.
Aiyorkk sis. Kasi saman sama dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2023 03:07 PM | Show all posts
tempat da lama x kasi naik.
demi sesuap content
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:19 PM | Show all posts
jumpa hantu x apa lagi..jangan jumpa penjenayah @ penjahat masa sesat tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 03:20 PM | Show all posts
at last jumpa juga dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:23 PM | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 31-1-2023 03:19 PM
jumpa hantu x apa lagi..jangan jumpa penjenayah @ penjahat masa sesat tu

paaaaaaaaaaaling seram ni drpd hantu
bkn nk ckp besar ke apa.. tp itulah hakikatnya.. lebih ngeri jumpa manusia dr hantu
hantu kurang2 pun main cak cak.. orang? mcm2 boleh jd
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:26 PM | Show all posts
Kenapa tak jumpa ajal je terus? Tempat dah ditutup, menyusahkan orang pulak nak kena selamatkan dia.  
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:26 PM | Show all posts
ok la tu..jumpa dlm masa 48 jam..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
nona yg dduk melawati dkt 20 tahun pun tak pernah teringin manjat bkt tabur tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Gatal la hiking sorang2. Ingat belakang rumah ke? Bkt tabur tu berapa org dah jatuh mati
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:35 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 03:36 PM | Show all posts
giler hiking sesorang. cari penyakit sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2023 04:33 PM | Show all posts
bukak ke bukit tabur ni?
aku p sekali cukup la
takut betul nk daki ke puncak pakai tali aje
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 04:40 PM | Show all posts
Burong_Hantuk replied at 31-1-2023 03:19 PM
jumpa hantu x apa lagi..jangan jumpa penjenayah @ penjahat masa sesat tu

tak pernah lagi keluar dalam berita orang mati dimakan hantu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 31-1-2023 03:35 PM
shringgggggggg



Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.061304 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list