CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Terengganu] Pok Peng cari rezeki dengan tali nylon

[Copy link]
Post time 31-1-2023 01:38 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Zaki menunjukkan tali untuk kegunaan mengikat hidung lembu yang turut dijualnya. FOTO NAZDY HARUN

Kuala Terengganu: Walaupun dilahirkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) cacat fizikal, ia tidak menjadi halangan buat seorang pemuda untuk berdikari mencari rezeki dengan membuat buaian tali nylon.

Mohd Zaki Yusoh, 47, dari Kampung Tanjung, Kedai Buloh, di sini, berkata, dia membuat buai daripada tali nylon sejak lima tahun lalu secara sendirian.

Menurutnya, ilham untuk membuat buai daripada tali itu tercetus apabila dia melihat jalinan pada perangkap burung atau dipanggil jebak.

"Bermula dari situ saya cuba membuat buaian tali ini dan usaha pertama membuahkan hasil walaupun saya tidak mempelajari cara pembuatannya daripada mana-mana individu mahupun daripada tontonan video di media sosial.

"Saya membuat buai ini berpandukan gerak hati dan keyakinan namun alhamdulillah buai yang dijalin menggunakan tali nylon ini siap dengan sempurna," katanya.

Menurutnya, setiap unit buai dijual dengan harga RM50 hingga RM70 bergantung kepada panjang dan lebar buai yang dihasilkan.

Katanya, kebiasaannya buai berkenaan dibuat dengan ukuran 1.5 meter lebar dan 2.5 meter panjang manakala masa dua hari diambil bagi menyiapkan seunit buaian itu.

Mohd Zaki atau lebih sinonim dengan panggilan Pok Peng dalam kalangan penduduk setempat berkata, buai tali yang dibuatnya mampu menampung berat individu melebihi 150 kilogram.

Katanya, buai pertama yang dihasilkan lima tahun lalu masih utuh dan boleh digunakan hingga kini dan dia menjangkakan ketahanannya melebihi tempoh itu sekiranya dipasang di tempat yang sesuai.

"Selain membuat buai tali nylon, saya turut membuat tali untuk mengikat leher dan hidung lembu yang masing-masing dijual dengan harga RM5 dan RM4 seunit.

"Alhamdulillah, dengan duit hasil jualan buai dan tali untuk mengikat leher dan hidung lembu dapat menampung perbelanjaan harian saya," katanya yang juga penerima wang bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.

Menurutnya, hasil kerja tangan yang dilakukan sejak lima tahun lalu itu mendapat sambutan menggalakkan dan biasanya dia menerima tempahan dari seluruh negara.

Menceritakan proses pembuatan buai berkenaan Mohd Zaki berkata, setiap unit buai memerlukan 10 hingga 15 utas tali sepanjang enam meter bergantung kepada saiz sebelum dia melakukan jalinan pada pangkal buai itu.

Menurutnya, tali yang membentuk buai perlu dijalin antara satu sama lain dengan kuat bagi mengelak ia terlucut atau mudah koyak apabila bebanan berada di atasnya.

"Manakala, bahagian hujung buai pula akan diikat dengan tali nylon yang lebih besar bertujuan untuk diikat di penjuru apabila ingin digunakan.

"Walaupun, nampak mudah namun ia amat sukar untuk dibuat apatah lagi keadaan saya yang di kategori sebagai OKU, memerlukan tenaga yang banyak untuk mengikat antara satu jalinan ke jalinan yang lain," katanya yang mampu meraih pendapatan sebanyak RM750 sekiranya kesemua buai yang dibuat habis dijual dalam sebulan.

Menurutnya, dia berpegang kepada prinsip di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kerana kekurangan pada diri bukan halangan buatnya untuk berusaha menambah pendapatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-dengan-tali-nylon

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.071093 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list