CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Politik] PANAS, PANAS: Bersatu tuntut Anwar jelaskan berapa ramai lantikan rahsia dibuat selain anaknya sendiri, Nurul Izzah

[Copy link]
Post time 31-1-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Highflyer19 at 31-1-2023 02:20 PM


Hantaran di Facebook oleh Wan Saiful yang menuntut Anwar menjelaskan pelantikan anaknya, Nurul Izzah yang dibuat secara rahsia.

SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menuntut agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim segera menyatakan berapa ramai lantikan rahsia telah dibuat dan siapa lagi yang dilantik secara senyap-senyap.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan turut meminta agar Anwar menjelaskan mengapa pelantikan anaknya, Nurul Izzah dirahsiakan.

“Selain itu Anwar juga mesti jelaskan apa bidang kuasa yang diberikan kepada Nurul Izzah.

“Kalau tidak kerana Nurul Izzah terlepas cakap, satu Malaysia termasuklah penyokong Pakatan Harapan (PH) tidak tahu mengenai pembohongan Anwar yang kononnya menentang kronisme, tetapi secara rahsia melantik anaknya sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, Malaysia sehingga kini melahirkan ramai pakar ekonomi dan kewangan tersohor tetapi tidak dipilih oleh Anwar.

“Kita ada anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan, anak Iban dan pelbagai lagi. Tapi rupa-rupanya yang dipilih ialah anak Anwar. Untung jadi anak Papa.

“Apa juga alasan Anwar dah tak relevan. Hakikatnya Anwar mengamalkan nepotisme,” ujar beliau.

Tambah Wan Saiful, rakyat bukan mempersoalkan pro bono atau berbayar, tetapi mempertikaikan mengapa melantik anak sendiri.

“Rakyat pun tahu kuasa ‘Anak Perdana Menteri’ apabila dilantik sebagai penasihat rasmi, adalah kuasa yang besar.

“Rakyat persoalkan kuasa dan kedudukan yang diberi. Sama ada bergaji atau tidak adalah tidak relevan,” jelasnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/243034/berita/politik/bersatu-tuntut-anwar-jelaskan-berapa-ramai-lantikan-rahsia-dibuat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.075565 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list